Tuesday, June 14, 2016

Bersatu dengan Umno isu lama, kami disingkir kerana itu, kata Asmuni

Kenyataan Ketua Pemuda Pas bahawa parti itu berazam untuk bersatu dengan Umno bukan perkara baharu, kata Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi.

 Malah katanya, akibat menentang usaha pengabungan Pas dan Umno menyebabkan bekas pimpinan Pas yang kini menubuhkan Amanah disingkirkan daripada parti itu.

 "Kami memang tahu daripada dulu. Sebab itulah kami ditendang daripada Pas.

 "Kami kumpulan yang menentang penggabungan Umno dengan Pas. Usaha ini dilakukan sejak selepas pilihan raya 2008 cuma mereka cuba nak menafikan," kata beliau dalam sidang media di pejabat Amanah Kuala Kangsar hari ini.

 Asmuni yang juga bendahari agung Amanah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nik Abduh dalam Sinar Harian hari ini bahawa Pas bukan sahaja berniat malah berazam untuk bersatu dengan Umno kerana matlamat penubuhan parti Islam itu adalah untuk menyatukan umat di atas jalan yang betul termasuk penyatuan parti politik.

 Asmuni turut mempersoal tujuan Pas bertanding di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar sekiranya ingin bergabung dengan Umno.

 "Kalau nak bergabung bertanding lawan Umno buat apa? Kalau nak bergabung bagitahu penyokong di bawah. Jadi mereka tidak terus berada dalam kekeliruan.

 "Pemimpin di atas kata tak ada usaha untuk bergabung dengan umno. Yang pertengahan kata mereka akan bekerjasama dengan Umno.

 "Apa maksudnya bekerjasama dengan Umno? Dalam pilihan raya berlawan antara satu sama lain. Apa semua ni?"soalnya.

 Beliau turut mengulangi pendirian bahawa Pas bertanding di Kuala Kangsar hanya untuk memenangkan Umno Barisan Nasional.

 "Kehadiran mereka dalam pilihan raya ini tidak serius tetapi untuk memudah cara kepada kemenangan Umno Barisan Nasional.

 "Kita pun ada maklumat serba sedikit perangkaan-perangkaan mereka tidak menunjukkan usaha untuk mencapai kemenangan," katanya.

 Sementara itu, setiausaha organisasi Amanah Suhaizan Kaiyat semalam berkata, maklumat yang diperoleh daripada Laporan Persiapan Dan Gerakerja PAS PRK P067 Kuala Kangsar memaklumkan jumlah undi target Pas di Kuala Kangsar adalah 8,713 sahaja sedangkan undi yg diperolehinya dlm PRU13 adalah 13,136.

 "Ini bermakna Pas tidak mahu menang dalam PRK Kuala Kangsar sebaliknya hanya mahu mendapat undi lebih besar daripada Amanah seterusnya mahu memberi kemenangan kepada parti mesranya BN," katanya.~ sumber
Comments
4 Comments

4 comments :

mfi usj said...

Org cina kata.......inilah parti peyluc! Lidah bercabang kencing bercabang.

Anonymous said...

Mr presideng adalah segala kluk klek dlm parti...berundur lah krn anda memang dah takder kredibiliti utk berada di situ...kami dapati akhir-akhir ini, anda menyampah krn tidak memberi kebaikan kpd parti

Anonymous said...

Jika benar bagai yang dikata,ternyata pimpinan Pis yg terbabit itu memang celaka dan wajib disumpah seranah.Hang buat keputusan sendiri sedangkan ahli parti tak restu.memang celaka nik abduh n sekutunya

Anonymous said...

Asmuni benar sekali...PAS telahpun bergabung dengan umno...berita terbaru pas telahpun masuk barisan nasional BN rupa2 nya sejak tahun 2008 lg...mcmana majlis presiden PR waktu itu tidak sedar yg pas bermain kayu tiga...jadi parti PR tp dlm masa yg sama join BN sebagai parti komponen sejak tahun 2008 lg...maka benarlah ura2 yg menyatakan pas ini UG dgn umno dan mesra umno seperti yg diberitakan oleh asmuni awi ini beliau memang hebat...PAS parti komponen terbaru BN tidak syak lg...dlm2 diam 2008 join BN ko ye PAS tak sangka aku...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...