Thursday, June 16, 2016

Beranikah Rosmah saman Rafizi?

  Mengapa pula ada seorang menteri yang tahap bengong melebihi Ahmad Maslan gi menuduh Rafizi sebagai penakut? 

   Sedangkan Rafizi telah menunjukan sikap keberaniannya dengan mengadakan sidang akhbar untuk mendedahkan penyelewengan Rosmah berhubung penggunaan pesawat peribadi kerajaan ke Istanbul, Turki baru-baru ini. 

   Rafizi berani  berhadapan dengan risiko disaman kalau dia memfitnah melalui pendedahannya itu.


   Hanya kerana Rafizi Ramli tidak membenarkan pegawai khas Rosmah, Rizal Mansor menghadiri sidang medianya di Kuala Kangsar, menteri bengong ni boleh kata Rafizi seorang yang penakut!

 Hoi menteri, ini bukan persoalan berani atau takut. Ini soal adab datang ke majlis orang! 

   Mangkuk tu bukan dijemput untuk datang ke sidang media Rafizi, tau tak? Mana boleh main terjah macam samseng begitu!


  Tujuan sidang media diadakan adalah untuk menyampaikan berita kepada media dimana untuk tujuan tersebut, hanya pihak media sahaja yang dijemput dan dibenarkan berada dalam bilik sidang media itu manakala orang luar yang tiada kaitan dengan bidang itu diarah keluar.

  Pihak media pula akan melaporkannya untuk orang ramai.

   Ertinya, khadam Rosmah, si Rizal tu boleh mengakses segala apa ucapan Rafizi melalui laporan media atau rakaman vdo.  Rizal tidak perlu datang jika hanya untuk mengambil nota ..... Kenapa nak tunjuk tahap kebodohan yang macam tu sekali? Alahai mangkuk!

    Sekarang, inilah masanya untuk kita lihat samada Rosmah ini seorang yang berani atau tidak. 

   Rosmah perlu pamerkan keberaniannya sebagaimana menteri bangang ni kata, berani kerana benar....

    Kalau Rosmah tetap menganggap dirinya berada dipihak yang benar, tunggu apa pagi? Suruhlah khadam-khadamnya saman Rafizi! Berani kerana benar! 
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Dia saman kemudian dia mintak hakim ketepikan affadavit orang yg disaman..dia nak hakim jatuhkan terus hukuman tanpa bicara..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...