GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, May 04, 2016

KPN nafikan kes SD penjual banglo ditutup

 Apahalnya yang bercelaru sangat tentang berita jual-beli banglo Ketua Menteri Pulau Pinang ni?

  Macamana Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Ghafar Rajab nak bagi penjelasan mengenai celaru berserabai ini nanti?? Beritanya :

Pejabat Peguam Negara telah menafikan bahawa keputusan telah dibuat berhubung dengan kes akuan berkanun ahli perniagaan Phang Li Koon (SD).

 "Pejabat Peguam Negara ingin menegaskan bahawa Peguam Negara masih belum membuat sebarang keputusan dalam kes itu sehingga sekarang dan kes itu masih di peringkat kajian," katanya dalam satu kenyataan petang ini.

 Pagi ini, Ketua Polis Pulau Pinang Abdul Ghafar Rajab mengumumkan bahawa Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut akan diambil mengenai perkara itu.

 Abdul Ghafar berkata kes Phang telah diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut" (NFA) selepas siasatan yang dijalankan oleh polis Pulau Pinang dan Bukit Aman.

 Komen beliau dilaporkan di semua akhbar utama dan portal berita.

 Phang, yang merupakan pemilik sebelumnya banglo itu yang kini dimiliki oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, telah dituduh membuat SD palsu apabila dia mendakwa dia tidak mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan Pulau Pinang.

 Ini adalah selepas ia mendedahkan bahawa Lim telah membeli banglo di bawah harga pasaran.

 Beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Phang berikutan SD beliau yang dibacakan oleh Exco Pulau Pinang Phee Boon Poh.

  Phee, Adun Sungai Puyu adalah sepupu jauh Phang.

 Phang didakwa telah menjual banglo di Pinhorn Road itu kepada Lim, RM2.5 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran.

 Lim, bagaimanapun, telah menafikan sebarang salah laku, berkata unit itu dibeli atas dasar persetujuan bersama.

 Sementara itu, panggilan telefon dan mesej teks kepada Abdul Ghafar tidak dijawab. ~sumber
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Tak kan lah Ketua Polis Pulau Pinang sama bengong macam Najib. Najib tak tahu apa-apa turunkan tanda-tangan sebab Najib mana nak siasat-siasat dulu. Yang dia tahu duit masuk.

Kerja Polis dari pangkat rendah sampai lah yang paling tinggi .....kerja memang siasat dulu. Dah pencen pun siasat jika ada kehilangan lembu sekali pun..

Mana mungkin Ghafar main hentam cakap...

Hristo Yanev said...

Hi guys,
Thank you so much for this wonderful article really!
If someone want to know more about berita terkini I think this is the right place for you!

Anonymous said...

Puak-puak penjilat dedak Najib termasuklah peguam negara memang suka sebok jika cina guan eng atau siapa saja pembangkang ada ruang untuk mereka springkan tapi bila najib sendiri dan ahli-ahli UMNO atau ahli koponen gabungan BN buat onar semua jadi bisu walhal yang memerentah negara UMNO/BN yang nak menaikan nama negara ialah najib bukannya guan eng kalaulah guan eng diburukan ini bermakna najib tidak tahu mentadbir negara sendiri sebabnya pulau pinang itu adalah negeri yang berada dalam negara malaysia.Sungguh benggong penyokong najib adakah mereka sedar yang sekarang ini malaysia sedang diketawakan oleh dunia dengan kerana kebodohan najib kalau negara lain sudah lama pemimpin mereka letak jawatan ,lihat saja dinegara jiran disekeliling kita mereka akan sedar diri mereka itu dilantik dan dipilih oleh rakyat tapi dimalaysia semua pemimpin gila kuasa hari ini keseluruhan rakyat mahukan najib berundur tapi yang sedang berlaku sebaliknya najib akan mengunakan segala ketua jabatan dan egensi kerajaan untuk menegakkan benang basah terutamanya KPN yang telah dengan terang-terang mengunakan akta polis untuk menahan sesiapa saja yang menyanggah najib sementelah lagi yang ditahan itu tidak upaya untuk pertahankan diri.Najib telah gunakan duit sebagai senjata untuk membeli siapa saja yang boleh dibeli terutama pemimpin yang sedang menjilat dedak tumpah dari taburan najib.Fikirlah wahai penguatkuasa yang sedang mengunakan kuasa untuk menindas rakyat yang tidak upaya bersuara sekarang ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...