PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Friday, May 06, 2016

BULAN REJAB & MASA DEPAN PERJUANGAN SAYA

  Di pagi Juma'at yang agung dan mulia, di akhir bulan Rejab yang mengandung pelbagai rahsia Ilahi, se hari selepas peristiwa Isra' dan Mi'raj yang penuh dengan pelajaran bagi orang Islam dan pejuangnya yang telah dijalani oleh Nabi berakhlak mulia - hati saya tengah pilu merenung peristiwa kehilangan heli di Sarawak - ketika tiba-tiba telefon saya tak putus-putus berdering.

 Menerusi whatssap dan sms, saya dikhabarkan oleh sumber-sumber tidak rasmi, saya telah dipecat dari Pas pada hari ini.9 Tanpa saya sedari, air mata saya menitis. Sebak bercampur pilu.

 Di tahun 1982, saya menyertai Pas dan seperti kebanyakan anak muda mana jua - dulu dan kini - mereka serahkan se penuhnya jiwa raga pada apa yg mereka fikirkan sebuah perjuangan suci - membawa obor Islam menerangi kehidupan - termasuk bernegara.

 Islam yang komprehensif atau syumul, termasuk hak untuk menegur, mengkritik dan bersuara kepada para pemimpin selagi mana teguran itu adalah berasaskan kebenaran dan kejujuran. Seperti bebasnya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan pemimpin agung Islam yang lain ditegur dan dimuhasabah, hatta oleh rakyat kerdil sekali pun.

 Semak dan imbang seperti janji Pas dalam PRN Sarawak sekarang.

 Namun, saya hanya insan kerdil.

 Jika Nabi yang agung pun dilanda sejuta penderitaan dan itu lah latar untuk baginda dihiburkan dgn di Mi'rajkan menemui Kekasihnya di Sidratul Muntaha - usah lah engkau terlalu bergundah hati.

 Mungkin ada hikmah yg sedang menanti.

 Apa yang telah berlalu, moga kekal dalam simpanan Ilahi dan tidak perlu diungkit lagi.

 Kepiluan yang engkau jalani, sangat kecil berbanding pejuang lain.

 Kepada kawan dan teman serta rakan media, suka saya nyatakan di sini, saya hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas saya mendapat pemakluman rasmi mengenai tindakan yang diambil ke atas saya.

 Sehingga waktu ini, saya belum menerima pemakluman rasmi mengenainya.

 Untuk itu, saya tetap akan hadhir pada mesyuarat agung Pas Kawasan Kubang Kerian yang dijadualkan esok.

 Semoga Sya'ban dan Ramadhan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kejayaan perjuangan kita dan idealisme Islam yang didokong selama ini.

 Moga Allah sentiasa membimbing kita semua.

 Sekian. Terima kasih.

 Husam Musa
 Jumaat 
28 Rejab 1437 
6 Mei 2016

Komen-Komen penyokonh Dato Husam Musa 

Che Ibrahim Mohamed : Ambo mengenali Husam ketika kami sama2 belajar di UM, ketika tamat pengajian, Husam mengisytiharkan mewakafkan dirinya utk Pas dan balik berkhidmat sepenuh masa utk Pas Kelantan. Ayahnya pernah tanya ambo mengapa Husam tidak mahu kerja (kerajaan)??

 Kini segalanya telah berakhir sbgaimana ambo, ust Mohamad Husin dan beberapa orang lagi rakan sepengajian dgn Husam yg sudah lama tidak bersama Pas.

Keris Mas Sejati : Kita lawan langau2 asuhan Hj hadi yg khianati perjuangan almarhum tok guru nik aziz. Perangai mcm Najib pecat muhyidin.

Nizam Bob Kelate : Takziah dato... Ambo simpati sebab dato keno bue dari pas... Ambo x tau bodo mano pas lonie...keno nyakit nate apo pon x tau... Ambo mohon Allah laknat pemimpin pas hok khianat pada amanah rakyat dan agama serta behe pitih ikut caro koto

Mohamad Fairuz : Hj hadi maksum ke sampai ahli parti mcm husam xboleh tegur apatah lg rakyat marhean mcm kita nih..pemikiran rakyat yg paling rendah pun dah nampak apa yg hj hadi buat x kena pada parti n rakyat inikan pula husam yg cerdik pandai, nabi pun menerima buah pandangan sahabat inikan pula hj hadi..rakyat dah cerdik skrg ni..jgnla kita buta hati & taksub kpd pemimpin, nanti padah menanti..

Jauhar Muhammad Dawi : Ust nasharudin mat isa rileks dan tersenyum simpul bace berita ini. Best jd bkas pimpinan trtinggi blh berbaik2 ngn umno dan dpt jwatan lg. X kene pecat pun asalkan pandai bodek. Kah3

Syabab Ikhwan : Knapa tak pecat Nasharudin Mat Isa etek...yg terang2 langgar parti dan Mursyidur Am ketika itu...nak buat gabungan dgn UMNO

azz Imzar : Syukur dan tahniah dah keluar dr parti islam yg dah rosak,,, banyak lg tempat yg lebih bagus,, pas bukan agama,, islam bukan pas.... ayuh pjuangan baru bermulaa.. isi borang amanah , dap pun ok.... takbirrrr

Ghazaliey Othman: Teruskan perjuangan Dato.....Kami pasti, Kebenaran dipihak Dato.....Islam bkn milik mereka. Islam milik kita, milik kebenaran.

Arm Kaos : Kamu berani menegur pimpinan parti kamu diatas teguran yg membina...kini kamu dipecat oleh mereka yg tidak senang dgn teguran2 itu bah kan mcm ada perancangan sebalik nya...

 biarkan mereka jika penyelesaian ini yg mereka pilih utk menghukum DATO...percaya lah rkyt kelantan tetap akan bersama di belakang DATO kerana dimasa almarhum TGNA memerintah kelantan DATO lah org yg pertama akan dipanggil dan meminta pandangan oleh almarhum jika ada masalah dlm urusan negeri...

Khairul Nazmie : Bersabarlah dato Husam Musa..semoga lebih tabah menharungi hari2 mendatang tanpa pas...lepas kita kita nyah pas keluar dari negeri kita....

Zulkarnian Yaacob : DHM makan pencen pun dah berbelas ribu sebulan... tetapi sayangnya kpd parti amat tebal.... tegur cara baik pun tak endah... tegur cara bersurat tak berjawab.... tegur dalam ceramah inilah akibatnya. Tak apalah... kami bukan penyokong batang tuboh kami sokong parti.... tetapi kami mahu tahu hala tuju parti kearah mana.... mampukah PAS utk ke Putrajaya dgn hanya bersama dgn Ikatan.... ada lagikah pengundi non muslim akan mengundi PAS.... dalam Umno tengah nazak.... PAS nampak rela tinggalkan kawan utk menjadi tongkat kod parti lawan.... mursyidul Am dilantik oleh TPM utk bekerja dgn Umno.... tidakkah itu pelik namanya.

  Parti Amanah Negara-Pahang Supporters :  Arwah Tgna pernah sebut "Husam ni budak cerdik". Kini Husam ditendang selepas ketiadaan TGNA. Dan kesemua yg bersama AMANAH pula adalah mereka yg sangat menyanjungi perjuangan arwah TGNA yg konsisten bersama PR satu ketika dahulu. Bahkan yg merestui dan menghantar panglima pejuang Pas Dato Husam ke Putrajaya dahulu juga adalah arwah TGNA.

 Eratnya hubungan Dato Husam dgn Arwah Tgna. Kini hanya AMANAH penyambung perjuangan arwah Tgna utk menolak Umno !!

Mohd Hasyimi Ismail : Org kanan arwah TGNA kini dibuang parti. Sudah nampak arah mahu bergabung. Tidak lagi mahu mendengar pendapat golongan professional.
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Mereka sanggup pecat Husam semata-mata untuk mempertahankan Najib. Jika sehingga begini mereka sanggup ... sudah tentu ada sesuatu yang menjadi timbal-balik.

Bukankah Husam yang menganjur perhimpunan deklarasi rakyat di Kelantan selepas Kedah?

Anonymous said...

Ujian bagi seorang pejuang. Orang Kelantan matang berpolitik. Lakukan perubahan kerana jalan sudah terbentang.

harun said...

Pas pasti terkubur selepas pru14.

Anonymous said...

selepas TGNA org yg paling ambo hormati prinsip dan pejuangan adalah Dato Husam... skg dato dah bukan ahli PAS..sedih rasanye... ni habuan dato dpt selepas bertahun2 bejuang dalam PAS dan berusaha membawa Kelantan maju seperti negeri lain... ramai dlm PAS skg bejuang bru setahun jagung tapi mcm2 kata kat org yg lama berada dlm PAS... inikah parti ISLAM...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...