Saturday, May 14, 2016

DAP Selangor fail aduan rasuah terhadap Adun Telok Datuk yang dipecat eluk Datuk rep

  Syabas kepada DAP kerana bertindak segera dan tegas terhadap salah laku  ahlinya walaupun ia adalah seorang wakil rakyat.

 Selepas sesi pendengaran dan Jawatankuasa Disiplin memutuskan ada bukti salahlaku yang serius oleh Loh, mereka sebulat suara memutuskan untuk memecat Loh dari parti secara serta-merta. 

  Ketegasan DAP dalam perkara seperti ini patut dicontohi dan menjadi ikutan kepada setiap parti. Tambahan pula jika parti itu mengaku memperjuangkan Islam.

 Pas patut berasa malu kerana sehingga kini Pas tidak berani mengambil tindakan keatas 3 Ulama Pas Perak yang telah diadukan melakukan fitnah.

  Mereka bertiga yang dimaksudkan itu ialah :

- Ustaz Mat Saleh bin Said. ( YDP Tambun @ Naib ketua Ulama)
- Ustaz Wan Tarmizi Abd Aziz (Ketua Penerangan PAS Tambun)
- Ust Arman Yusof (AJK Ulama)

  Kes tersebut telah dirujuk kepada jawatankuasa disiplin Pas Pusat setelah jawatankuasa siasatan peringkat negeri Perak berpuashati bahawa berlakunya perkara yang boleh disabitkan dengan fitnah yang sengaja direka untuk memburukan individu tertentu pada waktu tersebut. Sila baca lagi di sini

  Pas membesar-besarkan masalah pengurusan atau penyelewengan balak oleh pimpinan Umno tapi kini bila kalangan pimpinan PAS sendiri melakukannya, Pas berdiam diri. Pernahkah PAS Pusat meminta taklimat dari PAS Kelantan ?

  Husam pernah mendedahkan tindakan Jabatan Perhutanan menahan bertan-tan balak yang dicuri dari kawasan hutan simpan kekal atas alasan mahu membuat laluan lebuh raya di negeri itu.

 Banyak salahlaku yang dikatakan ada kaitan dengan pimpinan kerajaan negeri Kelantan. Tapi Pas buat derk ajer...Sila  baca di sini

KUALA LUMPUR, 14 Mei - DAP Selangor hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ADUN Telok Datuk Loh Chee Heng selepas menyingkirkannya atas dakwaan salah guna dana negeri.

 Dalam satu kenyataan, Ketua DAP Selangor Tony Pua berkata laporan itu difailkan pada 11 Mei, sebelum pengumuman parti itu hari ini bahawa jawatankuasa disiplin pusatnya telah menyiasat dan mendapati bukti kukuh salah laku terhadap Loh. Baca seterusnya  di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Hidup Najib! said...

Tabik spring kat DAP...betul2 dia pogang ckp Nabi...kalau Fathima yg mencuri..nescaya aku potong tangannya..takyah jauh2 ngaji Azhar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...