GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, May 23, 2016

PRK : Misi Pas mustahil untuk menang berbanding Amanah

PAS menamatkan rundingannya dengan PKR dan mengambil keputusan untuk meletakkan calon di dua kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata presidennya.

 Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan itu muktamad dan tidak mahu lagi sebarang perundingan lain kecuali hal berkaitan kerjasama dalam gerak kerja pilihan raya. - baca lagi di sini

 Pas nampak begitu sombong dan angkuh; mungkin kerana menganggap Pas kalah dengan majoriti yang agak kecil ketika PRU 13 dulu.

  Di Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Mohammad Khair-Il Anuar Wan Ahmad menang dengan majoriti 1,082 undi manakala di Sungai Besar, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon menguasai kerusi tersebut dengan majoriti 399 undi.

 Tetapi Hj Hadi perlu ingat ketika itu Pas mendapat sokongan padu Cina dan PKR.

  Walaupun dalam keadaan begitu, Pas masih kalah kepada Umno di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Inikan pula apabila parti itu tidak mendapat sokongan daripada bekas sekutunya, DAP dan masyarakat Cina , malah Pas kini berantakan pula dengan PKR.

  Parlimen Sungai Besar mempunyai 42.837 pemilih berdaftar, manakala kerusi Kuala Kangsar mempunyai 33.540 pengundi pada 2013. Sehingga satu pertiga daripada pengundi berdaftar di kedua-dua tempat duduk adalah Cina.

 Sebelum ini Pas bergantung kepada bekas sekutunya  DAP dan PKR untuk membantu meraih pengundi bukan Melayu. Gara-gara laporan mengatakan Hj Hadi menyamakan DAP untuk "babi" pasti menjauhkan Cina daripada memberi sokongan kepada Pas.

 Mampukah Pas mengekalkan prestasinya tanpa mendapatkan sokongan daripada bukan Melayu? Tidak dapat disangkal lagi, bahawa misi Pas untuk menang adalah sangat mustahil.


  Dalam suasana yang tidak memihak kepada Pas, maka peluang terbaik untuk menang bagi kedua-dua kerusi tersebut tentunya dari pihak Pakatan Harapan kerana akan mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat termasuk daripada bukan Melayu.

  Amanah, sebagai pengganti semula jadi untuk PAS dalam pakatan itu, akan pasti meletakkan calon di kedua-dua kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

 Amanah perlu serius dan perlu tunjukan kesungguhan mereka dengan meletakan calon 'heavyweight' dan berkualiti mereka di kedua-dua PRK tersebut. Yang lebih mustahak sejauh mana dia diterima oleh rakyat.
  
  Calon yang dipilih perlu disenangi dan dikenali oleh rak­yat, supaya jentera parti tidak terpaksa menghabiskan masa berhari-hari ketika kempen untuk memperkenalkan calon sahaja.

  Pertarungan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar diyakini akan memihak kepada Pakatan Harapan memandangkan Umno sedang berantakan.
Comments
7 Comments

7 comments :

usop ali said...

pas sudah tidak relevan lagi ..amanah paling sesuai....pas kroni najib...nanti mereka masok pencalonan. lepas tu...tarik diri untok beri kemenangan pada najib....jangan percaya lebai macam ni...ingat sejarah selngor....para sahabatku...ph....amin

Anonymous said...

Ceramah tn guri dulu thn 80an. Rom n parsi boleh ditumbang. Misi mustahil. Ini yg pas suka. Reda tuhan atasi reda insan. Sekepalo dgn nik amar. Mad yakob bila nk serah mb kpd nik amar rangerover? Dia dah tk sabar tu. Hihihi

Anonymous said...

Sebagai parti dan pemimpinnya Islam, adalah tidak kena PAS menamatkan rundingan dalam keadaan begini tanpa alasan dan hujah yang kuat. PAS hanya ada satu hujah iaitu kerusi tradisi. Sedangkan dalam pilihanraya bermacam-macam faktor perlu di ambil kira. Rundingan perlu diteruskan walaupun prk di kedua-dua tempat pertandingan 3 penjuru tidak dapat di elakkan.

Oleh kerana, Hj Hadi membenarkan rundingan berkaitan kerjasama dalam gerak kerja pilihan raya maka eloklah PH ambil kesempatan untuk mendekati PAS.

Semasa berkerjasama tersebut, PH boleh memastikan antara kedua-dua nya tidak menyerang antara satu dengan lain. Ucapan seperti lembu dan babi jangan terkincit dari mulut.

Apa-apa rundingan mesti ada persetujuan pada dasarnya. Bagaimana mahu berkerjasama dalam gerak-kerja jika cara penyelesaian rundingan yang dasar pun tak betul cara nya

mujadid said...

Yang pasti Pas akan kalah di kedua2 PRK.Pas cuma menyertai PRK ini utk memastikan parti lawannya tidak menang iaitu Amanah.
Pucuk pimpinan Pas mengetahui senario ini dan ingin memecah undi utk memenangkan BN.Hanya ahli Pas yg tidak memahami agenda pucuk pimpinan mereka.
Kalau pertandingan 2 penjuru antara BN dan Pas sudah pasti 0as akan kalah kerana tidak akan mendpt undi bukan Melayu.

Jasni Abu Bakar said...

Lawan dulu baru tau sapa kuat sapa lemah

Hidup Najib! said...

Pas dah jd parti komponen BN...presideng jd punahsehat..mursyidul an jd ketua darjah report kat naib presideng umno..mana buleh lawan tokey dedak dah makan!

Anonymous said...

Berhati-hati dengan PAS ni... PAS terkenal dengan sikap pura-pura dan u turn.. Sejarah pasti berulang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...