GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, May 14, 2016

Pas semakin matang atau semakin Natang?

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
 Semakin pelik cara pendekatan politik pispus yang mengaku mengamalkan politik matang. Benarkah pispus semakin matang atau atau semakin Natang?

  Umpama seseorang yang mahu menumbangkan sebatang pokok yang besar, tapi dia tak mahu tebang pokok tersebut. Dia tidak mahu gunakan jentera pengorek untuk mencabut pokok tersebut keluar dari tempatnya. Dia tidak mahu meracun pokok tersebut supaya mati .... Dia hanya beritahu orang ramai bahawa pokok itu perlu ditumbangkan!Natang betul orang ini!

   Pispus adalah ibarat orang itu. Pispus mahu menumbangkan pokok (umno). Sudah sedia ada peralatan untuk kerja-kerja menebang. Sudah ada 'chainsaw' , ada kapak, ada parang bagai....  Tapi peliknya, pispus tidak mahu gunakan itu semua. Pispus! Pispus! semakin natang sungguh mung!

   Negara kita mengamalkan sistem demokrasi pilihanraya untuk memilih pemerintah. Melaluinya kita melobi rakyat untuk melakukan perubahan. Dalam proses ini maka kita memberikan penerangan dengan mendedahkan semua salah laku. Pendedahan salah laku inilah yang pihak musuh sering menganggap nya sebagai serangan.

    Misalnya, Pakatan Harapan mendedahkan mengenai skandal Najib dan 1MDB. Maka sudah tentu Umno tidak suka dan menganggapnya sebagai fitnah dan serangan terhadap Najib dan Umno.

  Rakan atau sekutu Umno yang berada dalam BN dan di luar BN tentu menganggap isu 1MBD itu sebagai satu serangan.

  Bahawa Pispus tak mahu serang Umno/BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar sebagaimana pengakuan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri ini bukanah perkara yang baru.

  Maka sebab itu, pispus yang merupakan sekutu Umno di luar BN tidak pernah membangkitkan soal skandal Najib dan 1MBD. 

  Baguslah kalau macam itu, masing-masing tidak serang menyerang antara satu sama lain. Pispus tidak serang Umno, Umno tidak serang pispus. Buat apa malu-malu kucing tidak mahu berterus terang?

   Lebih baik pispus berterus terang bahawa parti itu memang mahu jadi barua kepada Umno. 

    Macam mana tidak mahu mengaku bukan barua Umno kalau siang malam pispus kerjanya asyik menyerang Amanah dan DAP? Siapa sebenarnya musuh pispus ini?

   Umno tidak galak sangat sebagaimana pispus menyerang Amanah dan DAP kerana Umno sudah ada barua untuk melakukan kerja itu.

 Pispus adalah barua Umno, maka pispus telah mengambil aleh tugas Umno untuk menyerang Amanah dan DAP. Begitulah tugas barua. 

  Jadi barua kerajanya senang. Dapat dedak gred 'A". Prinsip utama barua ialah dia tidak akan lawan atau menyerang tuan yang memberikannya dedak.


   Mohd Sabri Saleh, adik kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Nik Zawawi Saleh, menulis di fesbuknya kelmarin :

  Dato Husam kata, Mursyidul am, presiden, dan lain2 beranikah bersumpah atas nama Allah tak pernah terima apa2 habuan dari pihak Umno atau Najib? Ambo berani bersumpah atas nama Allah ambo tak terima satu sen pun.

  Amat tepat sekali apa yang pernah Presiden Amanah, Hj Mat Sabu katakan : Kita lawan Umno dan mereka yang bekawan dengan Umno!
PRK Sungai Besar: PAS janji tidak akan serang BN 
PETALING JAYA: PAS berjanji tidak akan menggunakan teknik menyerang UMNO dan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti, kerana ia tidak mampu menarik pengundi Melayu menyokong parti Islam itu.
 Ini kerana, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, rakyat sedia maklum UMNO dan BN sedang dibelenggu pelbagai kemelut sehingga tidak lagi diyakini rakyat.

 Katanya, tindakan terbaik PAS ialah menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa parti Islam itu akan berjuang untuk membawa keadilan kepada semua lapisan masyarakat.  Baca lagi di sini
Comments
11 Comments

11 comments :

Anonymous said...

Pas menate bengong

Anonymous said...

Dulu pokok itu nak di tumbang sebab depan rumah dan halang laluan masuk. Daun pokok itu pun kerap gugur dan menjadikan kawasan rumah.

Sekarang pintu pagar rumah dah di alihkan dari pintu biasa ke pintu auto. Bawah pokok ada buaian dan pangkin untuk berbaring.

Rupa-rupanya pokok itu banyak bagi faedah. Daun yang gugur itu bertukar jadi duit hasil ke'wali'an seorang bomoh.

Anonymous said...

Memang ada terima dari Najib tapi semuanya di gunakan untuk parti.

Najib pun ikhlas tidak minta sebarang balasan.

Yang terima ialah parti. Dan semua pemimpin tertinggi PAS telah di beritahu.

Jadi anggap lah derma bukan habuan.

Anonymous said...

Bila Husam melafazkan "Ambo berani bersumpah atas nama Allah ambo tak terima satu sen pun." Itu dah kira bersumpah.

Mursyidul, Presiden dan lain-lain jangan nak mempersulitkan bagaimana nak bersumpah.

Cukup seperti lafaz sumpah yang di buat oleh Husam kerana sebagai hambaNya saya yakin kesucian pada nama Nya.

Tuan azmin tolong siarkan sekiranya Mursyidul dan Presiden telah buat lafaz sumpah. Terima kasih.

Macamana sumpah Najib? Dia pun bersumpah dengan nama Allah? Pasal Najib bersumpah lah sampai sekarang Najib semakin teruk dan bermasalah.

Hidup Najib! said...

Bodoh tak blh diajar...kurang ajar lak tu

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Mula2 beri amaran pada parti2 pembangkang jangan masuk bertanding lepas tu tak akan serang Umno. Jika begini siapa plak musuh PAS?

Anonymous said...

Kenapa tak di beritau pd penyokong semua....kenapa perlu terima secara diam diam....kami di kg kg di caci di cerca oleh penyokong umno...kami di hina...kerna sokong parti pas...puak umno kata parti syitan...betui kee...?

Anonymous said...

Nampak sgt emosional hussin...hahaha...org kalu suka kutuk2 org ni sebenarnya dia takut tu...xpe hussin penyokong amanah ada di sg besar dgn k kangsar jgn bimbang tak hilang deposit kot...hahaha

Anonymous said...

Musuh pas ialah dap dan amanah!! Pas bukan pembangkang kpd umno. Pas ialah punahsehat kpd umno. Ada paham??

Kawan lawan kawan. Kalah menang sama aje!! Tp pemimpin pas bising nk lawan one by one dgn umno!!? Tak ke pelik tu. Kalau parti dari PH ikut bertanding pembangkang akan kalah. Itu kata pemimpin2 pas la.


Masalahnya skrg. Klu pembangkang yg kalah...umno yg menang. Pas rugi ke klu pembangkang kalah?? Pas ni pembangkang ke?? Setahu aku parti pembangkang yg lawan umno siang mlm pagi petang ialah DAP dan AMANAH aje. PKR hanya beberapa ketul je yg pure pembangkang!!!

Pas bukan pembangkang kpd umno bn. Pas ialah punahsehat kpd umno bn. Blok ke3 tu bermaksud alip mim nun tendang wau...sarkis juga le adanya. Cuma berada di luar umno dan bn. Itu aje...

khirul said...

Tak payah ausah buat rumusan lah...BN menang kat kuala tu haaa...

Anonymous said...

Hadi Wang adalah umpama Tuhan bagi ahli Parti Ajaran Sesat.
Sebab halal haram ditangan HadiWang.
Dulu AdiWang kata Umno Kapir.
Sekarang Adi kata Umno Islam.
Celaka punya lebai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...