Wednesday, May 25, 2016

Komplot Jahat Dalam Pas dan PKR


  Ada sekumpulan manusia dalam PKR yang menyangka parti itu akan bertindak memecat Rafizi sebagaimana parti rakannya yang ngaku lebih Islam dari orang lain yang bertindak memecat Husam Musa yang mendedahkan salah tadbir negeri Kelantan.

  Parti yang mengaku mahu memperjuangkan Hudud dan memperjuangkan Islam itu tapi tidak menampakan kesungguhannya dan kini senyap sepi dari menyebut 'Hudud'!

  Aduan Husam mengenai salah urus tadbir kerajaan negeri Kelantan dipandang sepi dan tidak pernah mahu disiasat. Islam dan Hudud hanya digunakan untuk agenda politik murahan mereka sahaja.

   Berbalik kepada PKR tadi, nampaknya memang wujud sekumpulan geng dalam PKR yang mahukan Rafizi tersingkir dari parti tersebut.  Pada  8 Oktober 2015 lalu, kumpulan ini pernah membawa satu petisyen  mahukan Rafizi Ramli dilucutkan sebagai setiausaha agung disebabkan pertembungan dalaman berhubung penubuhan Pakatan Harapan.

 Kumpulan ini juga dikatakan mahu MPP meluluskan cadangan agar dibentuk satu pakatan lain dengan PAS di samping mengekalkan Pakatan Harapan.

  Inilah kerja jahat kumpulan ini yang menyebabkan Pakatan Harapan hari ini berserabut jadi tak ketahuan.

  Kita mengucapkan tahniah dan syabas kepada PKR kerana membuat keputusan yang telus dan berani untuk membenteras gejala rasuah walaupun berlaku dikalangan ahli partinya sendii.

   Tindakan Rafizi membawa aduan dari pemberi maklumat kepada parti untuk dibincangkan sebelum diadukan kepada SPRM adalah tindakan yang betul dan merupakan bukti bahawa apa yang dilakukan seterusnya adalah demi untuk survival parti dan bukan untuk kepentingan diri sendiri atau mana-mana pihak.

  Kelmarin timbul desas-desus kononnya Rafizi akan ditukar sebagai setiausaha agung kerana mendedahkan isu rasuah wang dan wanita.

  Untung nasib Rafizi akan ditentukan dalam mesyuarat malam tadi. Tetapi laporan hari ini, Dr Wan Azizah menyatakan perkara tersebut tidak timbul atau dibincangkan.

  Sebelum ini kita telah melihat ketegasan DAP dengan bertindak memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Datuk, Loh Chee Heng daripada parti itu atas kesalahan menyeleweng peruntukan kerajaan negeri bagi kawasan DUN tersebut.
PKR arah Rafizi serah bukti 'rasuah wanita' pada SPRM
 PKR mengarahkan naib presidennya Rafizi Ramli menyerahkan bukti berkaitan dakwaan rasuah wang dan wanita dalam kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
 Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat biro politik parti itu malam ini.
 “Biro politik telah membuat ketetapan bahawa Saudara Rafizi Ramli perlu membawa bukti-bukti yang ada pada beliau terus ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
 Dalam kenyataannya lewat malam ini, Azizah berkata biro itu juga akan meneliti dakwaan itu dan anggotanya yang terlibat akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin.
 Sementara itu, ditanya desas-desus Rafizi akan ditukar sebagai setiausaha agung, Azizah berkata ia tidak dibincangkan. ~ sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

PAS berjaya di kuasai oleh komplot yang jahat. PKR pun ada tetapi belum lepas lagi.

Kalau PKR berjaya di kuasai oleh komplot jahat, baru lah cantik. Dua-dua akan bergabung. Dan apa UMNO, dua-dua pun sama ikut buat.

Anonymous said...

Nampak sedikit keadilan tu... tapi selagi yang buat onar di sarawak tidak diambil tindakan... keadilan belum tertegak.

tanya sama itu hud hud said...

Pimpinan atasan pas ramai yg rasuah..
Para walaun pulak diberi rasuah agama,kononnya pas saja jalan utk ke syurga

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...