PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Tuesday, May 17, 2016

Pihak yang sokong perpaduan ini boneka UMNO


  Sejak ketiadaan almarhum TGNA, Pispus nampaknya semakin hari semakin galak mahu berbaik-baik dengan Umno/ BN.

 Hj Hadi pernah berkata, lontaran idea UG tu ditarik balik kerana "ramai orang Pas dan kepimpinannya pun tidak faham, sebab malas membaca buku politik!"

  Tapi cakap-cakap Hj Hadi ini semua orang kampung pun sudah tahu sangat - jenis tak boleh pegang. Mudah sangat flip-flop! Mudah bertukar bila-bila masa sahaja.

  Langkah pertama yang Hj Hadi lakukan untuk menjilat Umno ialah dengan memuji Umno. Hj Hadi sekonyong-konyong telah memuji  yang kononnya Umno kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara yang berbeza...

Artikel ini diblog Hj Hadi ini sudah dipadam.....
 Langkah seterusnya, Hj Hadi telah menelan umpan yang dihulurkan Umno bersalutkan isu Hudud. Hj Hadi percaya sangat kononnya Umno akan tolong Pas untuk laksanakan Hudud di Kelantan....

  Akhirnya Hudud itu entah sudah kemana perginya. Pas sudah berhenti cakap pasal Hudud. Umno pun turut diam sama. Tapi yang pastinya isu Hudud telah menyebabkan Pakatan Rakyat yang menggabungkan DAP, PAS dan PKR telah berkubur, sebagaimana yang dirancangkan oleh Umno. Disini jelas bahawa Hj Hadi ini sebenarnya adalah khadam Umno walaupun walaun siang malam terjerit-jerit menuduh orang lain khadam DAP!

  Setapak demi setapak Hj Hadi maju dengan sepak terajangnya. Mula-mula melalui Pemuda yang berdemo dihadapan pejabat Agong Pas, menuntut pemecatan beberapa pemimpin progressif...

  Kemudian diikuti dengan Pemuda Kencing Berjemaah ketika ucapan perasmian Muktamar Pemuda oleh Hj Mohd Sabu yang ketika itu adalah Timbalan Presiden parti ...

   Semua episod kurang ajar pemuda Pas yang diatas itu , termasuk 'doa khianat' sewaktu Muktamar lalu adalah mendapat restu dari Hj Hadi sendiri.

  Dan akhirnya Hj Hadi berjaya menyepak terajang keluar kumpulan progresif dalam Pas.
 
  Kemudian beberapa kenyataan Hj Hadi sebagai tukang ampu dan tukang jilat Umno sering berkumandangan sehinggakan kita semakin mulai lupa apa yang pernah almarhum TGNA pesankan kepada kita mengenai Umno.

Berikut diulang siar semula untuk ingatan kita semua.

  KOTA BHARU 11 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas golongan dalam parti itu yang terus mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan sambil menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’.

 “Suara sumbang dari dalam Pas yang menyokong kerajaan perpaduan ini adalah boneka UMNO. Pihak yang sokong perpaduan ini boneka UMNO, terang dan jelas,” tegasnya.

 Malah beliau yang sebelum ini lantang menolak idea kerajaan perpaduan sejak ia dicetuskan oleh Abdul Hadi menggambarkan cadangan itu sebagai ilham UMNO sendiri.

 “Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu yang sebulat suara menyokong pakatan pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini hari ini.

 Hari ini, Dewan Pemuda Pas dilaporkan meminta pemimpin serta ahli-ahli pakatan pembangkang menghormati gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Abdul Hadi. ~  Sumber 
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...


Kitaran politik PAS.

Lawan UMNO. Berbaik dengan UMNO.

Lepas Hj Hadi, pembantunya menentang UMNO.

Lepas penganti Hj Hadi yang UMNO, ada seekor lagi dalam diam-diam jadi kawan UMNO.

Sampai lah khiamat....

tanya sama itu hud hud said...

Barua dan broka terhebat marang..

chomeycute Chomey said...

Dewan pemuda ingat gagasan had tuang president ni leh guna pakai lagi ke...tido ke

Arouse Mah said...

tuang presideng dah makan dedak najib....tentu nak bantu umno bagi menang. mereka nak jadi penasihat saja.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...