Friday, May 06, 2016

Hj Hadi adalah liabiliti kehilangan sokongan bukan Islam terhadap Calon beragama Islam


  Kenyataan Presiden Pas  bahawa partinya 'tidak menghalalkan' orang lain dan tidak setuju DAP memerintah Sarawak dan hanya mahu pemerintah di kalangan orang Islam bumiputera tidak diterima baik bukan sahaja oleh DAP ; malah oleh BN Sarawak.

  Kenyataan Hj Hadi itu telah dicemuh oleh Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg. (PBB adalah rakan gabungan BN Sarawak yang bertanding di 35 kerusi telah menang kesemuaan kerusi yang mereka tandingi.)

 Sudah tentulah kenyataan Hj Hadi yang jelas menunjukkan anti-bukan Islam itu telah mengundang kebimbangan BN Sarawak terhadap riaksi negatif para pengundi bukan Islam yang merupakan  majoriti penduduk di Sarawak.

 Adalah sangat janggal apabila majoriti penduduk Sarawak adalah bukan Islam, tetapi menurut Hj Hadi, bukan Islam tidak boleh memerintah Sarawak, yakni tidak boleh menjadi ketua menteri!

  Kenyataan Hj Hadi ini sudah tentu akan menakutkan pengundi bukan Islam untuk mengundi calon beragama Islam. Inilah yang dibimbangi oleh setiap calon yang beragama Islam.

  Jelas bahawa Hj Hadi adalah liabiliti terhadap kehilangan sokongan bukan Islam terhadap calon-calon beragama Islam tanpa mengira parti.

Kamu mahu pemimpin Islam, tetapi kemuka calon Kristian – Abang Jo

KUCHING: Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata Sarawak hanya boleh diperintah oleh Bumiputera yang beragama Islam.

 Bingung dengan sikap Hadi, Abang Johari berkata parti Islam itu mengetengahkan seorang calon Christian, Clement Bayang, sebagai calon kerusi Kakus.

 “Mana satu yang betul? Mereka (PAS) kemuka calon bukan Islam tetapi mereka kata Sarawak hanya boleh diperintah oleh orang Islam? Apa yang sedang berlaku?” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan hak milik tanah kepada warga Kampung Senari hari ini.

 Malam semalam, Abdul Hadi berkata PAS tidak akan membenarkan orang bukan Islam perintah Sarawak, termasuk daripada DAP.

 Ahli Parlimen Marang menambah walaupun PAS mengiktiraf orang Cina dan orang India sebagai warganegara, beliau menegaskan pemimpin haruslah beragama Islam.

 Sementara itu, ketika dihubungi, Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili menjelaskan Bayang terpilih sebagai calon bagi membuktikan kepada pengkritik bahawa parti Islam itu menerima semua orang tanpa mengira anutan agama.

 “Pihak tertentu cuba menggambarkan kami sebagai pelampau tetapi kami sebenarnya tidak ekstrem,” katanya, dan menambah sokongan kepada Bayang setakat ini “menggalakkan”.~ SUMBER
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...


Nak tunjuk dia Islam sangat lah tu...

Hudud pun tak lepas .... nak bangkit pasal perkara yang tak masuk akal...

'Tidak menghalalkan' macam nak kaitkan dengan dosa pulak ...

Anonymous said...

Hadi ni byk main main wayang dan hipokrit...lidah bercabang mcm lidah biawak dan ular..hadi ni hanya layak jadi tok dalang wayang kulit bolehlah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...