PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Saturday, May 21, 2016

Pas Kantoi : at-Takiri konform, Iskandar Samad sangkal kata dua Azmin Ali

  PETALING JAYA: Tiga EXCO PAS di Selangor memang diberi kata dua oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras mahu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar.

 Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak partinya.

 Malah, menurut Khairuddin, penafian yang dibuat Azmin kepada pihak media juga tidak benar.

 “Azmin ‘terkantoi’ berbohong kepada wartawan, kononnya tidak pernah arahkan EXCO PAS (Selangor) letak jawatan sedangkan memang ‘confirm’ dia (Azmin) arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar,” katanya kepada FMT. Baca lagi di sini

Tapi pelik pula, PAS Selangor hari ini menyangkal spekulasi berhubung dakwaan 'kata dua' dari Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali supaya tiga exco kerajaan negeri daripada parti itu meletak jawatan jika PAS bertegas mahu calonnya bertanding dalam pilihan raya (PRK) Sungai Besar.

 Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata hasil semasa pertemuan mereka dengan Azmin pada hari Rabu adalah "tidak penting". Baca lagi di sini  The Star pada hari Khamis memetik sumber berkata Azmin telah memberi kata dua kepada tiga exco negeri daripada PAS untuk meletak jawatan pada hari Isnin.

Pening dengan Pas nih....at-Takiri ‘confirm’ Azmin arahkan EXCO PAS meletakkan jawatan jika PAS terus bertanding di Sungai Besar.

 Iskandar Samad yang berombongan berkejar ke Rusila jumpa Hj Hadi membincangkan 'kata dua' Azmin tiba-tiba menafikan pula .....

 Hj Hadi pula menafikan yang dia ada berkata partinya "lebih suka kawanan lembu Umno daripada kawanan babi DAP"

  Lim Guan Enng cabar Hj Hadi supaya ambil tindakan mahkamah kalau benar berita itu fitnah!

 Nampak sangat Iskandar Samad ni sayang dan kasih sangat dengan dedak yang dia dapat dari Azmin....

  Pas ni memang sudah tak ada integriti .... semua dah ikut perangai Hj Hadi yang suka berbohong.
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Bila ulamak tolak ulamak politik..dikatakan tolak nabi..bila ulamak politik suka berbohong....maka nabi juga suka berbohong kot...

Mcm2 PAS ..PIS...PUS..ni

khirul said...

Aterrrr.ngaper??
Kejap boleh kerjasama...
Kejap tak boleh.....
Ape ker bendernyer yang Pas mahu???
Jawatan MB....?
Pooo dahhhhh.....

tanya sama itu hud hud said...

Bertambah ramai ularmak dajjal berpeleseran menyesatkan umat..

Anonymous said...

Walau apapun saya masih ingat yang ni Dengan nada berseloroh, beliau mengumpamakan golongan tersebut sebagai pengacau seperti nyamuk yang mengganggu tidur.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila,” katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti itu, Harakahdaily "

Anonymous said...

Walaunta..bebal mcm baghal.

Anonymous said...

Iskandar Samad dan At-Takiri, dua-dua tidak boleh di percayai. Yang tidak berbohong ialah Hadi sebab dia tak tahu apa-apa..

Hadi nafi kata babi DAP.. tunggu dia saman akhbar tersebut.

Siapa lagi yang dalam PAS kaki pembohong..?

Anonymous said...


Jika pkr yang bertanding sememang patutlah exco pas letak jawatan.

Itu dikira lawan bos.

WAN MARZUKI said...

Harap sangat pas dpt join balik pakatan harapan. Kalaulah Tuan Ibrahim yang menerajui parti, gelodak skrg mampu dihentikan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...