PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Friday, May 20, 2016

Ketua Polis Negara mahu tunggu apa lagi? Tanya Tony Pua

 Laporan Jabatan Audit Negara berkaitan 1MDB boleh dijadikan asas yang cukup bagi siasatan dilakukan terhadap syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

 Dalam satu wawancara dengan stesen TV Singapura, Channel News Asia semalam, Ambrin dilaporkan bersedia membantu mana-mana pihak untuk memulakan siasatan.

 "Langkah selanjutnya seperti yang disyorkan oleh PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara), mereka mahu siasatan dilakukan terhadap beberapa individu tertentu di dalam syarikat berkenaan, biar polis melakukan kerja mereka, kami akan membantu mana-mana pihak yang ingin melakukan siasatan," wawancara itu dipetik.

 Mengulas pengakuan Amrin itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang juga anggota PAC, Tony Pua menggesa polis mempercepatkan siasatan terhadap individu-individu yang dikaitkan dengan 1MDB seperti yang telah didedahkan di dalam laporan akhir PAC enam minggu lalu.

 Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan berkata, siasatan segera perlu dilakukan bagi memastikan dalang skandal kewangan RM50 bilion membabitkan syarikat sarat hutang itu dihadapkan ke muka pengadilan. Rakan rapat Perdana Menteri, Jho Low dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Halmi adalah antara individu yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

 Bagaimanapun sejak laporan akhir PAC dibentangkan di Parlimen pada 7 April yang lalu, polis masih belum memanggil individu-individu terbabit untuk disoal siasat, ujar Tony seperti dilapor Roketkini.com.

 Tony mendakwa, Shahrol telah mengarahkan 1MDB dengan kapasitinya sebagai CEO untuk membayar US$1.03 bilion kepada Good Star Limited, sebuah syarikat yang disahkan Bank Negara Malaysia dan telah dimaklumkan kepada PAC sebagai "sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak ada kaitan dengan Petrosaudi International Limited".

 Petrosaudi International Limited, syarikat yang menjalinkan usaha sama pelaburan dengan 1MDB, bagaimanapun tidak mengulas mengenai status Good Star Limited yang didakwa mempunyai kaitan dengan anak-anak syarikatnya.

 "Kini PAC dan Ketua Audit Negara telah mengaitkan Datuk Shahrol Halmi dengan salah urus tadbir 1MDB, apa lagi yang ditunggu Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar?" soal Tony dalam satu kenyataan hari ini.

 Malah, katanya, kegagalan polis untuk bertindak, dan ironi kepantasan siasatan luar negara hanya akan mengakibatkan rakyat Malaysia membuat kesimpulan bahawa mereka (polis) dengan seboleh-bolehnya cuba untuk menutup jenayah yang melibatkan tokoh-tokoh politik berkuasa di negara ini.
Comments
3 Comments

3 comments :

Zahril Mohd Zakir said...

KPN kan Hamba Abdi Najib dan parti Umngok.KPN nikan berTuhankan Najib dan Kiblat dia Parti Umngoj.Gaji dan kemewahan yang dia dapat hasil sumbangan ikhlas Najib dan Parti Umbgok.mana boleh dia nak tinggalkan Kemewahan Dunia bro.Rugi tak mewah kat Dunia ni.

usop ali said...

kalau org miskin n pembangkang. laju nya ditangkap....apa nak jadi ni...

Orang Kampong said...

To them...cash is,and always,be the super king..polis dengan duit...ibarat isi dgn kuku...org mengantuk dgn bantal..berpisah tiada....berapa persen yg suci dlm pdrm...yg tk pernah walau sesuap mkn blanja org..semua nk free...hatta,basuh kereta peronda,pun..nk free..rakyat melihat....berlaku di mana mana...polis n cash...berpisah tiada..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...