GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, May 27, 2016

Hudud! Hudud! Hudud Mana???

Mana Hudud? Hudud Mana? Mana?
 Pohon sapa2 yg buat Jadual ini dpt perbetulkan, kesalahan no 9 dan 10 bukan di bawah bidangkuasa mahkamah syariah wpun Akta 355 dipinda. Kesalahan tersebut tidak termasuk dlm Butiran 1, Senarai II, Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

 Kesalahan2 di No 4, 5, dan 6, boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana tidak ada undang2 persekutuan yg menganggapnya sbg satu kesalahan. ~ Che Ibrahim Mohamed.

    Lihat perkara 1,2 3, 7 dan 8 dalam jadual diatas - Mencuri (potong tangan), Hirabah (membunuh) dan Zina ( Pesalah yg telah berkahwin), Murtad dan Qisas masih tetap sama tanpa pindaan apa-apa pun.

  Perkara 9 dan 10 pula bukan di bawah bidangkuasa mahkamah syariah ! Jadi persoalannya,  mana Hudud?? Heboh dikatakan inilah Hudud? Rupa-rupanya hanya nak upgrade hukuman 356 yang melibatkan perkara 4,5 dan 6 sahaja!

Apakah dengan hanya mengupgrade hukuman bagi kesalahan-kesalahan 4,5 dan 6 itu sahaja, maka kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia akan menjadi lebih tinggi ?

  Pas dan Umno mahu memerangkap Pakatan Harapan dengan memainkan isu ini dan terlepas pandang isu 1MBD, GST dan perpecahan Umno. Ini semua wayang untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar....

  Baru dapat salinan skrip lebai ...hok aloh....berat nanang tok lebai kita tu weh!

   Patutlah tok lebai dok tunduk baca skrip sampai ke titik noktah ... Umno dan sediakan skrip. Terbaik lakonan tok lebai dan masih boleh dibaiki lagi untuk episide yang akan datang....kikiki

 Harap Pakatan Rakyat tidak mudah terjebak dengan permainan licik Pas dan Umno dengan kenyataan-kenyataan yang akan digunakan semula oleh Pas dan Umno untuk backfire Pakatan Rakyat.

Undang-Undang Syariah yang ada di atas, formula '356' adalah bertentangan
dengan hukuman sebenar syariah di bawah hukum hudud, qisas dan ta'zir.
  Hukuman terhadap pesalah Syariah yang terikat dengan had maksima 3 tahun penjara, denda rm5000 dan 6 kali sebatan (Hukuman 356) , maka dengan Usul Persendirian ini had hukuman boleh dipertingkatkan (lihat jadual diatas).

*SEJARAH TERCIPTA; USUL PERSENDIRIAN MEMINDA AKTA 355 DIBENTANGKAN DI PARLIMEN OLEH PRESIDEN PAS*
 Oleh: Ahli Parlimen Kuala Nerus
 1. *ALHAMDULILLAH*. Pada hari ini, Khamis 26 Mei 2016, Usul Persendirian oleh YB Marang, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berjaya *dibentangkan* di Dewan Rakyat setelah beberapa kali disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul di Dewan Rakyat sebelum ini. *Perbahasan* bagi Usul Persendirian ini pula akan dijalankan pada sesi mesyuarat Dewan Rakyat akan datang.
2. Namun, pada peringkat awal usaha *“pembentangan usul”*, ia dibantah oleh beberapa ahli parlimen DAP dan PAN. Ada yang beralasan ianya sebagai perkara sensitif yang memerlukan rundingan dengan rakyat. PAS menegaskan bahawa nilaian sensitif atau tidak, perlu dilakukan dalam sesi *“Perbahasan Usul"* nanti dan bukan pada peringkat “Pembentangan Usul”.
 3. Apabila alasan mereka ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana tidak mengikut peraturan mesyuarat, mereka meminta pula untuk diadakan *"Undi Belah Bagi"* untuk menentukan sama ada Usul Persendirian itu boleh diusulkan atau tidak, sedangkan "Undi Belah Bagi" tiada dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi peringkat pembentangan usul.
 4. Cubaan beberapa ahli Parlimen DAP ini menimbulkan persoalan terhadap sikap mereka terhadap usaha-usaha untuk memperkasakan perundangan Islam di Malaysia khusus untuk kebaikan orang Islam selaras dengan peruntukan perlembagaan “Islam Agama Persekutuan”.
5. Usul Persendirian ini adalah bagi meminda *Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355]* dengan menggantikan seksyen 2 dengan seksyen berikut:
 *“Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah*
*2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan".*
 dan memasukkan selepas seksyen 2 seksyen yang berikut:
*"HUKUMAN*
*2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah yang berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, selain dari hukuman mati."*
6. Akta 355 merupakan Akta bagi menentukan had bidang kuasa berkaitan hukuman jenayah Syariah yang boleh dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah seluruh negara ini.
7. Usul Persendirian tersebut adalah bertujuan memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia agar lebih tinggi kedudukannya berbanding sekarang.
8. Ia juga bertujuan *memperkasakan* peruntukan undang-undang jenayah Islam dengan meningkatkan kuasa menjatuhkan hukuman bagi Mahkamah Syariah. Jika sebelumnya hukuman terhadap pesalah Syariah terikat dengan had maksima 3 tahun penjara, denda rm5000 dan 6 kali sebatan, maka dengan Usul Persendirian ini had hukuman boleh dipertingkatkan untuk selaras dengan sebahagian undang-undang jenayah Islam.
 9. Pindaan undang-undang ini untuk perkara yang melibatkan orang Islam. Ia tidak wajar menimbulkan sebarang sensitiviti bagi orang bukan Islam. Ruang untuk perbahasan terbuka kepada ahli-ahli Parlimen bukan Islam nanti jika ada yang belum memahaminya.
 10. PAS mengemukakan Usul ini di Dewan Rakyat sebagai *satu tanggungjawab dakwah* dan *kewajipan memperkasakan Islam* dengan *memanfaatkan kerangka demokrasi* negara. Ahli-ahli Parlimen di kalangan muslim dan bukan muslim boleh menentukan sikap mereka nanti sama ada menyokong atau membangkang.
 Selamat berbahas!!!
 Sekian.
 Dato’ Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
 Ahli Parlimen Kuala Nerus
 Khamis 26 Mei 2016  ~ SUMBER
Comments
1 Comments

1 comment :

Boley Jalan said...

Bagaimana dgn penyelewengan 1mdb....tak kena hudud ke? Tak penting ke? Hadi pelaq!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...