GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, June 01, 2016

Betulkah Pas sudah berhenti kafirkan Umno?

  Ahli jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Nasaruddin Hassan berkata,  tidak akan ada lagi kata-kata penghinaan seperti 'Umno kafir' dalam ucapan penceramah Pas akan datang.

Ini selaras dengan langkah untuk mengamalkan budaya politik yang "matang dan sederhana" itu. 

"Kita boleh menyerlahkan keindahan Islam, dasar parti, hala tuju dan objektif dan bukannya melemparkan maki hamun semasa ucapan atau ceramah."

   Memang pun Pas sudah lama berhenti maki hamun Umno sejak berkomplot mahu ber UG dengan Umno.

   Saranan Nasaruddin diatas itu bukanlah perkara yang baru.

  Pada 16 April lalu, Hj Hadi telah membuat kenyataan bahawa PAS tidak lagi mengambil pendekatan tegang dengan UMNO kerana mengambil konsep Al-Quran iaitu bertolong-menolong dalam perkara baik dan tidak membantu dalam perkara yang buruk.

  Perubahan pendirian ini merupakan pusingan 180 darjah setelah ‘Amanat Haji Hadi’ yang mengkafirkan tiga juta ahli UMNO.

    Betulkah Pas sudah berhenti mengkafirkan Umno? Apakah dengan membuat kenyataan dibawah ini maka  Hj Hadi sudah membatalkan 'Amanat Haji Hadi' itu?

Sejak 17 Februari 2010, Hj Hadi mengorak langkah untuk berpeluk dengan Umno!

    Hj Hadi tuduh Umno kafir kerana menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza. Status kafir Umno berubah jadi Islam setelah Umno tidak lagi menganggap agama dan politik dua perkara berbeza?

   Sebaliknya maki hamun Pas kini telah beraleh kepada DAP dan Amanah. Umno sendiri sudah tidak kedengaran memaki hamun DAP kerana Pas dah tolong buat kerja maki hamun itu untuk mereka.

    Pas kini tak boleh nak maki DAP kafir ... tapi digantikannya dengan ungkapan 'Babi'.

  Hj Hadi menganggap mereka yang keluar dari PAS sebagai golongan pengkhianat yang disifatkannya lebih teruk daripada lawan. Dalam perjuangan Islam, katanya, pengkhianat hanya ada dua pilihan sahaja : Bertaubat ataupun Dihapuskan.

  Hj Hadi menganggap mereka yang keluar Pas telah keluar dari agama Islam. Keluar agama Islam darah orang itu adalah halal, boleh dihapuskan atau dibunuh kalau tidak bertaubat.
   
 Tentulah kata-kata Hj Hadi itu dimaksudkan kepada parti Amanah. Mereka yang keluar Pas telah menubuhkan Amanah setelah Hj Hadi sendiri cabar supaya mereka menubuhkan parti sendiri!

  Kita tidak pernah ada kenyataan dari mana-mana pemimpin Umno yang memaki hamun Amanah. Tapi kalau nak di kutip kata-kata maki hamun Hj Hadi kepada pemimpin Amanah boleh dikutip berjela-jela senarainya.
Comments
3 Comments

3 comments :

tanya sama itu hud hud said...

Khutbah sampah dari tontowi al germany..

Anonymous said...

PAS akan banyak guna bahasa Zaaba.

Kih Kih Kih.

Anonymous said...

Bukan hanya pada UMNO yang dah jadi kawan baik tetapi pada yang bukan kawan apalagi yang seagama.

Kalau dengan yang lain tetap di maki atau di tuduh bermacam-macam tidak lah sempurna keislamannya.

Sama jugak lah agama suku politik suku. Sebahagian di layan dengann cara Islam dan sebahagian di layan dengan cara PAS.

Lagi pun lebih baik PAS umumkan minta maaf kerana telah mengkafirkan ahli UMNO apalagi minggu depan umat Islam menyambut al-mubarak.

Lagi pun hal macam ini bukan masalah lagi... mana PAS ada buat ceramah di pentas politik. Ada lagi ke PAS buat ceramah? Orang nak dengar isu hutang negara 1MDB, isu GST, isu pemecatan Muhyiddin dan Husam.

Muktamar pun tak ada apa-apa isu. Dah jadi kenduri kesyukuran. Itu yang berkeris dan bertanjak.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...