GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, May 26, 2016

JANGAN MULAKAN PROVOKASI DAHULU JIKA TIDAK BOLEH TERIMA AKIBAT DARIPADA PROVOKASI TERSEBUT

Muhammad Izuan Kasim shared Numan Afifi's 


 INI BUKAN SELANGKAH KEHADAPAN!! 

Saya terpanggil untuk memberi komen berkenaan posting yang dibuat oleh FB JOHOR Southern Tigers pada 22 May 2016 di mana gambar DYAM TMJ sedang menjamu selera seekor gajah di atas pinggan selepas perlawanan JDT menentang Pahang berakhir.

 Pada hari ini saya mendapat berita berkenaan penahanan seorang penyokong pahang bila mana gambar posting beliau dalam twitter dengan mengatakan DYAM sebagai "babi". Masyhur Abdullah kini ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

 saya berpendapat seharusnya PEGAWAI yang bertanggungjawap membuat gambar dan posting tersebut perlu ditahan sama kerana bersifat provokasi. THE RULE ARE SIMPLE. KALAU JOLOK SARANG TEBUAN MANA MUNGKIN TUKANG JOLOK ITU TAK MEMIKIRKAN KESAN BAHAWA DIA AKAN DI SENGAT TEBUAN? sama seperti Page JDT bila posting berbaur provokasi dan reaksi seperti ini pasti akan timbul.

 DYAM TMJ langsung tidak tahu berkenaan posting tersebut? jika YA adakah TMJ memupuk budaya provokasi antara penyokong bola sepak di malaysia? 

Di sini saya menyeru agar berlaku adil kepada semua pihak jika Masyhur dikenakan tindakan seseorang daripada JDT harus tampil dan bertanggungjawap berkenaan posting provokasi tersebut dan delete posting tersebut dan lepaskan mangsa yang anda cipta.

 JANGAN MULAKAN PROVOKASI DAHULU JIKA TIDAK BOLEH TERIMA AKIBAT DARIPADA PROVOKASI TERSEBUT ‪#‎MasyurMangsaProvokasi

‪#‎budayaProvokasiBukan100LangkahKeHadapan‬

NI SEMUA BOLASEPAK SAHAJA
Pada hari Ahad bertarikh 22hb Mei 2016 yang lalu , laman rasmi facebook kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim iaitu Johor Southern Tigers (JST) telah memuatnaik gambar Pemilik mereka Tengku Mahkota Johor (TMJ) sedang menikmati santapan berupa lauk gajah iaitu maskot rasmi Pahang FC beserta caption kata-kata semangat untuk bekas CEO Pahang FC.

 Pada mulanya saya tidak ambil pusing tentang perkara ini. Mungkin ia sekadar suka-suka antara penyokong dan pemilik apatah lagi JDT baru sahaja menang 6-0 keatas Pahang FC sabtu lepas. Provokasi seperti ini adalah biasa didalam bolasepak asalkan tidak berlaku pertumpahan darah.

 Tetapi hari ini kita dikejutkan dengan penahanan seorang penyokong bolasepak Pahang FC, individu yang bernama Masyhur Abdullah kerana mengkritik TMJ terhadap gambar yang dimuatnaik oleh JST itu.


 Ini membuatkan saya respon terhadap situasi ini dan apa saya nampak kita perlu perbetulkan keadaan ini. 

Satu pihak memulakan provokasi terhadap pihak lawan dan apabila pihak lawan tersebut membalas, kamu tidak boleh terima dan buat laporan polis sedangkan orang yang memulakan provokasi tidak dikenakan apa-apa tindakan. Keadaan ini nampaknya tidak seimbang.

 Walaupun saya tidak dapat maklumat rasmi mengenai apa yang dikritik oleh saudara Masyur tetapi saya yakin yang beliau hanya respon terhadap gambar milik JST atas kapasiti TMJ sebagai pemilik JDT dan bukan kerana beliau anak raja.

Didalam dunia bolasepak, provokasi, kutuk mengutuk antara pihak lawan sebelum dan selepas perlawanan adalah perkara yang biasa.

 Di Sepanyol misalnya yang mana bolasepak mereka 100 kali lebih maju dari kita dimana kelab-kelab mereka melakukan provokasi yang maha dahsyat seperti penyokong Barcelona membaling kepala babi di padang kerana protes terhadap Luis Figo berpindah ke Real Madrid dan penyokong membaling pisang ke arah Dani Alves sebagai penghinaan rasis terhadap beliau dan apa yang berlaku selepas itu?

 Mereka tidak buat apa-apa laporan polis pun terhadap perkara ini. Dan kedua-dua pihak meneruskan provokasi tanpa sebarang penglibatan dari pihak berkuasa. Simple je kan!

 Sebagai seorang penyokong bolasepak tegar, dimaki dengan pelbagai perkataan kesat ini memang dah biasa berlaku sebagai contoh "babi atau anjing" dan sepatutnya kata-kata tohmahan seperti ini tidaklah patut kita hantar seseorang itu ke penjara atau disiasat. Bukanlah suatu kesalahan yang besar pun sebenarnya di dalam bidang sukan. 

Perkataan babi atau anjing ini tidaklah hina mana, masih lagi makhluk tuhan.

 Sebaliknya golongan yang kita patut hantar ke penjara adalah mereka yang mengamalkan rasuah di dalam bolasepak, jual beli perlawanan dan mereka yang tidak amanah didalam persatuan atau kelab. 

Golongan seperti ini kita patut jauhkan dari bolasepak seperti dimasukkan ke penjara, hantar ke Pelastin atau Syria biar mereka tahu susah senang hidup.

Dan satu lagi perkara adalah sebagai laman rasmi buat kelab JDT, JST sepatutnya tidak memulakan provokasi terhadap pihak lawan kerana ini cuma menunjukkan mereka tidak matang walaupun telah jelas dinyatakan gambar tersebut ditujukan khas kepada bekas CEO Pahang FC.

 Tetapi gambar gajah itu lebih besar maknanya kepada rakyat Pahang berbanding perkataan "CEO" itu. Semoga JST lebih berhati-hati dimasa akan datang dan sekiranya berlaku provokasi dari pihak lawan biarlah kelab-kelab penyokong, laman facebook troll yang melakukan provokasi semacam ini dan laman rasmi kelab tidak perlulah mengapi-apikan situasi itu.

 Dan kepada penyokong Pahang FC tunggulah di saat dimana pasukan anda pada suatu hari akan berjaya menewaskan JDT dan raikanlah sepuasnya dan kepada penyokong JDT beringat-ingatlah jangan terlalu mendongak di langit kerana tidak ada perkara didalam dunia ini yang kekal selamanya.

 Dan akhir kata,
LET'S SUPPORT OUR LOCAL FOOTBALL!

Sila baca komen-komen mengenai isu ini di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Undang-undang di Malaysia diamalkan menurut darjat dan kedudukan seseorang, bukan bagitu?

Anonymous said...

Setuju!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...