GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, June 12, 2016

Bolehkah Najib ambil aleh tanah wakaf Sultan Perak?

 Sempena lawatan rasmi ke KUISAS, PM Najib telah mengisytiharkan Kuisas di naik taraf sebagai universiti penuh dengan nama Universiti Sultan Azlan Shah serta merta.

 Najib membuat pengumuman itu sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid KUISAS.

   Tetapi ramai yang mempersoalkan, kenapa digugurkan perkataan Islam?Nama asalnya ialah Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah - Kuisas

  Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) adalah kesinambungan kepada Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) yang telah diasaskan penubuhannya pada tahun 2000.

  Melalui surat bertarikh 13 Disember 2012, Kementerian Pengajian Tinggi telah memberikan kelulusan untuk KISDAR dinaikkan ke taraf Kolej Universiti.

  Baru selang sehari, tapi sudah mulai kedengaran bisik-bisik suara rakyat yang mempersoalkan kenapa pengisytiharan tersebut tidak dilakukan oleh baginda Sultan Nazrin sendiri?

  Apakah benar bahawa Raja Nazrin tidak begitu berkenan dengan tindakan PM Najib menjadikannya sebagai universiti penuh walaupun dijanjikan dengan pemberian geran?

  Mungkin Baginda merasakan sedikit terguris kerana Najib telah mengambil kesempatan untuk berkempen di musim pilihanraya kecil parlimen Kuala Kangsar yang akan diadakan pada 18 Jun nanti.

  Raja Nazrin mahu melihat KUISAS mengamalkan budaya autonomi intelek, berada di atas dan berkedudukan bebas dari sebarang pengaruh politik kepartian agar dapat memenuhi falsafah pengwujudannya sebagai perkampungan ilmu yang menghayati prinsip kesatuan dalam kepelbagaian.

 Seperkara lagi ialah, kawasan seluas seratus ekar untuk tapak kampus pengajian KUISAS itu telah diwakafkan oleh Raja Nazrin.

   Apakah PM Najib sudah dapat berkenan Baginda Sultan untuk mengambil aleh tanah wakaf tersebut untuk dijadikan hak Persekutuan?

  Baginda pernah menyarankan agar peranan wakaf dalam pendidikan perlu dilawati semula dan dirintis usaha untuk dihidupkan semula.

  Baginda mahu agar potensi wakaf diterokai sepenuhnya dan dijadikan satu sumber pendapatan kepada KUISAS dan tidak hanya bergantung kepada sumber kewangan kerajaan dan sumber pendapatan dari yuran pengajian.

 Baginda berpandangan, pergantungan kepada sumber tajaan Kerajaan untuk membiayai Institusi Pengajian Tinggi tidak akan kekal selama-lamanya. Malah pergantungan semata-mata kepada dana Kerajaan tidak akan membolehkan KUISAS berkembang pesat.    
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Najib ni memandai mandai. Dah ngadap sultan perak?? Elok ganti dgn nama university rosmah badak. Hihihi. Baru syok

Anonymous said...

Kalau begitu cita-cita dan kehendak Sultan, satu hari nanti Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah akan menjadi seperti MCKK.

Tetapi campurtangan Najib akan mengagalkan usaha Sultan.

Banyak pusat pengajian yang bergantung pada tajaan kerajaan tetapi sudahnya kos pendidikan semakin tinggi dan menjadi beban pada pelajar.

Sultan yang usahakan, Najib mau nama.

Anonymous said...

Mana hilang Islam? Minta sultan perak pertahan. Ini harta wakaf akan jadi sumber pahala sampai kiamat. Hududkan tangan yg merompak. Siapa tangan yg merompak dan melanun itu? Ehemmm

Anonymous said...

apa la korang ni memfitnah dan kutuk sana sini.. korang patut bsyukur lah dah diberi taraf kuisas naik taraf usas ipta daripada takde langsung kn..wlopn tak perfect tp kena igt dlm diri kena tanam ada islam bkn dr segi luaran shja . Profesional dan matang la sikit bila bercakap.. cuba korang tgk diri sendiri.. pernah tak jika sesuatu apa kamu inginkan ada tak dapat perfect 100% ?? takde kn.. kalo ada pun tu mungkin rezeki kamu dapat.

daripada, hamba Allah yg serba kekurangan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...