PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Friday, May 27, 2016

Hj Hadi terus tak mahu bagi tahu.....

   Bila Yang Dipertua Dewan Pandikar Amin minta Hj Hadi huraikan RUU yang dia bacakan diparlimen kelmarin tu, Hj Hadi minta ditangguhkan.

 Kenapa minta tangguh? Apakah sejak sekian lama Hj Hadi ni masih belum bersedia? Bila diberi peluang tiba-tiba dia minta ditangguh! 

 Sebenarnya, sejak dulu lagi, Hj Hadi ni terus berteka teki tentang RUU yang dia nak bawa tu. Ikuti pendedahan Hanipa Maiden ketika Muktamar parti sejarah itu dulu. Videonya ada dibawah.

" Hanipa Maiden bertanya , “ Kenapakah sebelum RUU 355 dibawa ke parlimen ianya tidak dibincang dalam Pas Pusat? Itulah isunya.

 “Kita tidak bincang bagaimanakah bentuk rang undang-undang itu .” dedah Hanipa.

“ Saya AJK Pusat tak pernah dapat lihat rang undang-undang itu sebelum dibentangkan di parlimen . “ Kami ahli parlimen Pas, termasuk ketua whip, tak tahu, tiba-tiba tengok rang undang-undang itu telah ada dalam parlimen ; kami tak tahu!

 “Saya sebagai ahli parlimen tak boleh bagi pandangan , adakah rang undang-undang itu betul atau tidak?

 Menurutnya, apabila dia lihat RUU itu didapati ada kelemahan-kelemahan dan boleh dihujahkan RUU itu bukan nak pinda Akta 355, tetapi nak pinda perlembagaan, jelas Hanipa.

 “Dan kita akan menghadapi masalah untuk mempertahankan RUU itu.

 Hanipa juga mendedahkan bahawa Pakatan Rakyat juga tidak diberitahu mengenai RUU itu.

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...