PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Saturday, May 28, 2016

RUU Hj Hadi : Amboi....konon boleh tergelincir aqidah ?


   Bukan sahaja pengikut Hj Hadi yang salah faham mengenai RUU yang Hj Hadi bacakan di sidang parlimen kelmarin tu, malah parti-parti komponen BN sendiri turut keliru.

  Kenapa boleh keliru? Macam mana tidak keliru, sedangkan Hj Hadi sendiri, khadam tukang baca itu pun turut keliru.

  Mujur Hj Hadi diberikan skrip. Maka khadam itu pun tunduk sepanjang masa hanya membacakannya...korang lihatlah vdonya yang pernah saya siarkan di entri yang lalu. Shinggakan nak jawab soalan mudah Pandikar Amin pun Hj Hadi menggelabah tercari-cari kertas skrip sebelum menjawabnya....alahai khadam, khadam!

 Salah faham ini diakui sendiri oleh Najib sebagaimana laporan berikut :
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengakui terdapat "salah faham" di kalangan parti-parti komponen BN mengenai rang undang-undang ahli persendirian yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, semalam.
 Katanya, apa yang dibentangkan bukan undang-undang hudud tetapi pindaan yang menjurus ke arah pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah.Baca lagi di sini 
 Soalnya ialah kenapa mesti Hj Hadi yang membawa RUU untuk pindaan tersebut? Bukankah itu merupakan tanggung jawab kerajaan sendiri dan ia akan lebih mudah untuk dilakukan?

  Tetapi nampaknya Najib cuba mahu menonjolkan Hj Hadi sebagai hero yang  berjuang untuk memperkasakan sistem hukuman Mahkamah Syariah. Konon!

   Yang nak dipinda pun hanya hukuman terhadap pesalah syariah yang terikat dengan had maksima 3 tahun penjara, denda RM5000 dan 6 kali sebatan (Hukuman 356). Adakah dengan penambahan hukuman 356 itu sudah boleh dianggap sebagai pemerkasaan terhadap sistem hukuman Syariah ?

   Kita berharap isu Hudud yang Umno/Pas cuba mainkan kali ini biar memakan diri mereka sendiri.

  Yang peliknya ada puak-puak penyokong Hj Hadi yang terkial-kial dan marah heboh  sangat, sampai tuduh Khalid Samad dan anggota parti Amanah boleh tergelincir aqidah pulak pasal apa pulak?

Apakah dengan penambahan hukuman 356 itu sesungguhnya undang-undang itu sudah mengikut hukuman Syariah yang sebenar?

 Najib sudah merasakan bahangnya bila komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan SUPP, membidas langkah Umno memberi laluan kepada Hj Hadi membawa RUU di parlimen kelmarin.

"Ini yang nak saya terangkan di sini, bahawa pindaan (yang di bawa) itu bukan hukum hudud.

 "Ia merupakan apa yang di katakan sebagai 'enhanced punishment', peningkatan hukuman daripada enam kali rotan kepada beberapa kali, tertakluk kepada kesalahan tertentu," kata Najib cuba mententeramkan komponen BN yang naik hangit!
Comments
8 Comments

8 comments :

Anonymous said...

Maka bertempik sorak laa puak walaunta melolong mcm laa islam baru tertegak di bumi malaysia. Maka tenggelamlah isu penyamun sapu 2.6billion duit rakyat malaysia. Isu 1mdb pun tenggelam bersama2 lolongan puak walaunta. Arakian kisah di bumi bertuah ini. Sekian terima kasih.

otaiblues.blogspot said...

engkau tolong aku..aku tolong kau
prk dah dekat ni
sama sama untung raih sokongan
hasilnya...tak ada lagi.tunggu oktober depan

Mohd.Tahir Abu Bakar said...

Mmg sekian lama,org melayu dan umno selalu kalah dgn bangsa lain khasnya org cina dlm banyak isu. Kita menggunakan sultan sebagai institusi yg paling tinggi dlm perlembagaan dan ugama islam sebagai ugama rasmi,sepatutnya sudah lama hukum islam d tegakkan d negara ini!!!!!

Anonymous said...

PAS tidak akan berjaya kerana gagal membawa nilai rahmat sekalian alam. Perjuangan TG Nik Aziz diterima oleh orang islam dan bukan islam itulah tanda nilai Islam tetapi Hj Hadi membawa kerosakan kepada PAS dan memalukan Islam. Hanya orang gagal menilai saja akan bersama PAS.

Anonymous said...

Nampak sgt busuknya hati penulis.

tanya sama itu hud hud said...

Aksi broka dan barua hadi marang..

Anonymous said...

"Busuknya hati" kerana melabel "presidennya" khadam umno? Mengapa tidak mengatakan "busuknya hati, apabila "presidennya" memfitnah orang lain sebagai "khadam dap?" Penulis menulis berdasarkan bukti, sedangkan presidennya menuduh melulu dan berasaskan dendam.

Anonymous said...

Keimanan hadi sama taraf mcm lim kit siang dan samy vellu bila mempermainkan dan jaja agama utk dunia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...