PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Saturday, May 07, 2016

Keputusan rasmi terkini PRU Sarawak 2016 pilihanraya negeri PRN 11


  Pengumuman serta keputusan rasmi dan penuh bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 ke-11 (PRN-11) dijangka akan diumumkan sebelum jam 11 malam pada hari Sabtu 7 Mei 2016

 Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jangkaan masa keputusan penuh sebelum 11 malam itu masih tertakluk kepada situasi semasa berikutan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dalam usaha membawa pulang peti undi dari pusat pengundian ke pusat penjumlahan rasmi undi

 Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016 ke-11 (PRN-11) membabit 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua daripadanya telah dimenangi oleh Barisan Nasional BN (kemenangan tanpa bertanding)

Tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Ne­geri Sarawak ke-11 (PRN-11) telah ditetapkan selama 12 hari sejak penamaan calon pada 25 April lalu dengan menyaksikan sebanyak 1.13 juta pengundi berdaftar bakal membuat penentuan 

Pada PRN-11, Barisan Nasional (BN) meletakkan kesemua calon di 82 kerusi manakala parti PKR (40), DAP (31), Amanah (13), Pas (11), Parti Reformasi Negeri (10), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (5) dan calon Bebas (36) 

Para pengundi berdaftar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di 1,754 pusat mengundi yang dibuka untuk menentukan siapakah yang bakal menjadi wakil rakyat mereka 

Pusat Pengundian Pilihanraya Negeri Sarawak Ke 11 (PRN 11) Tahun 2016 ditutup 

Kesemua 1,754 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) telah ditutup pada jam 5.00 petang Sabtu, 7 Mei 2016 

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Proses pengiraan dan penjumlahan undi akan berlangsung sebaik sahaja penutupan pusat pengundian di semua kawasan terlibat 

KEPUTUSAN RASMI SPR DAN PENUH PRU SARAWAK 2016 PILIHAN RAYA NEGERI PRN 11 

Berikut adalah keputusan terkini, penuh dan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN 11 Sarawak) yang akan dilengkapkan dari semasa ke semasa 

 Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...