GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, May 05, 2016

Nak tau kerja Barua, baca ini!

  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya 'tidak menghalalkan' orang lain dan tidak setuju DAP memerintah Sarawak.

 PAS, katanya, mahu pemerintah itu di kalangan orang Islam bumiputera.

 Abdul Hadi berkata bangsa Cina dan India boleh menjadi rakyat namun ia perlu dipimpin oleh pemimpin beragama Islam.

 “PAS mahu Sarawak diperintah oleh bumiputera, bukan kaum lain tapi bumiputera mesti perintah Sarawak dan PAS mahu ia bumiputera Islam.

 “Kita tak menghalalkan orang lain, kita tidak setuju DAP perintah Sabah, Sarawak kita tidak setuju. Kita terima orang Cina, India jadi rakyat, kita layan adil semua tapi memerintah negeri mesti bumiputera,” katanya.

 Hadi berkata demikian dalam ceramahnya yang di hadiri kira-kira 250 orang di Padang Hadapan Masjid Ikhwanul Muslimin, Taman Sukma, Kuching malam tadi.

 'PAS nak jadi penasihat'

 Ahli Parlimen Marang itu berkata, PAS hanya menghantar 11 calon, bukan mahu memerintah Sarawak, sebaliknya kerana mahu menjadi penasihat kepada kerajaan yang akan dibentuk selepas pilihan raya negeri (PRN) nanti.

 “PAS bertanding 11 kerusi (dalam PRN), kalau PAS menang 11 kerusi masih ada 72 kerusi ada lagi, PAS tidak boleh memerintah dengan 11 kerusi.

 “Mereka nak 71 kerusi ambil ambil sebab PAS cuma nak 11 kerusi sahaja tujuannya apa, untuk jadi penasihat dengan menasihati kerajaan supaya memerintah dengan mana adil seperti ditunjuk oleh Islam,” katanya disambut dengan sorakan ‘Allahuakbar’.

 Hadi turut mengingatkan rakyat di negeri Sarawak bahawa PRN merupakan amanah mereka untuk memilih pemimpin yang boleh membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri supaya dapat didengari.

 “Pilihan raya adalah beri kuasa pada rakyat untuk pilih pemimpin dia setiap lima tahun sekali. Pilih pemimpin bukan dibayar RM10, RM50, bukan RM5,000. Pilih pemimpin adalah amanah tapi kita difahamkan pilihan raya ini adalah peluang dapat wang tambah poster, dapat duit.

 “Pilihanraya ini amanah, kita pilih pemimpin kita duduk di dewan negeri bercakap bagi pihak kita di dewan, bercakap perjuangan kita, hak kita, tuntutan kita itu makna pilihanraya,” tegasnya.~ sumber

Komen al-Husseyn :

  Sebelum saya ulas perkara yang diatas tu, suka saya menarik perhatian walaun-walaun yang begitu riuh rendah memperkatakan mengenai pertindihan kerusi antara DAP dan PKR dalam menghadapi PRN Sarawak ini.

  Saya cuma nak beritahu walaun semua, jangan ghairah sangat pasal kemelut itu kerana Pas sendiri turut mengalami perkara yang sama - pertindihan kerusi dengan PKR di 3 tempat.


  Walaupun Pas sering mendakwa yang kononnya masih terikat dengan PKR melalui 'Pakatan Rakyat' versi Pas, pertindihan kerusi di 3 tempat, N60 Kakus, N67 Jepak dan N72 Lambir tidak dapat dielakan dari berlaku.

 Berbalik kepada kenyataan Hj Hadi diatas itu, bukan main lagi garangnya menyalak DAP di PRN Sarawak 11 ini.

  Ikut katanya, "Sarawak mesti diperintah oleh bumiputera Islam, bukan kaum lain!"
  
  Inilah gara-gara politik matang pispus ... bertanding hanya 11 kerusi tapi mahu Sarawak diperintah oleh bumiputera Islam. Kalau benar mahukan bumiputera Islam kenapa Hj Hadi tak berani bertanding di kesemua kerusi dengan meletakan kesemuanya calon-calon bumiputera Islam?

  Dan nampak pelik, kenapa di N 60 Kakus , Pas meletakan Clement Bayang, seorang penganut Kristian di situ. Kenapa Pas tidak meletakan calon bumiputera Islam ?

   Menyalak macam anjing gila. Macam mana tidak dikatakan macam anjing gila? Pas , seperti mana biasa dalam pilihanraya, dia tidak berdepan dengan DAP. Pas berdepan dengan Umno/Bn. Tapi apa yang disalaknya siang malam ialah DAP! Bukan kerja gila ker nama  tu?

   Kempen serangan dan momokan UMNO-PAS dalam menyuntik sentimen anti-DAP yang selama ini begitu menebal dikalangan Melayu luar bandar semenanjung, cuba di bawa ke Sarawak pula.

 Begitulah kegilaan Pas dalam kempen PRN Sarawak kali ini. Seolah-olah Pas sedang menentang DAP di situ.


  Daripada 11 kerusi yang Pas tandingi, hanya dua kerusi sahaja Pas berani berdepan dengan DAP - di N70 Samalaju dan N74 Pujut.

   Walaupun nampak ranggi dan garang, Pas tidak berani mencabar di tempat-tempat yang dikuasai DAP selain dua tempat tersebut. Samalaju adalah tempat baru lulus.

  Seperti yang dikatakan oleh PM Najib dahulu, ‘you help me, i help you,” maka tidak hairanlah kenapa Pas begitu galak menyalak DAP. Hanya semata-mata mengharapkan untuk mendapat dedak sebagai imbalan. Untung-untung dapat satu atau dua kerusi membolehkannya jadi penasihat (baca penjilat) kepada tuan dedaknya. Ini semua adalah kerja barua!
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Cina semenanjung telah memberi undi pada PAS tapi apa yang terjadi ?

PAS sendiri mengkhianati undi yang telah di berikan oleh orang cina.

Lebih bagus Haji Hadi cakap yang orang cina dan orang bukan Islam tidak sepatutnya di beri hak mengundi !

Anonymous said...

Yang lebih ada peluang baik ialah BN, yang di serang DAP. Yang ambil tanah bumiputra ialah pemimpin BN, DAP pulak yang disalak.

“Pilihanraya ini amanah, kita pilih pemimpin kita duduk di dewan negeri bercakap bagi pihak kita di dewan, bercakap perjuangan kita, hak kita, tuntutan kita itu makna pilihanraya,” tegasnya. Tapi yang kaki ponteng siapa ?

Anonymous said...

Sabaq pak usin, istigfar byk2. Jgn pedulikan hadi tuu. Minta doa byk2 moga2 walaunta walaunta celik mata dan hati. Pasai hadi, lantak pi kat dia laa.. maklumla org tua nyanyuk.

tanya sama itu hud hud said...

Sudah terang lagi bersuluh,hadi marang adalah barua dan broka,badut sarkas besarban

usop ali said...

buka sekolah pondok jer sesuai buat preseding bangang ni....

Anonymous said...

Macam tu tak payah bagi cina mengundi... kena paksa buat mereka melainkan semua calun mesti beragama Islam...

Anonymous said...

Hadi memang dah lama mereng...biar dia mati mereng sorang2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...