PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Sunday, May 22, 2016

Kuala Kangsar : Kemenangan Nizar Adalah Kemenangan Rakyat


  Ada yang berpandangan supaya Amanah memberikan laluan kepada Pas bagi kedua-dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 
"Tidak ada keperluan untuk Amanah ikut sama bertanding kalau dengan pertandingan itu menjejaskan harapan bersama. Kenapa Amanah perlu mengalah, tidak Pas? Kerana Amanah parti baharu. Pilihan raya itu bukan tempat untuk Amanah menguji pengaruh. Pengaruh dan kekuatan Amanah boleh diuji menerui melibatkan diri, membantu pilihan raya berkenaan. Itu sudah cukup. Rujuk di sini
   Sebaliknya saya bersetuju dengan pandangan Greenboc, "Justeru itu, cahaya kemenangan untuk Parti Amanah Negara dan Pakatan Harapan amat cerah jika meletakkan Nizar sebagai calon di PRK Kuala Kangsar."

  Kalau nak diikut saranan pertama diatas itu, bemakna, Amanah akan terus kehilangan hak untuk bertanding di kedua-dua tempat tersebut. Apakah Amanah perlu beri laluan dilain-lain tempat di mana Pas akan bertanding nanti?

   Apa perlunya Amanah memberi laluan mudah kepada Pas? Sedangkan tawaran Amanah supaya Pas bertanding di Kula Kangsar dan Amanah di Sungai Besar telah ditolak mentah-mentah oleh Pas.

     Amanah pun satu hal, kenapa perlu mahu bertolak ansur lagi dengan Pas dengan penawaran tersebut? Bukankah presiden Amanah, Hj Mohd Sabu pernah berkata, "Kita lawan Umno dan mereka yang berkawan dengan Umno"

    Apakah Amanah sudah lupa bahawa penyingkiran mereka dari parti lama mereka itu adalah kerana sikap kepimpinan Hj Hadi yang gelojoh sangat mahu berbaik-baik dengan Umno?

     Sementara Mahathir mencadangan perkara yang hampir sama dengan cadangan yang pertama :
Rakyat perlu letak hanya satu calon sahaja. Malangnya jika Hadi meletakkan calon PAS ini juga akan menolong BN jika rakyat letak calon melawan BN dan PAS.
 Sebab itu untuk mengelak perpecahan dikalangan rakyat, jika PAS letak calon, rakyat perlu bagi sokongan padu kepada calon PAS supaya PAS menang besar dan BN kalah besar.
 Kalaupun PAS menang, ia tidak dapat mendiri Kerajaan. Ia cuma akan menjadi hamba kepada BN yang memiliki lebih ramai wakil darinya. 
 Ini bermakna jika Amanah memberi laluan kepada Pas dan Pas menang, kemenangan kepada Pas itu samalah seperti Amanah memberikan kemenangan kepada Umno! Ker guana Ding?

  Jangan lupa, bahawa DS Nizar adalah ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Perak. Tentu agak sukar bagi Pas untuk berdepan dengan Nizar, ketua mereka di dalam DUN Perak....??

   Maka lantaran itu, Amanah jangan sekali-kali nak 'berlembik tengkok' dengan Pas @ kawan Umno tu!

DS Nizar sebagai calon Parlimen Kuala Kangsar

 Pandangan Greenboc, Pakatan Harapan amat cerah jika meletakkan Nizar sebagai calon di PRK Kuala Kangsar memang tidak dapat disangkal atau dinafikan.

  Siapa yang tidak mengenali ketokohan mantan Menteri Besar Perak ini? Hubungan Nizar dengan rakyat Perak juga telah lama terjalin mesra. 

  Mereka telah mengenali hati budi Nizar dan tidak mungkin melupakan begitu sahaja jasa-jasa Nizar kepada rakyat Perak walaupun beliau hanya sebelas bulan sahaja menjawat Menteri Besar sebelum dirampas oleh Umno/BN.

  Beliau amat memahami isu-isu tempatan dan pastinya banyak perkara-perkara yang akan beliau bongkar dan dedahkan kepada rakyat Perak.

   Selain itu, Nizar juga sangat peka dengan isu nasional. Beliau mempunyai pengalaman menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang selepas Pilihan raya kecil Bukit Gantang 2009.

  Sewaktu berucap di ceramah Amanah Kuala Kangsar malam kelmarin, Nizar turut mengimbau kenangan silamnya yang pernah bertanding melawan Rafidah Aziz dalam PRU 11 pada 2004, di Parlimen Kuala Kangsar.

" Pada waktu itu, orang tidak berapa sangat mengenali saya lagi, " kata Nizar dengan penuh erti bahawa keadaannya kini adalah sangat berbeza! Orang kampung semua dah kenal sangat siapa DS Nizar!

  Kalau Nizar bertanding semula di parlimen Kuala Kangsar sekali lagi, beliau adalah umpamanya , sireh pulang ke gagang.

 Diharap pimpinan Harapan Baru yang akan bersidang hari Isnin ini dapat menangkap dengan jelas maksud yang tersirat yang hendak Nizar sampaikan itu. Marilah kita sama-sama menjadikan kemenangan Nizar itu nanti sebagai kemenangan rakyat.
Comments
5 Comments

5 comments :

abrarmujahideen said...

Hari ahad nie majlis presiden baru muktamadkan calon..muslihat politik

abd raziz md dewa said...

ini negara demokrasi ..sesiapa pun boleh bertanding ...tidak perlulah kata mengata parti lain ...kita tentukan pilihan rakyat dalam pilihan raya

khirul said...

Kadang setuju jugak...bagi je Pas tanding..kita tengok ada kebih undian tak untuk mereka nie...Amanah tak oayah susah masuk tanding.... pru akan datng baru masyuk...

Orang Kampong said...

Letak calun bebas parti..direct candidate dari rakyat...be it frm pas,or pantat ke apa ka..guna simbol bebas tp semua tolong..ni prk..rakyat lwn najib...kalu tidak..mmg lah pembangkang terlalu bodoh sb tamak kuasa...mcmne nk tackle rakyat dln pru nnt kaly ujian sekecil ini pun gagal di sepakati..cmfirm pembangkang tetap membangkang hingga khiamat..

Mat Safian said...

PH perlu mulakan ceramah di seluruh negara tanpa menjemput pimpinan2 PKR yg pro-Azmin. Ini salah satu cara melemahkan kartel Azmin yg berfungsi memecahkan PH sebelum PRU14. Kartel Azmin dan PAS sudah berjaya memecahkan PR dahulu, jgn biarkan pisang berbuah 2 kali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...