GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, June 14, 2016

Hj Hadi adalah Pembohong Bersiri


 Kali ini saya mahu menyahut seruan Tuan Guru Hj Hadi sebagaimana terkandung dalam poster diatas - "Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. Dimana rakyat diminta bercakap benar. Kalau pemimpin itu tak betul, beritahu tak betul, pemimpin itu salah, beritahu salah!"

 Maka izinkan saya untuk memberitahu kepada Hj Hadi dan semua wal'autanya bahawa terlalu banyak perkara yang tidak betul atau salah yang telah Hj Hadi lakukan selama ini.

 Terlalu banyak pembohongan yang keluar dari mulut seorang yang bernama Hj Hadi, seorang yang diakui sebagai Tok Alim. Malah ada yang mengangkatnya sebagai Tok Wali yang mempunyai karamah .... 

   Apa-apalah yang korang mahu 'ampu' mengenainya. Cuma nak ajak korang sama-sama fikirkan apakah senarai penipuan Hj Hadi yang saya paparkan di sini ada kebenarannya atau semata-mata fitnah. Apa yang dipaparkan di sini hanyalah sekelumit sahaja yg mampu saya utarakan.

1) Hj Hadi memfitnah gunapakai nama al-Qaradhawi kononnya telah berkata, tubuh parti Islam ke-2 adalah haram.

 Sampai sekarang dia tidak mampu tunjuk bukti mengenai dakwaannya tersebut apabila dicabar. Waima, kenyataan al-Qaradhawi adalah sebaliknya.

 Menurut Ust Ghani Shamsudin, dalam pertemuannya dengan Syaikh Ali Qaradaghi di Hotel Westin Di KL Awal bulan 11/2015 yg lalu, beliau antara lain telah menegaskan bahawa:

  Tidak ada fatwa bertulis oleh Syaikh Yusuf Al Qaradhawi tentang pengharaman parti Amanah Negara di Malaysia seperti yang diwarwarkan oleh orang orang tertentu. ~ sumber

2) Hj Hadi pernah akui sewaktu mesyuarat JKPP nak curi adun PKR untuk bentuk kerajaan Pas-Umno di bawah Khalid Ibrahim; Hj Hadi menawarkan jawaan MB Selangor kepada Azmin. Cerita ini telah dilaporkan oleh Malaysian Insider.

Siapa bohong? Hj Hadi atau Malaysian Insider. Kalau Malaysian Insider berbohong, kenapa Setiausaha Politiknya sekadar buat kenyataan penafian tetapi tidak berani ambil tindakan mahkamah ketika itu?

3) Dato Husam juga turut mencabar Hj Hadi mengenai isu ini tapi Hj Hadi tidak berani untuk menafikannya kerana Husam ada ramai saksi kerana kejadian itu berlaku sewaktu dalam mesyuarat JKPP. 

4) Hj Hadi berbohong bila berkata, PAS tidak pelahap nak jadi MB Selangor, bilamana dia sendiri telah menghantar tiga nama ahli PAS ke Istana sebagai calon MB Selangor. 

5) Hj Hadi mengatakan bahawa Unity Government lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui di dalam dialog dikalangan kepimpinan Pas Pusat. Tapi Almarhum TGNA telah menafikannya seraya berkata “Ini bukan datang daripada Pas tetapi lontaran (idea) daripada peribadi tertentu. Bukan dari Pas.” Terbukti, Hj Hadi berbohong.


6) Hj Hadi mendakwa Unity Government lontaran ideanya itu telah dibincangkan dan dipersetujui bersama oleh PKR dan DAP. Tetapi Anwar dan LKS telah menafikannya. 

7) Pada 28 Jan 2012 lalu, dia tawarkan diri untuk berundur, tapi tetap juga bertanding pada PRU13 dan kekal sampai sekarang sebagai ahli parlimen.

 8) Dalam amanatnya, dia berkata, “Kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno, kita menentang BN, bukan kerana BN. Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. Oleh sebab itu kita menentang mereka ….”

 Tetapi kini dia mempertahankan perlembagaan tersebut kerana setiap Ahli Parlimen kena mengangkat dan menandatangani sumpah bahawa akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

 Apa hukumnya Hj Hadi menyokong untuk mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah?

9) Hj Hadi pernah berkata, “DAP Berhak Tolak Hudud”. Dia adalah berbohong kerana apabila DAP menolak hudud ditempelaknya tuduh DAP memusuhi Islam. Malah mereka dituduh sebagai anjing dan serigala yang menyalak.

 10) Dia suruh golongan profesional yang tidak sehaluan dengannya supaya keluar parti dan tubuh parti sendiri.

  Tetapi bila mereka keluar dan tubuh parti baru Amanah, Hj Hadi jadi menggelabah lalu menuduh mereka sebagai pengkhianat yang perlu bertaubat atau dihapuskan.

 Adakah bila seseorang itu masuk Pas, maka dia tidak boleh lagi keluar dari parti tersebut? Kalau keluar Pas, maka orang itu jadi penghkianat!

  Ternyata Hj Hadi telah berbohong kerana dalam perlembagaan Pas Fasal 15 jelas menyebut tiga sebab yang membolehkan seseorang itu berhenti menjadi ahli Pas iaitu atas permintaan sendiri, dipecat atau mengisytihar diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain.

11) Hj Hadi fitnah calon PKR sebagai penjual pil kuda , komunis bagai. Tetapi Hj Hadi terlepas dari dakwaan mahkamah kerana tidak menyebut sebarang nama, namun mahkamah mendapati kata-kata yang disebutnya dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah berunsur fitnah. Dengar sendiri ucapannya  di sini

12) Hj Hadi menuduh Saari Sungib dan Hasnul Baharudin sebagai pengkhianat walhal yang sebenarnya Hj Hadi sendiri yang berkhianat untuk meng UG kan Selangor dalam kemelut MB Selangor dulu !

 Selangor hampir 'kembali' semula kepangkuan Umno jika tidak kerana Saari Sungib dan Hasnul menyokong Dr Wan Azizah. Mereka berdua adalah penyelamat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Hj Hadi adalah pengkhianat yang sebenarnya.

13) Hj Hadi kata mahu membela rakyat tetapi ternyata dia berbohong kerana sering ponteng persidangan Dewan Rakyat. Dia gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat di parlimen. 

14) Dia pernah berkata, bekerjasama dengan Umno umpama memikul biawak hidup!

“Pepatah Melayu mengatakan, kalau memikul biawak hidup, menyakitkan kita, kuku dia, dia gigit kita …lebih baik kita bersendirian ...." kat Hj Hadi.

   Tapi dia kini semakin tergila-gila nak pikul biawak hidup merangkap mahu menjadi penasihat pula! Hj Hadi pelawak besar! Baca di sini

15) Dia berbohong dengan tidak mengaku telah berjumpa dan berbincang dengan Umno secara gelap. Tapi tembelangnya pecah kerana Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah mengaku telah menemuinya sebanyak tiga kali untuk bincang pasal UG.

16) Ketika kunjungan Pemuda PR pada 12 Sept. 2014, Hj Hadi membuat pengakuan "Pas kekal bersama PR, tiada kerjasama dengan Umno."

 Ternyata kata-katanya itu adalah bohong semata!

  Hj Hadi yang arahkan secara terus Ketua JK Usul Muktamar untuk pastikan "muktamar mesti terima tanpa bahas" usul tergempar Dewan Ulamak PAS utk "putuskan hubungan dgn DAP." 

17) Hj Hadi kata, "Berlaku pertindihan calon PAS dengan PKR pada PRU13 ini adalah untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat."

  Hj Hadi berbohong bila mana keputusan adalah sebaliknya. Tindakan Hj Hadi itu telah memberikan kemenangan kepada Umno akibah perpecahan undi dalam pertandingan tiga penjuru tersebut.

18) TPPA dimulakan oleh Umno dan bukan DAP tetapi Hj Hadi berbohong dengan menuduh bahawa DAP sokong TPPA kerana orang Cina dikatakan menguasai perdagangan di negara ini. Kenapa Hj Hadi tidak mengecam Umno tetapi sebaliknya mengecam DAP?

19)  Ketika kempen pemilihan, Ust Ahmad Awang mencabar Hj Hadi sebagai presiden parti. Hj Hadi telah memfitnah Ust Ahmad Awang sebagai pemimpin pilihan DAP. Antara kata-kata fitnah Hj Hadi :

"Dua-dua ada ulama'; cuma hok satunya DAP nok. Hok dua sajer. Satunya DAP tak nok. Saya nak beri peluang kepada Pilih samaada yang hok DAP nak ker, hok kita sendiri kita nok. Saya beri bebas kepada orang Pas samada pilih pemimpin yang DAP nok cara dia ataupun kita sendiri. Vdionya ada di sini

20) Hj Hadi telah mengelirukan rakyat dengan RUU yang mahu dibentangkan di parlimen itu adalah hudud. Hj Hadi dengan bertegas mahu melaksanakan hudud di Malaysia hingga menyebabkan Pakatan Rakyat berbalah sesama sendiri dan akhirnya berpecah.
 

  Malah Pas sendiri berpecah dan ramai ahlinya yang keluar parti kerana mahu isu hudud ditangguhkan dahulu dan menumpukan soal-soal keadilan sosial dan kebajikan rakyat terlebih dahulu.

  Ternyata Hj Hadi berbohong ketika dia berkata "Akan bentangkan draf perlaksanaan hukum hudud di parlimen sebelum 9 April 2015!"

  Setelah berbohong RUU yang mahu beliau dibentangkan itu hudud, kini berhempas pulas menjelaskan RUU itu bukan hudud tetapi hanyalah untuk meminda hukuman dera dan denda akta 355.

 21) Tetapi ketika mengumumkan mahu berkawan dengan parti 'Ikatan', Hj Hadi mengakui mahu menangguhkan hudud dengan berkata, "Hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di parlimen bukan untuk melaksanakan Hudud....

22) Pada majlis pelancaran manifesto Pilihanraya Negeri Sarawak yang baru lalu, Hj Hadi berkata, walaupun bertanding pada PRN kali ini, parti itu tidak berminat merampas kuasa, sebaliknya mahu memperkukuhkan ‘sistem semak dan imbang’ dalam urus tadbir kerajaan negeri.

  Bagaimana mahu memperkukuhkan ‘sistem semak dan imbang’ urus tadbir di Sarawak sedangkan Pas hanya yakin akan menang satu kerusi sahaja?

  Hj Hadi berbohong ! Dia sebenarnya hanya mahu mengacau daun sebab Amanah bertanding sama.

23)  “PAS bukan parti pengampu,” parti itu akan menentang habis-habisan jika dasar yang mahu dilaksanakan menekan rakyat.

  Kata-kata Hj Hadi itu adalah bohong! Di Terengganu Hj Hadi dan PAS gagal melaksanakan ‘sistem semak dan imbang’ walaupun PAS mempunyai 14 kerusi berbanding Umno/BN yang mempunyai 17 kerusi.

24) Hj Hadi berbohong dengan tujuan mahu menakut-nakutkan ahli partinya supaya terus taat kepadanya. Dia kata, "Tidak taat pada Pas, (baca tidak taat kepada Hj Hadi), seperti hilang akidah!"

 Hj Hadi jadi menggelabah kerana ramai ahli Pas keluar parti untuk menyertai Amanah, yang sebelum ini dianggapnya sebagai parti nyamuk....

25) Hj Hadi mendakwa bahawa partinya akan menyokong perkara yang benar dan menyanggah apa yang salah.

  Ternyata Hj Hadi berbohong apabila sanggup menyokong Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam skandal RM2.6 bilion. Dia kata tidak bukti!


26) Hj Hadi kata dia mahukan Umno dan Barisan Nasional tumbang. Tetapi dia siang malam menyerang Amanah dan DAP dengan menuduh mereka anti Islam, anti hudud. Adakah Umno akan tumbang dengan serangan Hj Hadi terhadap Amanah dan DAP? Ternyata Hj Hadi hanya berbohong nak tumbangkan Umno/BN kerana dia tetap mempertahan Najib dan tidak menyerang Umno sebagaimana dia lakukan keatas Amanah dan DAP.

27) Hj Hadi menuduh Amanah sebagai mengikut telunjuk DAP tanpa menunjukan sebarang bukti mengenainya.

 Hj Hadi adalah berbohong kerana dia sebenarnya yang menjadi boneka dan khadam Umno kerana mengambil aleh kerja-kerja Umno menyerang Amanah dan DAP.

28) Hj Hadi berbohong dan memperbodohkan orang kampung dengan menuduh Amanah bersekongkol dengan DAP membantah pembentangan usul RUU355 di parlimen. Hj Hadi tuduh Amanah dan DAP mahu menghalang perlaksanaan syariat Islam.

  Walhal yang sebenarnya DAP dan Amanah cuma tanya speaker kenapa usul itu didahulukan, bukannya menghalang perlaksanaannya.

   Usul itu pula bukan dibentang untuk dibahaskan.Hj Hadi sendiri yang minta supaya pembentangannya ditangguhkan ke lain masa

 Sebagai penutup, ingin saya panjangkan pertanyaan dari seorang fesbuker yang bertanyakan seperti berikut  :

Betul ke, aku dengar cerita, Hadi Awang baru terima hadiah peribadi berupa dua buah kenderaan mewah, iaitu pacuan empat roda (4X4) Land Cruiser dan sebuah MPV Toyota Fortuner.... Anggaran nilainya lebih kurang RM700,000 sahaja.... Dia juga dikatakan menerima hadiah berupa sebuah rumah baru khusus untuk isteri keduanya. Betul ke...?
 Apabila ditanya, Hadi Awang kata, 2 buah kenderaan mewah dan rumah baru itu adalah hadiah dari anak muridnya.
 Macam bohong je...!!!
 Dengar cerita lagi, setelah diselidiki, rupa-rupanya dua buah kenderaan baru itu adalah pemberian seorang kontraktor yang telah berjaya mendapat projek dari Putrajaya bernilai RM684 juta, hasil pertolongan Hadi Awang yang melobi Najib melalui panggilan telefon.... Kerana itu, dia memberikan hadiah itu kepada Hadi Awang sebagai tanda ucapan terimakasih dan mahu membalas budi dan jasa Hadi Awang hingga dia berjaya dapat projek.... Betul ke...?
 Saya tanya je.... takkan tanya pun sampai kena taubat nasuha.
   Setelah kalian melihat siri pembohongan Hj Hadi di atas itu, apakah layak dia di anggap sebagai seorang ulama? layakkah Hj Hadi terus memimpin sebuah gerakan harakah Islamiyah ?

   Jawapan itu hanya ada pada diri kalian.Buktikan apa yang saya dedahkan diatas adalah fitnah. Jangan jadikan diri kalian terus diselubungi oleh penipuan daripada melihat kebenaran yang nyata di depan mata. Jangan taksub membabi buta. Maka fikir-fikirlah bersama.
Comments
66 Comments

66 comments :

Anonymous said...

Tak dengar pulak TGNA dapat hadiah kereta dari anak murid nya.

Mengapa Hj Hadi tak minta anak muridnya bina mesjid ke atau derma pada rumah anak yatim ke ??

Haji Hadi kata Mahathir tak baca Islam... Rupanya dalam Islam boleh buat macam Hj Hadi kot? Tapi kena baca Islam lah !

Anonymous said...

Malah ada yang mengangkatnya sebagai Tok Wali yang mempunyai karamah ....

Ejen UMNO lah yang mulakan ...

tanya sama itu hud hud said...

Hadi marang confirm munafik kalau refer pada hadis

Anonymous said...

Hadi nak cari makan jugak

Biasa lah

Hadi tu pun Melayu Melayu jugak

ali along said...

Hadi awang ni patut dihukum pancung kerana mengkianati ugama,bangsa dan negara..paling tidak pun potong kontol dia biar tinggal telor hitam dia je.

Unknown said...

684 juta. Aik, bukan macam angka projek Felcra yg kluar dlm MKini baru2 nih?

Timnajib Jomfikir said...

Banyaknya...auta, u turn...

Sampai lanie....Hadi Awang tak berani sumpah isteri yang di counter attack balik oleh Dato Husam Musa.

Hadi Awang, elok anda berjasa menjadi nelayan fulltime di pantai Marang shj.

Anonymous said...

Alhamdulillah....Allah tunjuk satu persatu

Anonymous said...

Ishhhh...isshhh hadi awang.Apa gamaknya jawapan nak diberi bila disoal exam dalam kubur nanti.Orang macam ni kut yang mempercepatkan tanda besar kiamat.Aku tak mau subahat aku dah keluar Pis dan masuk AManah

otaiblues.blogspot said...

woyooo...banyaknya...

Arouse Mah said...

Siapakah yg menulis Artikel ini? Marvelous!

Inilah rumusan TERBAIK ttg siapa Hadi. Artikel ini patut disebarkan pada setiap insan Melayu Malaysia. TAHNIAH

Anonymous said...

Hebatnya ulamak plastik ni...hebat membohong...

Malaysiabaru said...

Hadi layak di hududkan

Lunyai tangan kaki hadi

Abuamir said...

Fakta yg tepat & benar tapi para pewalak akan tetap buta mata hatinya. Ahli biasa masih kabur dgn apa yg dibuat oleh pemimpin mereka sebab taksub membuta tuli serupa dgn totok umno juga. Melayu mudah taksub kpd pemimpin walaupun pemimpin mereka sesat.

Anonymous said...

Telah lama aku kata bahawa hadi ni bapak munafik..akan jadi bshan api neraka dlm neraka kelak..aku amat yakin hadi takkan mencium syurga..bagi aku hadi adalah seekor khinzir laknat.

Anonymous said...

Betul tu...setuju dgn cik usin...tuan guru lim kit siang telahpun memberi fatwa terbarunya...hj hadi mmg pembohong setelah TGLKS mendapat ilham dari mimpi setelah solat sunat...TUAN GURU LIM KIT SIANG lah pemimpin yg kami letak kan harapan baru untuk membawa kami ke syurga...kami dengar dan taat kepadanya...

tanya sama itu hud hud said...

Itu saja la modal walaun tolol PiS.
Coba bg hujah kpd 28 tuduhan yg beserta bukti/rakaman/video/cetakan akhbar
Nampak sgt hustat2 walaun PiS sangat tolol bila berhujah.
Dalam blog pun gagal,kalau berdebat depan2 lg bacul la.
Comtoh lebai PiS bacul behujah,
Din ayam,nik abdul dan menantu tuang presideng hadi al dedaki

Anonymous said...

Wala unta sapa terlepas nih..

mohamad adel said...

ini semua salah anuar atau LGE hahahahahah

Norakisma said...

Elok disulakan dulu,Lepas tu pancungkan siap kerat 24.kontolnya eh aku xnak tengok,he he jangan salah buang, nanti kena saman.satukan DLM beg sisa pejal.

Anonymous said...

Kau ni memang politik bodooooh, nanar, bg fakta la bodooooh, PIS=Parti Islam Sekular..

Wan Rosli said...

Nampaknya alhusseyn gagal mempengaruhi org2 Melayu agar mempercayai fitnah2nya terhadap TGHH.. ini dpt dilihat dari sambutan ceramah mat sabu di dpn markas PAS!

Anonymous said...

Seronok fitnah ulamak. Siapa sebenar munafik.

Anonymous said...

Bawak bertaubatlah.

Anonymous said...

Ali along hudud kau tolak nak pancong ulamak.

Anonymous said...

Puak penentang ulamak

Anonymous said...

Jangan jual agama sudah fitnah cepat aja percaya syariat islam buang terus. Agak2 boleh jawab soalan kubur.

Anonymous said...

Maka makin banyaklah dosa fitnah kepada kamu.

Anonymous said...

Sama2 kita doakan hukum hudud boleh dilaksanakan dimalaysia. Jangan tolak pulak.

Anonymous said...

Serang markas pas tape umno sikit pun tak diserang. Jangan jual agama futnah ulamak buat cercaan tiada bukti tuk tuk mat sabu rela masuk dap nak perjuangkan lgbt kut. Macai pan jangan sampai jual akidah

Anonymous said...

Kahkahkah...marah nampak...warna parti pun tuan guru lim kit siang bagi kahkahkah.. warna oren buah limau mandarin

tanya sama itu hud hud said...

Sapa lantik hadi jadi ulamak?
Berapa banyak kitab yg dia karang yg jadi rujukkan jutaan umat islam?
Salah satu ciri munafik adalah bohong.
Terbukti hadi berbohong berkali2

tanya sama itu hud hud said...

Adoii bengongnya..takda bukti apanya?
Artikel ni bagi pembuktian.
Kalau walaun bangang tu bangang la jugak..
Ni sekor hustat walaun yg reply semua komen org..bagi ada telur la sikit,letak nama

Anonymous said...

Tanya sama hud hud nama dlm ic bapak ko bagi ke kahkahkah

Anonymous said...

Ahli politik malaysia semuanya penipu , kaki kencing .

airtapis said...

wahai saudara2, berhati2 dgn golongan syiah rafidhah yg jiwa mereka adalah fitnah. gigitlah dengan geraham akan perjuangan Islam bersama ulama. Haji Hadi dan Dr Yusuf Qaradhawi difitnah sbg pengganas oleh yahudi laknatullah dan bahkan Haji Hadi difitnah oleh musuh2 Islam di malaysia. perkara lazim bg pejuang Islam dlm mengharapkn redha Allah. skrg syiah rafidhah cuba untuk mengacau bilaukn umat islam di malaysia mcm negara2 islam yg lain. patutlah golongan ni dilaknat dlm byk kitab2 muktabar bahkn Imam Syafie sendiri. https://alhusseyn51.blogspot.my/2016/06/hj-hadi-adalah-pembohong-bersiri.html sesekali melumpuhkan kami wahai kafirun. demikian juga fitnah t

acik71 said...

Klu fitnah tolong lh nafi kn...
Ulamak ??..perangai xptt mcm ni ,ckp2 dn perbuatannye mnjadi fitnah plk

Anonymous said...

Harap pendokong & penyokong PAS dpt pertahankan maruah TGHH dgn menjawab artikel di atas. Jgn tuduh ini semua fitnah klu xdpt jawab balas. Dan jgn tuduh org nak jatuhkan kepimpinan ulamak klu xdak hujah yg menyokong dakwaan tersebut..... kami yg atas pagar semakin sukar nak terima PAS mcm era mullah TGNA.....

Salwah Abdat said...

Tiada dalam sejarah wali-Allah perangai sebegini rupa,,wali
Setan barangkali

Salwah Abdat said...

Hj Hadi belum sampai peringkat ulama lagi,,dia cuma Ustaz biasa saja, jangan pandai-pandai kasi title ulama kepada orang yang tidak sesuai menerimanya .!

Salwah Abdat said...

Awak ni giler esim

burhan said...

Org yg menulis artikel ni adalah mereka yg kecewa dgn pas dan gagal dlm memujuk pas join pr..inilah namanya penyakit hati

Anonymous said...

Terbukti Hadi memiliki Toyota Fortuner dan Toyota Vellfire. Total kenderaan yg dia ada adalah 9. Paling latest no plat F4997....

nkablackjacket said...

Wajib di tentang ulama suk,supaya ummah sejagat terbela..ulama ape celaka mcm hadi bawang?tak layak utk di gelar ulama..fullamak baru betul..

Anonymous said...

Sikitnya... Bukan ke kereta haji Hadi ada hampir 50k biji x kan la dengan 90 juta banyak tue jer keretanya...

andikbolong said...

kalau ada wali songho dan di malaya ni baru ditemukan wali songolap..$$$

Anonymous said...

Zaman org kejar title....
1)bisnes: Azizan Osman konon Doktor...
2)umno: Azeez jaga TH tu tipu ada degree..ramai lagi buat cmni
3) pAS: ustaz biasa hj hadi ..yg terkenal dgn takfiri dlm amanat hadi di pujapuji oleh pengikut naik maqam sbgai ulama..sama mcm alarqam dah.
Mcmana ahli PAS lihat pelik/ xada apa2 pd sheikhul alarqam abuya ashaari tu....MCM TU LAA MAJORITI masyarakat X NAMPAK KEULAMAKAN hj Hadi ni...paling jauh myimpang dr ciri2 ulama ialah suka MELABEL org yg x sependapat dgn dia, mulut x jaga, x amal akhlak islam, kata2nya berputarbelit, ketua dh mcm tu..habis ahli bawahan semua berjangkit wabak MULUT CABUL ni.

-aku, bukan ahli mana2 parti politik

Anonymous said...

Beza sungguh cara haji hadi dgn pmimpin PAS yg dulu....fakta yg d rasai oleh semua rakyt Msia BUKAN AHLI PAS. ahli pas dh mcm ahli alarqam..smcm kerasukan x nampak ralat d mn..Ya Allah tolonglah hamba2 mu dan sedarkan mrk dari mimpi kerasukan...mrk mengangkat hj hadi seolah hj hadi nabi...astgfirullah..wal iyazubillah

Anonymous said...

Bodoh ler..kalu bila terima wang..menunjuk nunjuk..especially keadaan hj hadi...nampak sgt ler..kalu tiba2 berubah... hj hadi berubah..berani menunjukkan inspirasi dia sejak arwah tgna pergi...

Rugi rugi..berjuang sekian jangka hayat hidup...ngelast...buat u-turn

Anonymous said...

Siapa angkat hj hadi jadi ulamak yerrr??..krn apa....

Alasan yg dia bukan ulama ialah : 1) sifat dia suka takfiri org yg x sependapat dgn dia
2) ckp dia berubah2...

Anonymous said...

Betul dia gagal pengaruh...ramai rkyt percaya kpd pas dan imej islam....kaedah tunggang agama pmimpin pas ...hanya berjaya kaburi pengikut2nya bagai abuya alarqam... memang betul pas berjaya pengaruh org melayu...sebab pas menang jer d mn mn dia bertanding kaaaaan...

Ckp suka2 ckp...mimpi apa????

Anonymous said...

Beza sungguh hj hadi dgn arwah tgna...arwah memang sbgai pendakwah...sampi org bukan islam dekati pas dan islam..

Arwah ust fadhil noor ..juga membawa konsep MEMASYARAKATKAN PAS...

vs hj hadi....suka melabelkn org lain yg x sependapat dgn dia sbgai kafir...munafiq...aasi...pengikut2 pun terikut2..smcm wabak jadinya..semua bjangkit..

Langsung xde ciri2 ulama... beza terus dgn akhlak alquran yg nabi diutus krnnya....

Anonymous said...

Rkyt umum nampak pas dh mcm kump alarqam...majoriti x lihat pas betul...kalu x pas lama dh menang...

Kalu jawab..menang pilinhanraya x penting.....X YAH MASUK PILIHANRAYA LAAA gitu..ngabis boras jerrr

Anonymous said...

ermmm baik baca penjalanan kitab imam shafie. dlm tu ada guru dia nyatakan sifat atau kecacatan seseorg munafik atau buruk perilaku. baca then tgk hj hadi... lgpon dr dulu mmg xsuka hj hadi. mana ada ulama atau mursyid yg lidah dia lancang mengata org.

Anonymous said...

Hadi tu ulamak ka? Berapa puluh kitab dah yang dia karang? Puiiiii.. dok karang bohong sana sini ja boleh la.. jadah walaun ni.. bebal tahap dewa dah.. kalah macai umno..

Badri Muhamad said...

Ular dalam semak, boleh?

Anonymous said...

sewenang menghukum orang lain yang tk sehaluan....bgmna org blh suka,stuju,sokong,backup giler2 org cmni. knyataan slalu brubah2 blh pusing 360 drjh. hri ni lain sok lain......haru biru....

Anonymous said...

Agaknya majlis ulamak sedunia silap pilih kot.sebab kat sini pun ramai tokoh yg boleh ganti Haji Hadi tu.

kokokiki said...

Berpuluh kitab tghh dh karang.. title ulamak bkn pas yg bagi ...tapi majlis ulamak sedunia yg bagi...

AR THEKID said...

PAS kehilangan banyak para simpati

Anonymous said...

apa cerita dgn TGHH pergi ke Tehran mewakili kesatuan ulamak dunia dan mengata Qardawi uzur

timor said...

Orang rabit gitu lah......

Anonymous said...

Aku lagi menyampah masa Pas bawah PR. Sekarang aku sokong Pas balik. Hadi secara peribadi nak makan duit, itu dia punya pasal, besok dia jawablah sendiri. Kalau dia ada makanlah

Anonymous said...

Lagi kata2 fitnah dan tuduhan tanpa asas. Sekadar menanam perspektif masyarakat utk membenci ulama. Agaknya bila esok penulis dipanggil menemui Ilahi, rasanya sempat tak memohon maaf?

SEBARAU LIAR said...

x payah panjang lebar derr,,cakap jer kena bersama lge dap ..senang kan hahah

Anonymous said...

Daripada aku ikut u all ni, kerat 18 pun aku nak TGHH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...