PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Tuesday, May 17, 2016

Deklarasi Rakyat : Terpulang kepada mana-mana individu sama ada menyokong atau tidak


  DAP hari ini menegaskan untuk terus bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun selepas terdedahnya 'warkah dari penjara' hasil nukilan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Dalam respons pertama dari DAP sejurus tersebarnya surat tersebut semalam, Tony Pua berkata, keprihatinan yang ditunjukkan Anwar itu adalah perkara biasa.

 "Ia adalah reaksi yang biasa. Selain Anwar, masih ramai di luar sana yang sangsi dengan Mahathir. Sama seperti mereka meragui ketika Anwar menyertai pembangkang banyak tahun yang lalu.

 "Kebimbangan beliau itu ada rasionalnya seperti kami jua. Kami juga takut dipergunakan (oleh Mahathir demi agenda peribadi)," kata Pua (kiri) yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu.

  Mengulas lanjut, Pua menambah, selepas menimbang buruk baiknya dalam kerjasama dengan Mahathir, DAP merasakan boleh meraih manfaat dalam kerjasama itu, terutama penyokong BN yang dibawa olehnya.

 "Titik utama ialah kita mampu mendekati penyokong BN menerusi Mahathir. Kami boleh menggunakan pengaruh beliau untuk mendekati lebih ramai penyokong," ujarnya.

 "Peluang ini akan digunakan untuk menerangkan kepada penyokong BN tentang pendirian kami supaya mereka lebih mengenali Pakatan Harapan dengan lebih baik. Dan, kita mendapat lebih banyak sokongan," katanya. Baca selanjutnya di sini

  Sementara itu naib presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata bahawa ingatan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya parti itu berwaspada dan tidak terpedaya dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bermakna kerjasama antara kedua-dua pihak perlu dihentikan, kata .

 “Berwaspada bagi saya suatu perkataan yang positif misalnya kita diminta berwaspada (apabila berada) di jalan raya, takkan tak nak guna jalan raya.

 "Logik yang sama berlaku di sini," katanya yang juga adalah Ahli Parlimen Bukit Katil kepada pemberita di luar lobi Parlimen hari ini.

  Menurutnya, PKR bebas untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi melawan kerajaan, dan ini termasuk dengan Mahathir.

Whip PKR Datuk Johari Abdul ketika ditemui pemberita berkata terpulang kepada mana-mana individu sama ada untuk menyokong Deklarasi Rakyat yang diterajui oleh Mahathir.

 "Sesetengah mereka, bermula sejak PKR dan reformasi dihidupkan. Mereka melihat Mahathir sebagai perdana menteri dan masih tidak dapat melupainya, jadi mereka menjauhkan diri daripada menyokongnya.

 "Tidak mengapa, ada yang lain menyokong juga," kata Johari.Baca seterusnya di sini.
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Saya suka dengan komen Ust Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi yg berikut :

Katakan saja warkah itu benar, tiada masalah apa-apa. Katakan saja penulis warkah itu tidak bersetuju dengan Deklarasi Rakyat, juga tiada masalah apa-apa.
Ini pandangan (ijtihad) dlm gerakerja politik. Salahkah kita berbeza? Mana ada mujtahid politik yang benar seratus peratus dalam ijtihadnya?
Pihak yg boleh tumbangkan BN dengan DR, sila teruskan. Pihak yang tak mahukan DR, dia ada cara lain nak tumbangkan BN, teruskan. Ada pihak yang mampu gunakan kedua-dua pendekatan serentak, teruskan.
Jangan buang masa cari siapa salah dan siapa betul, tapi buatlah yg terbaik. Fokusnya tumbangkan BN. Jgn beri pelampung kpd BN.
Banyak tenaga, wang yg sudah dibelanja utk DR. Ramai rakyat yang menyokongnya. Teruskan saja. Fokusnya, BN boleh dilingkupkan.
Mahathir ambil kesempatan? Takkan kita semua sebodoh itu untuk diperalatkan oleh Mahathir. Jika kita nampak dia mahu ambil kesempatan, tinggalkan dia.
Jangan jadi mcm sesetengah parti yg peralatkan agama utk tujuan politik. Apabila partinya bakal ditolak, kita pula yang diminta jawab di mahsyar. Dosa dia, kita yang tanggung. Kitab mana dia baca?

Anonymous said...

Maksud Anwar itu ialah kelicikan Mahathir menganiaya seseorang tak mampu di buat oleh pemimpin dalam PH termasuk rakan-rakan yang di percayainya.

Mahathir dan Daim adalah dua individu yang cukup pakar dalam hal menipu dan menterbalikkan situasi pada bila-bila masa.

Jika tiba-tiba semua pemimpin dan Ketua Bahagian UMNO memberi sokongan pada Mahathir, perkara yang sama (penyalahan guna-kuasa) akan terus berlaku.


Mahathir tidak berubah dan salah satu sikap Mahathir yang tidak berubah ialah memburukkan peribadi Anwar. Jika begini sikap Mahathir, apa kah Mahathir mampu merubahkan UMNO pula.

Selepas Mahathir terus menuduh Anwar dan berulang-ulang kali kata masih sayangkan UMNO, saya rasa mahu tarik balik sokongan saya kepada DR.

Anonymous said...

Maksud waspada anwar itu ialah mcmni, kan tun masih menyerang anwar mengatakan anwar mmpunyai keslahan moral dan xlyk jd pm..so, tun gunekan peluang dlm pada die bkerjasama dgn penyokong anwar, dia jugak nk meyakinkan penyokong anwar ni yg anwar mmg meliwat...ade ssetengah penyokong tu, die mudah tpngaruh kalau org tu dh bjuang kearah negara yg 'bersih', maka peribadi org tu (tun) juga dlihat bersih...jd jgn tpedaya dgn tun bab yg xmenguntungkan paktan harapan... tun masih nak anak die jd pm..so slps najib dturunkan, itu yg kita halang..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...