PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, May 26, 2016

Lawak Haji Hadi : Sendiri usul, sendiri tangguh

 Rang Undang-Undang Ahli Persendirian 'yang difailkan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang bagi pindaan Akta 355 untuk memperkenalkan Undang-undang Hudud Islam melompat giliran di Parlimen hari ini tetapi telah ditangguhkan atas permintaan oleh Hadi sendiri.

 Apabila diberikan kebenaran untuk membentangnkannya oleh Yang Dipertua dewan, Pandikar Amin Mulia. Tidak semena-mena Hj Hadi pun membacakannya macam budak tadika...

 Bila Speaker minta Hj Hadi memberikan huraian mengenainya, Hj Hadi nampak menggalabah tak tentu pasal, tercari-cari sesuatu untuk beberapa saat.

  Nasarudin Hasan at-Tantawi yang berada dibelakangnya pun turut tak keruan bila tengok bosnya panik tak ketahuan...kikiki! Lihat VDOnya di sini
 
    Hj Hadi kemudiannya menjawab ringkas, "Tuan Yang Dipertua, Saya mohon supaya usul ini ditangguhkan dan dibawa ke mesyuarat akan datang mengikut mesyuarat 15 (5)"

Berikut pula beberapa komen menarik daripada netizen lain :

Abdul Rahman Abdul Talib : Sendiri bentang usul sendiri mintak tangguh. Nampak sangat Presiden PAS main wayang.Terpaksa main wayang sbb nak hadapi PRK dan Muktamar.Namun wayang ni takkan jadi kalau tidak ada kerjasama dari UMNO.

Ipoh Mali : Aku harap.. Pemimpin Amanah.. Pemimpin DAP tak masuk perangkap UMNO juga.. biarlah PAS saja ditipu.. UMNO akan mainkan kata2.. atau apa2 komen Pemimpin DAP..Amanah dan MCA untuk dijadikan modal PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.. Korang relax jer.. korang tengok lah.. lepas ni, UMNO akan main kan ucapan Pemimpin MCA.. Gerakan dan MIC.. dah tentu UMNO akan harapkan komen pemimpin DAP.. tujuan mereka hanya mahu Melayu Bersatu menyokong UMNO.. mereka cuba mengalihkan isu Nasional seperti 1MDB..Najib menjelang PRK Sungai besar dan Kuala Kangsar.. kadang2 pemimpin DAP bukan cerdik sgt pun bila UMNO bagi umpan.. walaupun dah berkali kena main.. Nanti yg dimainkan cerita dan wayang Hudud..padehal hanya Pindaaan Akta 355.. :)

Ridzwan Abu Bakar : Saya menonton dan mendengar dengan teliti isi perbahasan dalam video ini lebih dari 8 kali.

 1. Sebagai Muslim, saya berbangga kerana ada usaha untuk memperkasakan mahkamah syariah.

 2. Dari sekian lama ditekankan peri pentingnya ummat kembali melaksanakan 'hukum Islam', maka peluang yang ada ini sepatutnya digunakan 'sehabis usaha' untuk memperkenalkan, mensyarah dan menyakinkan anggota legislatif, bahawa Islam boleh didaulatkan dengan wajahnya yang rahmah dan dalam kerangka perlembagaan yang ada.

 3. Namun, gembiranya saya terganggu apabila pembawa usul sendiri mohon untuk 'ditangguhkan' ke sessi depan. Bukankah ini adalah 'isu' utama? Bahkan nyawa Pas, kenapa perlu tangguh. Ketika akta POTA dibentang dan dibahaskan, parlimen bersidang sampai jam 4 pagi, kenapa isu penting ini dipohon TANGGUH oleh pembawa usul sendiri?

 Lebih mengecewakan ! Apabila ada mengaku bahawa 'isu' ini akan dijadikan bahan kempen dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar
 !والله المستعان على ما تصفون

Che Ibrahim Mohamed: Che Ibrahim Mohamed Umno akan membiarkan Pas terus menyanyikan lagu hudud kerana umno yakin iramanya cukup berkesan utk pecahkan pakatan pembangkang selain mempesonakan rakyat bawahan dgn dendangan agama. Namun mereka yg cerdik amat faham adalah mustahil Pas mampu melaksanakan undang2 hudud di kelantan wpun Akta 355 dipinda.

  Tu baru peringkat usul, selepas ni kena selesai halangan di peringkat bacaan pertama terutama mencetak dan mengedar RUU berkenaan oleh Jab Peguam Negara.

  Di peringkat bacaan kedua lagi parah, kena dpt persetujuan Menteri utk bentang, Menteri takkan berani beri kebenaran tanpa perkenan majlis raja2 dan kabinet.

  Jika Menteri setuju utk bacaan kedua, cabaran sokongan MP pula utk mendapat kelulusan, adakah MP pembangkang dan kerajaan akan menyokong usul persendirian drp seorang MP dari Blok ke 3.
Comments
9 Comments

9 comments :

Ghozali zali said...

Biaq tangguh drp bagi hujah dgn gopoh lagipula masa hari ni singkat utk pencerahan sebenar ruu dicadangkan.

powertrain1648 said...

Nak tunjuk pandai akhirnya nampak kebodohan sendiri...tapi x perasan bodoh...sbb tu org panggil PANdir.
Last day la semlm bro...oktober baru parlimen bersidang blk. So sementara tu...carila jln utk perlekehkan lagi ruu hudud ni...4 bln lagi...itupun klu umur panjang
Dulu bkn main tanya mana hudud...tapi itula...hati bkn nk sgt hudud...perlekeh jer lebih...

Anonymous said...

Ada seramai 160 ahli parlimen Bumiputera (BN +PR) daripadanya hanya 138 orang sahaja beragama Islam iaitu kurang daripada 2/3 kesemua kerusi parlimen. Oleh itu  isu hukum hudud  yang memerlukan undi 2/3 di parlimen adalah mustahil dilaksana di Malaysia walau sekalipun semua ahli parlimen beragama Islam menyetujuinya. Jadi Parti Pas kena kaji semula arithmetic ini.

http://mountdweller.blogspot.my/2016/05/usul-rang-undang-undang-persendirian.html?m=1

Anonymous said...

Sebelum hudud diperkatakan, buktikan dulu kebaikan islam dan akhlak islam baru dpt meyakinkan org bukan islam akan kebaikan dan keadilan islam..bila sudah yakin tidak mustahil mereka juga akan sokong hudud..tp kalu asyik makihamun, gelar org babi anjing lembu, label.org barua ,tolol, hamba dap dan mcm2 ,islam akan dilihat buruk dan ganas serta primitif..inilah hasil hadi yg pimpin pas..pas mundur kebelakang.

Anonymous said...

Terserlah permainan dan kebodohan presiden pas..

haaaaaaa said...

Korang tak rasa pelik ke Azalina anak dara kelas C++ yg selama ni xmahu hudud tiba2 dicadangkan ia utk mengusulkan prkara ni sedangkan usul ni berada ditempatkan ke15 dlm senarai..something wrong..berwaspada dgn tipu muslihat umno/BN yg tgh parah nih..jgn terlalu taksub..

Anonymous said...

Presiden amanat sesat
Mcm tu la
Benda baik dia pulak minta tangguh
Ish2

tanya sama itu hud hud said...

Hudud kepala bana hg ruu tu?
Baca dlm bahasa melayu pun tak paham2..banyak makan dedak kot?
Dah tertulis ruu utk memperkasakan hukuman mahkamah syariah sedia ada.
Tapi masalahnya adakah diterima oleh syarak hukuman yg mahkamah syariah putuskan tu?
Adakah dgn pindaan ruu tu pun dah melengkapi hak syarak?
Contoh: zina jika sabit kesalahan,hukuman denda rm2000.
Adakah dgn membayar rm2000 maka diakhirat akan telepas dari dakwaan zina dah hukuman Tuhan?
Contoh kedua: selepas pindaan ruu,zina jika sabit kesalahan,denda rm4000,dirotan 5kali,
Adakah pesalah tidak akan didakwa diakhirat dan dikenakan hukuman oleh Tuhan jika dia bayar rm4000 dan dirotan 5kali??
Kalau kat dunia kena denda,rotan dan sebagainya,diakhirat kena lagi,dimanakah keadilan dlm islam?

Anonymous said...

Akad nikah dlu baru bt kenduri.....kann rm banyak2.6bilion.
Kna faham laa
Kann ada skrip....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...