PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Friday, May 27, 2016

Berita Harian salah lapor pendirian parti Amanah


  Parlimen Malaysia adalah pentas, Azalina Othman dan Hadi Awang adalah pelakunnya.... benarkah...? Saya mengesyaki, usul UMNO supaya dipercepatkan pembentangan RUU dan kemudian diminta tangguh oleh PAS, semua itu telah tertulis di dalam skrip.

 UMNO dan PAS hanya menjadikan RUU Akta 355 sebagai modal untuk pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar sahaja.... UMNO mempergunakan kebodohan PAS dalam memanipulasikan isu ini dengan matlamat untuk pecahkan undi Melayu di blok pembangkang di samping untuk mengekalkan undi Melayu kepada Barisan Nasional.

 Penangguhan perbahasan usul oleh Hadi Awang juga adalah menurut skrip yang ditulis oleh UMNO.... Tujuannya untuk mengelakkan undi BN berpecah dan untuk menarik undi kaum Cina supaya tidak menolak BN dan PAS secara total.

 Akhirnya, dengan skrip ini, UMNO dan PAS mengharapkan calon BN akan menang di kedua-dua kawasan.

Sebab itu saya katakan isu ini adalah skrip UMNO, manakala Azalina dan Hadi adalah pelakunnya. Jadi, diharap kawan-kawan semua dapat memahami kenapa saya marah sangat dengan PKR yang bermati-matian mahu berunding dengan PAS.....

PAS ibarat betina sundal yang menggadaikan maruah dan menjual diri untuk memperolehi habuan dunia, tetapi berselindung di sebalik purdah.~ Abe Awang Malaya.

   Mungkin yang berikut ini merupakan modal Umno dan Pas untuk pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Akhbar pro Umno memuatkan berita muka depan meletakan DAP dan Amanah sebagai menentang Hudud dengan tajuk :  "Kerajaan beri PAS laluan; DAP, AMANAH bantah"

 Parti Amanah Negara (AMANAH) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Berita Harian kerana didakwa menyalah lapor pendirian parti tersebut terhadap usul rang undang-undang persendirian berkaitan Akta 355 Mahkamah Syariah Kelantan semalam.
 Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata beliau sudah menghubungi peguam dan mengarahkannya mengeluarkan surat tuntutan ke atas penerbit akhbar berkenaan.
 "AMANAH akan gunakan surat tuntutan itu untuk minta mereka memohon maaf kepada saya dan AMANAH di muka hadapan, sama seperti yang mereka buat hari ini. Atau (jika gagal) mereka akan disaman," katanya.
 Khalid berkata demikian pada sidang media di Shah Alam hari ini.
 Tambah anggota parlimen Shah Alam itu, pihaknya akan menghantar surat tuntutan tersebut selewat-lewatnya Selasa depan.
 Muka depan Berita Harian hari ini menyiarkan laporan: "Kerajaan beri PAS laluan; DAP, AMANAH bantah" bagi berita usul dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang di parlimen semalam.
 Usul itu pada asalnya disenaraikan di bahagian hujung aturan mesyuarat namun dibawa ke depan untuk dibentangkan melalui cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
 Cadangan itu kemudian disokong Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang juga anggota parlimen Papar.
 Khalid menjelaskan, beliau tidak membantah usul tersebut sebaliknya hanya mempersoalkan bagaimana rang undang-undang persendirian dibawa anggota parlimen Marang itu boleh mengetepikan usul lain dibawa kerajaan.
 "Saya tak bantah malah sokong tafsiran yang dibuat oleh Speaker Tan Sri Pandikar (Amin Mulia) yang membenarkan usul itu dibaca atau dibentang.
 "Saya cuma nak tahu apa pertimbangan yang dibuat kerajaan apabila dia mendahulukan usul persendirian (mengatasi) semua urusan kerajaan dalam senarai perkara yang hendak dibahaskan," katanya.
 Sementara itu, ketika ditanya bagaimanapun parti itu ingin berdepan dengan DAP sekiranya rang undang-undang tersebut dibahaskan, Khalid berkata pihaknya akan sentiasa terbuka serta mengadakan perbincangan.
 Katanya, apa yang penting ialah AMANAH tidak akan mengambil pendekatan memusuhi pihak yang menentang usul berkenaan.
 "Kita tidak anggap pihak yang tidak bersetuju sebagai musuh. Kita tidak mempunyai pendekatan sedemikian.
 "Orang Islam sendiri pun ada tak setuju apatah lagi yang bukan Islam. Namun ia satu usaha berterusan untuk yakinkan semua pihak bahawa Islam yang terbaik.
 "Ia perlu perbahasan dan perbincangan tapi bukan perlu memusuhi mereka kalau tak bersetuju," katanya. ~ sumber 
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...