Sunday, May 15, 2016

Demi untuk kemenangan rakyat atau demi keangkuhan ?

  Pada dasarnya, kerusi yang ditandingi oleh Pas akan ditandingi oleh Amanah bagi mewakili Pakatan Harapan selepas pakatan baru itu dibentuk selepas pecahnya Pakatan Rakyat.

 Namun demi untuk kemenangan rakyat sebagaimana yang dihasratkan untuk dapat menumbangkan Umno/BN dalam pilihan raya kecil pada 18 Jun ini, Pakatan Harapan Perak telah bersetuju, mencadangkan Amanah bertanding satu kerusi manakala Pas pula bertanding satu kerusi lagi.

 Walau bagaimana pun, Presiden Amanah, Haji Mohamad Sabu ketika berucap di majlis makan malam Selamatkan Malaysia anjuran Amanah Pasir Puteh malam kelmarin, dengan begitu semangat sekali menggambarkan Amanah akan bertanding di kedua-dua tempat, Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

 "Kalau tanya saya Sungai Besar Amanah wajar, Kuala Kangsar Amanah sesuai untuk bertanding," katanya.

  Sementara Lim Kit Siang pada majlis yang sama menyatakan keyakinannya pembangkang akan menawan kawasan parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar dalam pilihan raya kecil (PRK) yang dijadualkan 18 Jun ini dengan syarat yang bertanding bukan calon Pas. 

 "Situasi politik negara memang tidak memihak kepada kerajaan pimpinan Najib tetapi kalau Pas jadi calon sudah pasti akan kalah," katanya.

  Apa pun, Amanah akan membuat keputusan mengenai PRK 18 Jun ini berdasarkan perundingan majlis presiden PH yang akan diadakan hari ini. Kita serahkan kepada kebijaksanaan mereka.

   Saya yakin Majlis Presiden PH akan mengambil kira pandangan Hj Mohd Sabu dan Lim Kit Siang sebagaimana diatas itu.

 Selain itu juga, Majlis Presiden PH tentu akan turut mengambil kira kenyataan Tuan Ibrahim yang menegaskan akan meletakkan calon untuk bertanding di kedua-dua kerusi yang didakwa menjadi milik tradisinya iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

  Walau apa pun keputusan yang bakal diambil oleh Majlis Presiden PR, ianya adalah ibarat bertepuk sebelah tangan dan tidak akan berbunyi. Pas yang merasakan dirinya lebih kuat bersendirian tentu akan memperlekehkan apa sahaja anjuran dari Amanah yang dianggapnya 'pengkhianat yang perlu dihapuskan'

  Tidak kira samada akan berlaku pertandingan satu lawan satu atau bertembung tiga penjuru di kedua tempat PRK 18 Jun ini, mood orang Pas tentunya tidak akan memberikan undi mereka kepada Amanah. Begitu juga mood orang Amanah dan DAP tidak akan memberikan undi mereka kepada Pas.

 Bagaimana pula dengan PKR? Menyokong PH atau PR? Kah! Kah! Kah! Terpulanglah kepada kebijaksanaan masing-masing!
Comments
9 Comments

9 comments :

Mohd.Tahir Abu Bakar said...

Apa akan jadi ya Klu pembangkang dpt menawan putrajaya? Itu impian saya!!

Tetapi saya takut dan gusar,d takuti putrajaya akan runtuh dan terbakar, pemimpin pembangkang bercakaran dan tamak,skrg pun dah sgt jelas!!!!

Anonymous said...

stupid

Anonymous said...

Umno yg bakar. Kecewa dan kalah. Hihihi

Anonymous said...

Betul skali...belum apa2 PH dah kacau bilau...semuanya fikir masyukkkk...sama mcm umno bn je perangai...

lelaki dicermin said...

Takkan TITM ni salah seorg pimpinan pas yg 15 org terima dedak dr najib..

Anonymous said...

Mimpi rumah terbakar akan jadi kaya.

wijaya kezuma said...

Pr tak berpakat. Ph tiada harapan..hanya sesuai jadi pembangkang saja..dah nasib...

Anonymous said...

Tiga-tiga berhak bertanding.

Jangan kelentong lah nak guna strategik 'satu lawan satu' boleh menjadi. Persoalan nya selepas itu apa? PAS, PAS punya hal. PH, PH punya hal.

Anonymous said...

Pas jgn bermimpi sokongan rakyat kpdnya seperti pru 12 & 13..pas kena ambilkira sokongan rakyat sperti tahun 80an.. itulah realitinya jika pas bertanding bukan setakat kalah tp mungkin hilang deposit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...