PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Wednesday, May 25, 2016

Majlis Presiden PH mesyurat esok tentukan calon PRK


KUALA LUMPUR:  Majlis Presiden Pakatan Harapan akan bertemu esok bagi membuat keputusan parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg. Besar dan Kuala Kangsar Jun ini.

 Tarikh baru itu ditetapkan selepas mesyuarat yang sepatutnya berlangsung minggu lalu itu tertangguh dua kali.

 Difahamkan kepimpinan tertinggi ketiga-tiga parti yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah akan hadir pada pertemuan yang dijadual berlangsung di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen.

 "Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mengadakan mesy ttg PRK Sg Besar & K Kangsar, esok (khamis, 26 Mei '16)," tulis Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah di Twitter mengesahkan perkara itu.

 Turut mengesahkan menerima jemputan ke mesyuarat esok adalah Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (Amanah) Suhaizan Kaiat.

 "Ya, esok. Saya telah terima jemputan untuk mesyuarat itu," katanya ketika dihubungi.

 Esok, 26 Mei 2016 adalah hari terkahir persidangan Parlimen bagi mesyuarat kedua, penggal keempat, yang bermula 16 Mei lalu.

 Mesyuarat yang mulanya dijadual pada Jumaat, 20 Mei lalu diubah kepada Isnin kelmarin, namun ia sekali lagi ditunda kepada tarikh baru esok.

 Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Isnin lalu memaklumkan mesyurat Pakatan Harapan terpaksa ditangguhkan ekoran belum mendapat respon daripada PAS berhubung rundingan satu lawan satu di kedua-dua PRK tersebut.

 Mesyuarat esok adalah ditunggu-tunggu bagi melihat kebijaksanaan Pembangkang khususnya Pakatan Harapan dalam berhadapan pilihan raya selepas berpecah teruk ekoran bertanding melawan sama sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak awal bulan lalu.  ~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...