PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Thursday, June 23, 2016

Ajaran Islam mana yang suruh menghina orang lain ?

  Saya terjumpa poster ini yang memaparkan kenyataan anak Hj Hadi, Ust Khalil, Timbalan Ketua DPPM.

  Menurutnya, Pas bukan ugama tetapi parti yang membawa agama seperti mana masjid bukan agama, tetapi bangunan yang didirikan syiar agama didalamnya.

  Kalau benar 'Pas parti yang membawa agama' sudah tentulah dia membawa rahmat bersamanya kerana Islam adalah rahmatalil-'alamin.

  Tetapi Pas adalah parti yang sinonim dengan sumpah seranah, gelar menggelar dengan panggilan hodoh. Ajaran Islam mana yang suruh, korang tanyalah sendiri kepada Hj Hadi!

  Ternyata bahawa parti politik seperti Pas ini hanyalah merupakan satu wadah perjuangan dalam berusaha untuk mencapai matlamat perlaksanaan Islam.

 Tetapi apabila ada sebahagian ahlinya sudah hilang keyakinan dengan cara perjuangan parti untuk mencapai matlamatnya lalu keluar daripadanya dan menubuhkan parti lain untuk meneruskan perjuangan dengan matlamat yang sama tetapi dengan cara yang mereka sangat yakini, adakah tindakan mereka ini satu pengkhianatan kepada perjuangan Islam?

  Dengan adanya lebih satu parti memperjuangkan Islam, maka itu adalah lebih baik. Tetapi yang peliknya, kenapa pula Pas marah dan memusuhinya bila ada orang lain menubuhkan parti yang juga mahu perjuangkan Islam?

  Penubuhan lebih satu parti untuk memperjuangkan Islam berlaku di Indonesia, Pakistan dan juga di Turki.

 Ketua Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Yusuff Al Qaradhawi turut menegaskan bahawa Islam menerima kepelbagaian parti.

  Tetapi amat malang sekali, kerana pendapat Yusuff Al Qaradhawi ini telah ditentang oleh naibnya sendiri, Hj Hadi, presiden Pas.

 Hj Hadi telah mengeluarkan kenyataan mendakwa kononnya tidak taat pada Pas seperti hilang akidah pada ucapan penggulungan di muktamar parti itu baru-baru ini.

Kenyataan itu jelas melampau dan membahayakan pemikiran umat.

 Sebelum itu, Hj Hadi telah sewenang-wenangnya menuduh mereka yang keluar Pas sebagai 'pengkhianat yang perlu dihapuskan'. Sila ikuti rakaman VDO ucapannya di sini

 Menganggap parti seumpama akidah tidak harus berlaku. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih popular dengan panggilan Dr MAZA, hari ini menasihatkan rakyat negara ini agar tidak menjadikan parti politik sebagai sebuah agama baru. Sila baca lagi di sini 

  Akibat kenyataan-kenyataan Hj Hadi tersebut maka telah memberikan kesan yang buruk kepada para pengikutnya hinggakan mereka sanggup menghukum kafir murtad kepada yang lain.

   Berikut dipaparkan antara contoh-contoh pemikiran yang sangat kacau dan pemimpin-pemimpin Pas, terutamanya Hj Hadi perlu bertanggung jawab mengenainya.



  Walaupun ada yang mengatakan tiga status FB diatas itu adalah dari akaun palsu, namun adanya pemikiran seumpama itu jangan begitu mudah untuk disangkal. Peristiwa di mana Ketua Ulama' Pas Perak yang tidak mahu menjawab salam hingga tiga kali oleh Ust. Ahmad Awang sudah cukup untuk menggambarkan adanya pemikiran yang kacau macam begitu.

  Tindakan golongan pentaksub ini, amat dikhuatiri menyamai seperti apa yang telah dilakukan oleh golongan yahudi dan nasrani. Keadaan ini sangat jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

 اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ
Maksudnya; “mereka (ahli Kitab) menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah” (surah At-Taubah : 31)

  Menurut Imam Al-Qurtubi, ahli ilmu Ma’ani menyatakan, maksud golongan ahli kitab menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka sebagai “arbab” atau pendidik-pendidik dalam firman Allah ini adalah, mereka mentaati segala perkara yang dinyatakan oleh pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka.

Maksud ahli ilmu ma’ani dikuatkan lagi dengan hadis daripada Abi Al-Bakhtari; 
سئل حذيفة عن قول الله عز وجل اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله هل عبدوهم فقال لا ولكن أحلوا لهم الحرام فاستحلوه وحرموا عليهم الحلال فحرموه 

  Maksudnya; “Khuzaifah di tanya berkenaan firman Allah “mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka pendidik selain dari Allah”. Adakah mereka menyembah mereka? Lalu berkata, tidak, tetapi mereka menghalalkan kepada mereka perkara yang haram, lalu mereka menghalalkannya, dan mengharamkan atas mereka perkara yang halal, lalu mereka mengharamkannya”

   Tindakan golongan ini melabel dan menggelar orang lain dengan panggilan yang buruk adalah antara contoh bahawa mereka telah menghalalkan perkara yang Allah haramkan sebagaimana yang Allah nyatakan dalam surah al-Hujerat ayat 11. Sila baca  penjelasan lanjut di sini
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Contoh diberi pun masjid, ada puluh ribu dalam Malaysia ni, tak salah pun..apa bezanya ada beberapa parti Islam dalam negara...nmpak sangat puak kontrol pis ni cuba nak kelentong..

Anonymous said...

Cetek benar kelaku cik usin bro kita kahkakah...aku pon boleh buat page fb guna nama pas lepas tu buat kenyataan mengarut dan kafirkan org...kahkahkah memang kelakar ko ni abg usin kelaku yg tak patut wahai cik usin kelaku yg tak patut kahkahkah...nk kata tuuttttt pon tak sanggup sbb lebih dari tuuutttt lagi kahkahkah

Anonymous said...

Nampak sgt ketakutan yg teramat sgt fatwa PAS ke atas PAN ni. Buat je kerja parti masing2 ke arah mncpai mtlmt perjuangan masing2..kalau dok kitar isu yg sama, asyik2 mngadu PAS dok usik nanti org pun naik mnyampah..citer le apa prncngn PAN utk negara.

Anonymous said...

Aku orang amanah..syahadah aku masih..tiada tuhan melainkan Allah..nabi muhammad itu pesuruh Allah..kafirkah aku?

Anonymous said...

Salah orang otang Melayu balik

Sikap malas dan suka dedak hingga hidup ikut membuta tuli saja pemimpin PAS

Pendidikan yang ada tak di cari hanya bergantung nasib pada yang gagal jadi orang

Padan lah hidup hancur miskin papa kedana

Menjadi kan DEDAK rezeki PAS

Anonymous said...

Walaunta2 beragama pas @ bukan islam kerana islam sebenar adalah tidak sama dgn yg di bawa pas...pas adalah sebuah pertubuhan agama sesat
.

Anonymous said...

Pas sekarang adalah sebuah parti ajaran sesat dan wajib diharamkan di malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...