Friday, June 03, 2016

Amaran Khalid Samad kepada Media dan Fesbuker yang memfitnahnya

 YB Khalid Samad akan mengambil tindakan undang-undah ke atas Berita Harian (BH) berkaitan laporan muka hadapan BH pada 27 Mei 2016 yang lepas. 

 Laporan itu menyatakan bahawa Khalid Samad telah membantah pembentangan Usul Persendirian YB Marang berhubung RUU Mahkamah Syariah.

 Khalid menjelaskan bahawa beliau tidak membantahnya dan pendiriannya berbeza sama sekali dengan DAP tentang perkara tersebut.

 Khalid mendakwa bahawa laporan tersebut berniat jahat untuk menggambarkan dirinya sebagai ‘khadam’ pada DAP yang sekadar mengikut sahaja kehendak DAP.

 Beliau menjelaskan, "Saya bertanya kerana ingin memberi peluang kepada kerajaan untuk meyakinkan kami sebagai ahli Parlimen dan rakyat jelata bahawa usul persendirian tersebut telah diutamakan untuk dibahas bukan atas sebab perkiraan politik, tiada udang disebalik batu atau agenda tersembunyi. 

"Sebaliknya kerajaan memberinya keutamaan kerana ianya penting dan segala urusan untuk merealisasikan apa yang terkandung di dalam usul berkenaan perlu dimulakan esok! Barulah logik bahawa ianya didahulukan dari segala hal.

"Sekiranya ianya penting, yang amat wajib sehingga ianya perlu didahulukan, maka mengapa perbahasannya telah ditangguhkan? Sekiranya ianya boleh ditangguhkan, maka mengapa ianya didahulukan! 

"Tidak hairan, atas sebab ini, ianya dilihat sebagai hanya mainan politik atas sebab pilihan raya kecil SB dan KK. Atau mungkinkah bagi mereka ini urusan Parlimen bukanlah sesuatu yang penting dan boleh ditukar sesuka hati?"

 Melalui posting di blognya , Khalid turut memberi notis akan menyaman semua yang menuduh dia membantah pembentangan usul persendirian YB Marang. Samada melalui facebook atau kenyataan media mereka, semuanya akan diambil kira. Kecuali mereka yang pernah dianggap sebagai gurunya dan telah menyumbang terhadap kefahamanya mengenai Islam, mereka ini diepaskan buat kali ini sahaja.

 Oleh itu beliau menasihatkan mereka yang terlibat, sila padamkan posting mereka di facebook dan tarik balik kenyataan yang mereka berikan kepada pihak media sebelum operasi ini dimulakan.
Comments
3 Comments

3 comments :

anuariun zaidin said...

Mantap penjelasan dan peringatan yg jelas

Anonymous said...

Malay mail dah remove berita tajuk TIDAK TAAT KEPADA PAS SEPERTI HILANG AKIDAH...maybe takut kena saman kot...tp cik husin kita guna berita tu untuk hentam hj hadi...cek dulu berita tu lain kali cik husin...kalau kena saman sapa yg susah...hati2

Anonymous said...

Bebudak PAS takleh faham yg media menyokong mereka krn ada udang di sebalik batu!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...