GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, May 20, 2016

Di mana Islamnya Pas, soal Husam



Dalam Dialog Bersama Husam Musa malam tadi, pemimpin Pas yang lantang mengkritik kepimpinan parti itu mempersoalkan sejauh mana Pas masih mengamalkan nilai Islam.

 “Saya nak tanya pada orang-orang Pas di mana Islamnya Pas selepas Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia? Tolong senaraikan termasuk Mursyidul Am Pas (Datuk Dr Haron Din),” soalnya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

 Menyenaraikan beberapa nama pemimpin Pas Pusat seperti Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok dan Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan; beliau memberitahu dirinya menerima serangan peribadi selepas menegur kepimpinan kerajaan Pas negeri Kelantan.

 “Saya diserang macam-macam, lari duit balak. Boleh orang-orang kita (Pas) ngaji agama begitu. Saya berdiri tegak lawan pembulian.

 “Saya buat lawatan, balak telah dicuri. Lima bukit sudah digondol,” dedahnya selain turut menyebut nama Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali serta Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohd Nor.

 Pada masa sama, Husam juga menyelar Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berhubung penyerahan surat pemecatannya.

 “Saya minta Datuk Taki hantarlah surat pemecatan itu. Saya nak bagi pada anak cucu. Saya nak beritahu Datuk Taki, tulislah elok-elok. Presiden Pas boleh buanglah Setiausaha Agung macam itu,” bidasnya sambil memberitahu berlaku kesilapan nama ayah pada sepucuk surat yang telah diterimanya daripada Pas.

 Menjawab soalan moderator yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar tentang tempoh yang terlalu lambat untuk Husam membuat keputusan memilih mana-mana parti pembangkang, beliau mengakui dirinya lemah.

 “Saya tidak kuat. Saudara (moderator) boleh provok, (tapi) tak boleh ubah saya. Mungkin saya salah tapi apa yang penting, saya mendapat gambaran membaca apa yang ada dalam radar. Ada sebab-sebab tersendiri. Setakat ini saya boleh berpuas hati.

 “Untuk maju ke depan tidak semestinya isytihar masuk parti,” tambah bekas Naib Presiden Pas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu dalam dialog lebih dua jam anjuran Free Public Forum Malaysia (FPF).

 Untuk rekod, Dr Sanusi pada 6 Mei iaitu sehari sebelum pembuangan undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mengesahkan Husam dipecat daripada menjadi ahli Pas berkuat kuasa 23 April lalu.

 Menurutnya lagi, Husam didapati telah melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan Pas. ~ sumber
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Pakai jubah serban harga ribu ribu, pandu kereta ratus ratus ribu, lagi nak harap pembelaan dari pimpinan tertinggi pas? Pemimpin islam pas zuhud? Zuhud my arse.

Keluarga Tiadat said...

Husam perlu ingat zamannya sudah berakhir sbgmana Anwar. Beliau boleh bersuara tetapi pendokong parti tetap meninggalkan beliau. Lihat anwar yang seperti besi buruk dan harubiru PKR sekarang. Husam dan Mat Sabu harus menerima kenyataan ini. Eloklah tumpukan masa tua di tikar sembahyang je.

Abdullah Omar said...

Husam, kerjaya anda br bmula. Teruskn pjuangn utk agama bngsa dn negara. Aku tetap support Husam.

sahak said...

perjuangan bukan hanya atas tikar sejadah.. broo

Anonymous said...

Komen tolol dari walakeldai....anwar tidak pernah dibuang rakyat tetapi anwar tiada diluar kerana terpenjara oleh pemimoin kukubesi pujaan pas..sepatutnya hadi dihumban ke gaung kerana merosakkan islam..islam dilihat mundur dan miskin serta ganas sejak pas dipimpin hadi.

Arouse Mah said...

Datuk Husam adalah pemimpin yg baik seperti Rafizi dr Pkr. Usia bukan penentu perjuangan. teruskan datuk......

Anonymous said...

Nate barua hadi bersuara
Penyokong presiden amanat sesat
Taubat la bro
Ramai yg bercerai berai angkara amanat sesat mamat ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...