PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Tuesday, June 07, 2016

Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘ajar’ Najib, Zahid, kata Nizar


  Pilihan raya kecil parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini diadakan berikutan nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, bulan lalu yang mengakibatkan penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terbunuh.

 Namun bagi bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, ada sesuatu sebab tersirat mengenai mengapa pilihan raya kecil itu terpaksa diadakan.

 Berucap pada sesi ceramah di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, malam semalam, pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata dirinya tertanya-tanya mengapa daripada 222 kerusi parlimen di negara ini, Allah memilih supaya pilihan raya kecil diadakan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

 “Kenapa tidak pilih Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, kenapa pilih Kuala Kangsar, Bandar Diraja?

 “Bila saya fikir-fikir dengan mendalam, di sinilah buminya semasa saya diberikan amanah untuk menjadi menteri besar Perak, daripada Mac 2008 hingga Februari 2009.

 “Di sinilah buminya yang mana kedua-dua makhluk ini datang merampas kerajaan Pakatan yang saya pimpin ketika itu. Siapa makhluk itu? Tak lain tak bukan (Datuk Seri) Najib (Razak) dan (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi).

 Dengan berbuat demikian, Nizar berkata, Najib dan Zahid tidak menghormati hak rakyat Perak yang telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat.

 “Kebiadapan Najib dan Zahid merampas kerajaan Perak ini di bumi Kuala Kangsar, maka Allah jadikan di bumi ini juga pilihan raya kecil terpaksa diadakan.

 “(Ini) supaya orang Kuala Kangsar mengajar mereka kerana kamu kurang ajar kepada pilihan rakyat, kamu berlaku jahat, zalim kepada rakyat Perak,” katanya.

 Justeru, Nizar yakin bahawa penduduk Kuala Kangsar akan mengajar dua pemimpin tertinggi negara itu.

 “Orang Kuala Kangsar nak ajar kamu, bahawa mereka mewakili 30 juta rakyat Malaysia.9 “Kami sudah tak mahu Najib, Zahid, kerajaan BN, betul tak betul?” soalnya sambil disambut tepukan daripada hadirin.

 Nizar sehubungan itu, menyeru rakyat tempatan untuk menolak mana-mana calon yang mempunyai sebarang kaitan dengan BN dan sebaliknya menyokong calon Pakatan Harapan yang diwakili oleh AMANAH, iaitu Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli.

 Dr Ahmad Termizi akan berdepan dengan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid yang mempertahankan kerusi mendiang suaminya.

 Selain daripada Mastura, Termizi juga menghadapi saingan daripada calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

 BN merampas kerajaan negeri Perak dari Pakatan Rakyat pada tahun 2009, selepas Sultan Perak ketika itu, Sultan Azlan Shah, menolak permohnan Nizar untuk membubarkan Dewan.

 Nizar terpaksa membuat permohonan itu selepas tiga ADUN - dua dari PKR dan satu dari DAP - meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas yang mesra BN.

 Almarhum Sultan Azlan memetik Perlembagaan Negeri Perak yang menyatakan bahawa berdasarkan budi bicara baginda, Nizar tidak lagi mendapat sokongan majoriti DUN susulan pembelotan itu.

 Nizar membawa perkara itu ke mahkamah tetapi pada bulan Februari 2010, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abdul Kadir adalah menteri besar yang sah, selepas dilantik BN yang mempunyai majoriti di DUN Perak. ~ sumber
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Mohon tukang kempen parti amanah jangan galak sangat tembak membuta tuli..!!

Takut overkill....!! Nanti org menyampah. Sedarhana saja. Fokus pada isu2 semasa yg menyusahkan rakyat...!!

Setiap kesusahan rakyat itu...boleh la dikaitkan dgn kegagalan pm..menteri dan timbalan menteri bn dlm menguruskan negara!!

Sesekali...kaitkan juga keintiman parti PIS dgn umno. Bukan apa..utk ingatkan pengundi bahawa umno/pas satu team.

Kalu tk suka umno...jgn pulak undi pas sebab mereka itu sama aje..!!

Jangan attack sgt individu...secara pribadi. Attack individu atas kedudukkan beliau dlm kerajaan tkpe. Cth..attack najib sbg seorang PM yg gagal menguruskan ekonomi dsd nya tak apa kot...haha

Anonymous said...

Banyak peraturan tidak di hormati dan di langgar semasa rampasan kuasa tersebut.

Persoalan mengapa 3 adun melompat ? Jika tanya orang Kuala Kangsar pasti ramai yang kata kerana duit. Jika kerana duit, ianya rasuah. Mana-mana individu yang terlibat samada mengambil atau menyokong rasuah adalah menyalahi nilai-nilai hidup dan agama.

Ya. Kasi ajar BN UMNO cukup-cukup supaya Kuala Kangsar bersih dari rasuah.

Anonymous said...

Zahid yang kena taubat.

Dia yang sekat Anwar Ibrahim diberi rawatan intensif.

Tapi yang meninggal orang yang sihat dan sedang diberi rawatan sakit gigi.

Anonymous said...

kih kih kih..status yg ini win..

Anonymous said...

Alangkah nikmatnya kalau zahid yang dok atas heli tu dah tentu prk bagan datu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...