Friday, June 24, 2016

Bersekongkol dengan DAP dalam kerajaan Selangor tak haram?

  Seorang sarjana di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menegur laporan Utusan Malaysia yang mengisytiharkan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.

 Dr Maszlee Malik berkata, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman (gambar) patut sedar gelaran itu, yang menyebabkan halal darah pihak dirujuk.

“Istilah itu memberi maksud seseorang atau sekumpulan boleh dibunuh dengan sah oleh orang Islam kerana kekafiran dan penentangan mereka terhadap orang Islam, seperti dibincangkan sarjana Islam daripada semua mazhab.

 “Oleh itu, mengisytiharkan seseorang individu atau sesebuah kumpulan di Malaysia sebagai kafir harbi membuka pintu keganasan dan menyokong wacana (kumpulan bersenjata) IS,” katanya.

 Utusan melaporkan, DAP, yang disifatkan jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan mahu menubuhkan negara sekular, tergolong dalam kalangan kafir harbi.

 Memetik Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, akhbar Umno itu melaporkan, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.

 Beliau merujuk kepada penentangan DAP terhadap Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016 yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Bagaimanapun, dalam laporan Utusan itu, tidak dinyatakan petikan langsung Abdul Rahman yang menunjukkan beliau menyebut istilah kafir harbi.

 Sementara itu, merujuk RUU itu, Maszlee juga membangkitkan status anggota parlimen beragama Islam yang mungkin menolaknya.

 “Adakah fatwa itu menyebabkan anggota parlimen beragama Islam sama halal darahnya?” soalnya.

 Beliau justeru mengingatkan pemimpim-pemimpin agama supaya berhati-hati mengeluarkan pandangan yang berkaitan dengan nyawa seseorang.

 “Mereka semua dinasihat membaca tulisan (sarjana Islam terkemuka) Dr Yusuf al-Qaradawi bertajuk Fiqh a-Jihad (fekah jihad) berkaitan gelaran kafir habir.~ SUMBER

Komen al-Husseyn :

 Mufti kata, hukum bagi mana-mana umat Islam yang bersekongkol dengan DAP adalah haram serta berdosa besar.

 Harap Mursyidul 'Am Pas, Haron Din dan Presiden Pas, Hj Hadi Awang tolong ambil perhatian dengan fatwa Tok Peti ini - haram dan berdosa besar berskongkol dengan DAP!

  Tunggu apa lagi? Pas kena cepat-cepat keluar dari bersekongkol dengan DAP dalam kerajaan di Selangor. Ada berani tak? Atau takut hilang jawatan??

 Dan bersediakah Pas untuk menyerang dan menggulingkan kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP, kafir Harabi itu?

TITM, Nik Beduh dan orang-orangnya sudah berpakaian lengkap hulubalang ....

Motar Senik rasanya sudah siap mandi minyak tu....apa tunggu lagi! kikiki!
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Mufti Pahang yang ketagih Darah Kafir ni dh bagi jalan kat Ularmak PAS supaya meletak Jawatan dlm Kerajaan Selangor(PakatN Harapan) klu tak Faham memang korang ni Bengap

Malaysiabaru said...

Najibullah Pahang bapak i.s

Mufti muruku panglima i.s

Anonymous said...

Kenapa nampak DAP sahaja. MCA, GERAKAN, MIC juga lebih kuat menentang pelaksanaan hukum Islam. Kenapa hukuman diberi kepada satu pihak sahaja. Bagaimana pula dgn pihak yg bekerjasama dgn MCA, GERAKAN & MIC. Halal ke?...Bukan kafir harbi ke...? Tok Mufti...kalau nak bercakap biar nampak jantan sikit...Nak hukum, biar hukum semua, tak kira sesiapa. Kalau mcm ni la cara Tok Mufti menghukum...mana dia keadilan dlm Islam.. Tok Mufti...tolong guna akal, berpandukan iman bila nak bercakap...bukannya guna kepala lutut berpandukan nafsu...LETAK JE JAWATAN. BUAT MALU UMAT ISLAM JE.

Anonymous said...

Tlg tanya kpd tok peti yg bijaksana ini adakah Malaysia yg diperintah oleh umno sejak merdeka hingga skrg sebuah negara sekular atau Islam. Knp tak isytihar umno kafir krn tak tegakkan negara islam sedangkan dia berkuasa sejak merdeka. Tok peti dok kerja dgn kerajaan lg ada.... DAP tu diterajui oleh org kafir, takkanlah dia nak setuju dgn negara Islam. PM2 umno selama ni Islam atau kafir? Mana hududnya?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...