PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Monday, May 30, 2016

Pemilihan Datin Mastura adalah melanggar batas agama dan adat orang Melayu Islam.

Calon BN Tak Boleh Berkempen……..Kem BN Jadi Kelam Kabut!

 Selepas hanya dua jam, balu Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Yazid, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, ‘Kem BN’ dilaporkan terpaksa memikirkan semula cadangan tersebut.

 Bahkan, Timbalan Presidennya Zahid Hamidi, yang membuat pengumuman itu disifatkan tidak merujuk kepada nas agama dan BN sedang mempertimbangkan untuk menarik semula cadangan tersebut.

 Ia adalah kerana, menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dr Fathul Bari bin Mat Jahya, pemilihan Datin Mastura adalah melanggar batas agama dan adat orang Melayu Islam.

 Berikut ialah kenyataan Fathul Bari;

 CALON BN DI KUALA KANGSAR TIDAK BOLEH BERKEMPEN?

Calon BN Puan Mastura dilihat sebagai calon kontroversi kerana masih dalam tempoh ‘iddah.

 Sudah pasti secara prinsipnya kita perlu kembali kepada nas2 agama yg merentasi fahaman mahupun ideologi politik.

 Hukum bagi wanita yg sedang iddah telah disepakati oleh ulama tentang larangan “keluar” dari rumah selama 4 bulan 10 hari.

 Antara dalil dari Al-Quran dan Al-Sunnah yg digunakan sebagai hujjah oleh para ulama dalam menetapkan hukum hakam asas bagi iddah:

 1. Al-Quran
 1. Al-Quran Firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
(2:234)
 Maksudnya: “Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari.” (QS Al-Baqarah, 2:234)

  2. Hadis Nabi SAW
 عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لَا تُحِدُّ امْرَأَةٌ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ إِلَّا عَلَى زَوْجٍ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا وَلَا تَلْبَسُ ثَوْبًا مَصْبُوغًا إِلَّا ثَوْبَ عَصْبٍ وَلَا تَكْتَحِلُ وَلَا تَمَسُّ طِيبًا إِلَّا إِذَا طَهُرَتْ نُبْذَةً مِنْ قُسْطٍ أَوْ أَظْفَارٍ

Dari Ummu ‘Athiyyah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan bagi seorang wanita untuk berkabung atas kematian seseorang lebih daripada 3 hari kecuali atas kematian suaminya iaitu selama 4 bulan 10 hari. (Selama tempoh itu) Dia tidak boleh memakai pakaian yang beraneka warna kecuali jika pakaian itu kain putih dan coraknya sekadar garis-garis (belang) (sejenis kain buatan Yaman pada zaman Nabi), dia juga tidak boleh memakai celak dan tidak pula boleh berwangi-wangian melainkan ketika ia bersih (daripada haid). (Adapun ketika haid) maka (diperbolehkan) dia mengenakan sedikit wangian dengan cebisan kapas/kain (untuk menghilangkan bau tidak enak pada kemaluannya).” (HR al-Bukhari & Muslim) Jadi persoalannya bagaimana dgn Puan Mastura?

 Saya ingin memberi cadangan kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional supaya tetap menghormati keputusan AGAMA iaitu Puan Mastura TIDAK BOLEH KELUAR dari rumah untuk berkempen.

Sebaliknya biarlah anak beliau menjadi pengganti beliau untuk berkempen sepanjang tempoh pilihanraya.

Kehendak agama WAJIB didahulukan dari kehendak manusia. Saya amat yakin umat Islam mampu memahami situasi ini dengan baik. Dan saya berharap kepada pengundi2 non-muslim juga memahami sensitiviti hukum yg telah diputuskan dalam agama kami.

Wallaahualam

Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Pemimpin2 Umngok ni mengaku ugama Islam Ugama rasmi negara dn pemimpin Umngok juga berugama Islam tapi tang Hukum Agama Islam kefahaman diaorang ni Hancus.

air gunung said...

Nmpak sgt badan agama party seniri hanya sampah dlm umngok..
Apa pon mau gak fathul bari tegor tu kira bagus laa...

So dlm bab agama ni umngok memang x ley harap langsung..saper percaya pepuak neh kira memang tempah penyakit.terutama yg harap pepuak neh menghudud2..dll.

Anonymous said...

Hancussss

Anonymous said...

Org kuale tak ade kote ker???

Malaysiabaru said...

Dah KAPIR ke umno nih... Hukum Quran di tong sampahkan

Anonymous said...

Ramai yang nama Mastura.

Yang dara, yang kurus, yang tinggi..... tukar orang je, tak payah tukar nama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...