Friday, May 06, 2016

PAS pecat bekas naib presidennya, Husam Musa

  Jawatankuasa tatatertib PAS hari ini memutuskan untuk memecat bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa selepas mempertimbangkan kes itu dari semua aspek serta mengambil kira kepentingan parti.

 Pengumuman pemecatan Husam yang juga adalah ADUN Salor dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok.

 Menurut Sanusi, jawatankuasa tatatertib PAS yang bersidang pada 23 April lalu mendapati Husam melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS.

 Justeru katanya, jawatankuasa tersebut dengan sebulat suara bersetuju memecat Husam dari menjadi ahli PAS berkuat kuasa pada hari keputusan.

 "Jawatankuasa tatatertib telah meneliti aduan salah laku terhadap Husam dan mempertimbangkan kes beliau dari semua aspek.

 "Husam didapati melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

 Sanusi berkata, keputusan itu juga dibuat setelah mengambil kira kepentingan parti dan perjuangan Husam.~ sumber

Komen al-Husseyn :

 Melalui sepucuk surat kepada Dr Daeng Sanusi bertarikh 3 April lalu,  Datuk Husam Musa telah meminta beliau selaku Pengerusi Siasatan Jawatankuasa Disiplin Pas supaya menarik diri daripada kes yang dihakiminya.

 Husam berkata, Dr Daeng Sanusi telah mengeluarkan kenyataan fitnah dan prejudis ke atas dirinya ketika menjelangnya Muktamar Pas tahun lalu termasuk di Kelantan, Johor dan Selangor.

 “Anehnya, selepas muktamar berlalu, beliau tidak lagi menyerang saya secara terbuka, seakan serangan itu mempunyai agenda untuk pemilihan muktamar sahaja.” ujar Adun Salor ini. Baca di sini

  Nak tahu juga apa sudah jadi dengan dengan janji Dewan Harian Pas Pusat untuk memberikan maklum balas terhadap 'nota cinta' Husam Musa pada pertemuan 30 November 2015 yang sampai kini masih belum lagi mendapat sebarang maklum balas.

   Juga apa sudah jadi dengan kes aduan mengenai fitnah oleh 3 Ulama PAS dari Perak tu? Kalau tidak bersalah, katakanlah tidak bersalah. Jangan buat derk ajer weh!!
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Tak kan Dato' Husam je....Dato Mahfuz Omar camna?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...