PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Sunday, June 12, 2016

Bukti-Bukti adanya kerjasama Pas-Umno

 Naib Presiden Pas, Ust Idris Ahmad menafikan adanya kerjasama dan menerima wang dari Umno BN. Idris mendakwa tuduhan tersebut sebagai liar.

 Beliau turut menyatakan tuduhan Pas bersama Umno adalah fitnah yang melata khususnya dikalangan masyarakat China.

  Apa yang dinyatakan oleh Idris Ahmad itu hanyalah satu penafian yang kosong.

 Idris semata-mata hanya menyatakan bahawa tuduhan tersebut hanyalah fitnah.

     Orang-orang Pas masih mahu menafikan adanya usaha penyatuan antara PAS dan juga UMNO walaupun telah ada bukti-bukti yang nyata didepan mata mereka.

   Tetapi pelikya, mereka masih tidak mahu menerima hakikat kebenaran tersebut.                       

1. Pendedahan Ustaz Ahmad Awang sendiri ketika ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar ke-55 PAS, Ustaz Ahmad mendedahkan seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak. Beliau juga memberitahu, barua politik Umno itu menghubungi beliau sehari atau dua hari selepas PAS Perak mengumumkan ia akan membentuk kerajaan bersama-sama DAP dan PKR.

2.  Pengakuan bekas Timbalan Presiden Pas, Ust Nasarudin Mat Isa yang telah ditugaskan oleh Majlis Syura Ulama untuk menemui pemimpin Umno. Boleh rujuk rakaman vdonya di sini

3. Pendedahan oleh  Husam Musa bahawa wujud usaha penyatuan antara PAS dan juga UMNO. Husam menyatakan dia boleh mendatangkan saksi malah sanggup bersumpah talak isteri untuk mengesahkan tuduhannya itu.

   Helah Hj Hadi Berdepan Cabaran Husam Musa

   Tetapi malangnya, Presiden PAS dan pemimpin-pemimpin yang sewaktu dengannya, tidak berani langsung untuk menafikan kebenaran perkara 1 dan dua.

   Hj Hadi menganggap dakwaan Ust Ahmad Awang itu tidak perlu dilayan mungkin sebab UAA tidak menyebut nama pemimpin PAS berkenaan.Namun sebagai presiden parti, Hj Hadi sepatutnya menyanggah dakwaan UAA sekiranya perkara tersebut tidak benar.

  UAA telah menyatakannya secara berdepan dalam Muktamar ke-55 Pas. Begitu juga pemimpin yang berkenaan yang hanya menikus tidak berani untuk menafikannya.Kini kita semua sudah dapat mengenal pasti siapa pemimpin yang menikus itu yang kini dilantik sebagai ketua kluster dakwah kepada Majlis Perundingan Islam (MPI).

  Dan jika sekiranya dakwaan Ust Nasharudin Mat Isa itu hanyalah suatu pembohongan, kenapa Nasarudin tidak pernah dipanggil untuk disiasat mengenainya?

  Keakraban Nasharudin dengan pemimpin-pemimpin Umno dapat dilihat  sebagai peneroka jalan bagi Hj Hadi dan pemimpin-pemimpin Pas yang sewaktu dengannya untuk berpelukan dengan Umno.

  Mereka sangka dengan membiarkan isu tersebut begitu sahaja dengan harapan ianya akan berlalu pergi dan akan dilupakan mengikut peredaran masa...

  Nasharudin Mat Isa kini dilantik oleh PM Najib sebagai ketua pegawai eksekutif baru Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), menggantikan Datuk Saifuddin Abdullah, bekas timbalan menteri dan pemimpin pusat Umno yang menyertai PKR baru-baru ini.                                                                                                                                                                                  
   Dakwaan Husam Musa juga mahu dibiarkan begitu juga. Tetapi  Hj Hadi tersilap langkaha bila dia suruh Husam Musa untuk bersumpah jika benar dakwaannya bahawa wujud usaha penyatuan antara PAS dan juga UMNO.

 "Kalau dia beranggapan apa yang dia katakan itu betul dan apa yang kami (PAS) katakan adalah bohong, maka silakan bersumpah," katanya pada program Dewan Muslimat PAS di sini, hari ini. Rujuk di sini

 Hj Hadi sangka Husam seorang yang penakut dan mudah digertak! Selang beberapa hari kemudian, Husam Musa telah menyatakan kesanggupannya untuk bersumpah talak isteri demi menegakkan dakwaannya berkenaan rundingan antara PAS dan Umno.

 Husam kata, mana aci suruh orang bersumpah sorang-sorang.... Maka Husam pun cabar Hj Hadi Awang untuk melakukan sumpah yang sama bagi menafikan pendedahan tersebut.

  Hj Hadi terkencing dalam seluar! Langsung tak berani nak balas cabaran Husam!

 Kenapa Hj Hadi, satelah cabar Husam bersumpah lalu Husam menerimanya dan mengajak Hj Hadi bersumpah sama, tetapi Hj Hadi terus kecut dan tidak berani menerimanya?

 Husam telah sanggup bersumpah untuk membuktikan dakwaannya itu adalah benar dan bukan fitnah.

 Tetapi Hj Hadi tidak berani bersumpah untuk membuktikan apa yang dia nafikan mengenai tuduhan Husam itu adalah bohong.

 Ini membuktikan bahawa apa yang didakwa oleh Husam bahawa dakwaannya bahawa wujud usaha penyatuan antara PAS dan juga UMNO adalah benar.

 Kalau masih ada suara-suara sumbang mana-mana orang Pas yang mahu menafikan tidak ada wujud usaha penyatuan antara PAS dan juga UMNO dan menuduh dakwaan Husam tersebut adalah fitnah, sila gesa Hj Hadi untuk bersumpah.
 
   Dan yang terbaharu adalah pengakuan Nik Abduh Ketua Pemuda Pas, mengakui parti Islam itu kini giat mendekati Umno untuk meyakinkan bahawa dua parti Melayu Islam itu boleh bersatu kerana dasar kepentingan Islam, khususnya menerusi Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355.

    Kalaulah ada almarhum TGNA, saya percaya sudah tentu muka-muka mereka ini, Nik Abduh, Nasharudin Mat Isa, Hj Hadi dan Harun Din akan diludahi oleh almarhum.....
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Ulamak atau uztaz adalah manusia biasa yg tidak lari dari buat dosa kecuali yg bertaqwa kerana tiada kepentimgan diri..

Anonymous said...

Ako yakin kalu Tgna ludah muka barua umno tu. Nescaya buta mata mereka kena air liur Tgna. Haha. 4 ekor tu barua besar. Haha

Anonymous said...

Memang PAS UMNO bersatu menerusi RUU tetapi bukan untuk kepentingan Islam. Tidak perlu untuk mendekati atau rapat dengan UMNO hanya semata-mata kerana hudud. Jika AMANAH diperangkap supaya menerima hudud kerana sebagai parti Islam AMANAH tidak sepatutnya menolak husud, mengapa UMNO tidak di paksa menerima hudud secara paksa?

Orang PAS yang dalam keadaan penafian mengenai kerjasama dengan UMNO adalah orang yang ada penyakit konflik dalam pemikirannya.

Apabila di kata mempunyai hubungan rapat dengan UMNO, ada pemimpin yang menafikan tetapi apabila ada pemimpin yang mengaku rapat dengan UMNO, bisu!



Anonymous said...

Akupun nak tumpang ludah muka2 munafik ni.lebih 30 tahun kita memperhambakan diri dalam perjuangan pas.umpat keji dr umno tak terkira. Alih-alih bila tok guru meninggal saja,dajal2 ni mula tunjuk belang.rupanya selama ni depa dok tunggu malah berharap tgna cepat mati kut supaya mudah kerja jalang haram depa.celaka sungguh.Aku tak halal segala sumbangan duit ringgit dunia akhirat atas apa yang mereka lakukan.kita jumpa di akhirat nanti

Anonymous said...

Tuan hussein,tolonglah siarkan ulasan saya .itu ulasan sehabis lembut dr saya.bergelora sangat dah dalam hati ni...

Anonymous said...

Aku tak mau sokong pas kalau dah bersatu dgn umno....panaih sgt2 ni....

Anonymous said...

Penyatuan umno + pas mcm berzina dulu lps tuu bru bertunang.... nikah blum tentu.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...