PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Monday, June 27, 2016

Akta 355 : Bentang dan bahas dahulu baru kita tahu ....


   Kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman yang telah mengisytihar DAP sebagai 'kafir harbi' kerana menentang langkah PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan adalah satu tindakan yang melulu dan membuta tuli.

   Ini adalah kerana  RUU anggota persendirian presiden Pas, Haji Hadi Awang belum pun lagi dibentangkan untuk dibahaskan.

  Haji Hadi hanya membacakannya sahaja dan bila Pandikar Amin minta supaya dihuraikan, Hj Hadi sendiri telah meminta supaya ianya ditangguhkan ke persidangan Oktober nanti.

 Berikut adalah pandangan Datuk seri Nizar Mohamad mengenai RUU itu.

DS Nizar : Selok beluk dan pandangan daripada semua puak, kita kena dengar… Kita kena dengar pandangan daripada mahkamah syari’ah… pandangan daripada peguam-peguam Islam… persatuan-persatuan Islam … NGO-NGO ni. Jadi selagi benda itu tak dibahas, kita tidak dapat input dari mereka…

 Jadi lebih baik kita tunggu sampai perbahasan, kemudian mereka-mereka yg ada berkenaan dengan isu itu akan memberikan forum mereka... baru kita tahu, apakah pro and kont dia…

 Tapi selagi ianya satu perintah tuhan, kita kena patuhilah … kita tidak ada pilihan. 

Soalan : Datuk Seri, bagaimana dengan pandangan orang yang melihat membabi buta; diaorang komen sebelum rang undang-undang itu dibahaskan?

DS Nizar : Saya rasa itu tidak adil kepada rang undang-undang itu sendiri … selagi ianya tidak dibahaskan… kita tidak tahu hujung pangkal dia… lebih baik kita tunggu ia dibahaskan… kemudian barulah agen-agen macam Majlis Peguam Islam, Mahkamah Syari’ah, mahkamah lain-lain akan berikan pandangan mereka … baru ada keadilan…. Kalau tidak kita beri lemparan yang kadang-kadang tidak betul… Andaian yg kadang-kadang banyak terseleweng…

 Jadi biarlah .. apabila speaker kata, apabila Marang minta ia ditangguhkan, speaker setuju, maka tunggulah ia ditangguhkan… baru kita bahas.. kita bincang ya … wallahu a’lam..
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Kalau begini pendirian pemimpin PAN itu yg terbaik sgt berbeza dgn komen2 pengkut pan yg saya baca dlm tulisan pak usin ni. Saya respect politik matang DS Nizar.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Kamu sendiri pun perlu berbeza daripada mereka yang masih tidak tahu nak refer nama parti Amanah dengan betul. Orang lain akan respek jika dia tahu merespek orang lain. Jangan lah kamu mengharapkan penghormatan dari org lain sedangkan kamu tidak dapat membeikan kehormatan itu kpd mereka. Hormat menghormati adalah amalan mulia. Kalau org lain tidak hormat kita kerana kita tidak hormatkan org lain, padanlah muka! hahaha!

Anonymous said...

Bgmana pula politik matang pas melabel caci maki org barua babi anjing jebon dsb.mengutuk dap cina babi dsb?adakah itu politik matang yg disuruh dalam islam???

Anonymous said...

Perubahan ketara mat sabu semasa dlm PAS dialah juara maki org shg menimbulkan fitnah kpd jamaah..alhamdulillah skg dah bertaubat dah tak kutuk org lagi sama dgn pngikut2 dia yg lain.

Anonymous said...

Apa masalah dgn anon 9:36 & pak usin ni. Saya komen sbg pemerhati luar yg tiada kaitan dgn PAS pun & blum terbuka hati utk mnjadi ahli PAS. Cuma sbg pndokong PAN ops sorry amanah tunjukkanlah bahasa yg mnggambarkn mulianya perjuangan amanah ini. Tak perlu nak kaitkan @ berkiaskan dgn PAS. Dah bosan asyik2 dok hujah benda yg sama. Kami nak tengok halatuju amanah utk didokong bersama. Cth yg ditunjuk DS Nizar tu.

Anonymous said...

anon june 26, Sememangnya orang Islam tidak boleh menolak hukum hudud kerana ianya ada dalam quran tidak kira parti apa sekalipun. tetapi yg dipersoal adalah hudud versi hadi yang terlalu bercelaru seperti di terengganu. manakala RUU 355 itu bukan hudud tetapi mengapa bila berceramah beliau menggambarkan seolah RUU itu hudud sehingga menyebabkan salahfaham terhadap agama Islam itu sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...