Thursday, June 09, 2016

Amanah tanya Pas, nak bertanding atau nak gelar-menggelar?

  Pas kononnya mengaku mengamalkan politik matang...tapi ternyata lebih kepada politik Natang! Gelar menggelar masih berterusan walaupun mereka mempunyai ulama yang tahu larangan agama Islam yang melarang ummatnya berbuat begitu.

  Tidakkah mereka ini yang mengaku memperjuangkan agama tidak berasa bersalah? Ikuti pandangan Dr Mujahid mengenainya.

  Parti Amanah Negara (Amanah) mempersoal keseriusan Pas bertanding pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) ini memandangkan pemimpin parti itu dilihat lebih berminat menggunakan medan kempen untuk mengejek Amanah.

 "Betul ke Pas nak selamatkan negara. Atau hanya duk kutuk orang, panggil orang Pan?

 "Jadi juri Pencetus Ummah, (tapi) panggil orang Mat Sabun. Kata ustaz padahal bukan ustaz pun," kata Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa.

 Bercakap pada ceramah kelompok di Senggang, Kuala Kangsar malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata Amanah tidak berminat dan tidak mahu melayan sikap Pas yang disifatkannya sebagai "kebudak-budakan".

 Sebaliknya kata Mujahid, Amanah mahu mengambil peluang pilihan raya kecil ini untuk melawan rasuah, sikap tidak amanah dan pentadbiran tiris oleh kerajaan BN.

 "PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah untuk menolak BN dan siapa sahaja yang bersekongkol dengannya atau yang diam dengan kebejatan yang dilakukan.

 "Ini adalah pilihan raya untuk nak selamatkan negara. Kita kena tanya parti mana yang betul-betul nak selamatkan negara," katanya.

 Beliau dipercayai merujuk kepada insiden seorang pendakwah Pas yang didakwa memanggil Presiden Amanah dengan "Mat Sabun" ketika berucap kepada penyokong parti itu pada hari penamaan calon Ahad lalu.

 Sementara itu, mengulas calon Pakatan Harapan bagi PRK Kuala Kangsar, Mujahid berkata Dr Ahmad Termizi Ramli adalah calon Melayu terbaik yang dikemukakan Amanah untuk masyarakat di sini.

 "Apa Amanah ni tidak Melayu ke? Kita tak bawak keris, tak bersilat, tak pakai tanjak, tak potong pulut kuning dengan keris panjang, kita bukan Melayu ke?

 "Calon kita ini belajar di universiti dan pakar nuklear fizik. Bukan calang-calang orang," katanya. ~ sumber
Comments
6 Comments

6 comments :

tanya sama itu hud hud said...

Bila lebai sarkas berpolitik,cam gitu la..
Ketua lebai sarkas dgn agenda bodek najib,hustat2 mencarut dan memaki hamun,walaun2 tolol bertempik takbirrrr..
Ini la politik matang parti barua dan broka

Afif Rayyan said...

Harap pakatan harapan menang besar kali nie

Anonymous said...

Kalau gelar menggelar Hj Hadi lah yang menang. Habis semua gelaran yang dah di gunakan oleh Hj Hadi.

Anonymous said...

Pas cuma nk kacau daun. Setakat brjuang sendiri bila nk menang?? Pas tak nak kritik Bn lagi. Hanya nasihat. Pas hanya kuat serang Dap yg tak bertanding. Kami dah banyak makan dedak. Hihihi. Dasar olamak paschai

Anonymous said...

salam cikgu Ali..parti pas dah jadi parti al hayawan..menggugat dan menggigit pihak amanah 24/7.ini parti sampah paspisspus dia punya warna bulan bukan lg putih d tgh hijau tp dah jadi warna kelabu taik anjing kutengok..pass sdh jadi tempat berkumpul sgala hewan yg bodo spt keldai baghal dan himarr juga walaunta..hikhok!!

Anonymous said...

Dlm pas byk unta & keldai yg makan dedak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...