GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, May 18, 2016

DUa Adun akan lompat parti : Pas Kedah jadi menggelabah

  Ternyata Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi naik menggalabah bila Datuk Phahrolrazi mendakwa dua ADUN dari PAS akan lompat parti.

  Dr Ahmad Fakhruddin berkata bahawa pemimpin parti AMANAH sudah ‘khayal’ dan terdesak apabila sanggup mereka cerita bagi mencetuskan isu baharu dalam kalangan parti PAS Kedah.

 Sebaliknya, menurut katanya, kesemua sembilan ADUN PAS di Kedah masih setia dan kedudukan parti Islam di negeri Jelapang Padi itu masih lagi utuh dan berjalan seperti biasa.

“Mereka (AMANAH) sudah terdesak. Malah, saya sendiri tidak dengar pun ADUN PAS akan sertai AMANAH, AMANAH ini dah khayal.

 “Semua ADUN PAS Kedah masih lagi setia dengan PAS dan tidak ada yang menyertai AMANAH,” tegasnya kepada FMT. Baca lagi di sini

Komen alHusseyn :

  Siapa sebenarnya yang tedesak ? Dr Ahmad Fakhruddin atau Datuk Phahrolrazi?

    Adalah perkara biasa bagi sesiapa sahaja membuat spekulasi saperti apa yang Datuk Phahrolrazi katakan berdasarkan pendekatan dua pemimpin tersebut yang dilihat lebih menyokong perjuangan AMANAH dan berbeza pendapat dengan perjuangan PAS ketika ini.
“Bagaimanapun, mereka masih lagi ahli PAS dan belum membuat sebarang keputusan rasmi menyertai AMANAH,” katanya kepada sebuah portal.Baca lagi di sini
“Setakat ini hanya dua ADUN sahaja yang ada pemikiran dan latar belakang yang memungkinkan mereka menyertai AMANAH. Lebih-lebih lagi pendekatan dan gaya kepimpinan yang dibawa PAS tidak sesuai untuk golongan profesional seperti Datuk Amiruddin dan Mohd Nasir.
  Dimana silapnya Datuk Phahrolrazi membuat spekulasi tersebut? Tetapi sebaliknya Dr Ahmad Fakhruddin yang jadi menggelabah dengan kenyataan Datuk Phahrolrazi kerana jika Dua ADUN PAS Kedah itu meninggalkan Pas dan menyertai parti AMANAH, ianya pasti akan memberi kesan kepada PAS Kedah.

 Dua ADUN yang dimaksudkan itu ialah ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dan juga ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin memberitahu tak pernah dengar dua Adun PAS akan keluar PAS.

Pasai hang tak dengaq lah, Phahrolrazi bagitahu hang.

Adalah lebih baik PAS pecat kedua-dua Adun tersebut Sebelum mereka menghasut yang lain-lain.

Dan jika betul-betul mereka ingin menyertai AMANAH, masuk lah pada hari yang sama dengan Husam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...