Wednesday, June 29, 2016

Hj Hadi akui DAP menerima asas kerjasama Islam sebagai agama persekutuan, dedahkan pengkhianatan Umno terhadap Pas

 Berikut adalah pengakuan Presiden Pas, Hj Hadi tentang pengkhianatan Umno terhadap Pas yang berulang kali... dan pengakuannya mengenai kejayaan yang besar dicapai melalui kerjasama dgn DAP.

Hj Hadi mengakui bahawa DAP menerima asas kerjasam Islam sebagai agama persekutuan.

Hj Hadi mengesahkan bahawa DAP sekadar menyatakan pandangan tak bersetuju dengan beberapa perkara yang diwajibkan dalam Islam seperti undang-undang kisas dan Hudud. Mereka tidak setuju. Tetapi mereka tidak menentang.

 Tidak bersetuju, tidak menentang! Berbeza dengan Umno yg menentang perlaksanaan Islam yg Pas perjuangkan!

Apakah Umno hari ini sudah berubah? Umno tidak lagi menentang perlaksanaan Islam yang Pas perjuangkan ?


Transkrip : Mengapa PAS sanggup bekerjasama dengan DAP dan menolak kerjasama dengan UMNO sedangkan mereka Islam ?

Perlu diketahui bahawa Umno ialah parti kebangsaan yg berdasarkan kpd sekular. Islam jadi sebahagia kegiatan, bukan dasar dan matlamat perjuangan.

Politik dipisahkan daripada agama. Umno meneruskan dasar yg dilaksanakan oleh penjajah Inggeris iaitu memisahkan politik daripada agama.

 Dengan sebab itu Umno tidak melaksanakan agenda Islam dgn sepenuhnya.

Dan perlu diketahui bahawa, Umno mempunyai keahlian bumiputera dikalangan orang Melayu keseluruhan orang Islam dan bumiputra yang bukan Islam.

 Maka kerjasam Pas dengan semua parti berdasarkan kepada sejauh mana ruang kita boleh melaksanakan Islam.

 Mengikut scenario politik Negara, Pas pernah bekerjasama dgn Umno pada 1970 dalam kerajaan campuran dan tahun 1974 dalam kerajaan Barisan National.

 Kerjasama yang ditetapkan oleh Dewan Ulama Pas dan diluluskan oleh Muktamar. Kerjasam yg membolehkan Pas menerapkan ajaran Islam didalam kerajaan dan Pas mempunyai keperibadian sndiri didalam kerajaan itu.

 Dan Pas telah menunaikan tanggungjawap di masa kerjasama itu dengan beberapa langkah yang dilihat kesannya sehingga hari ini. Diantaranya ialah dapat mengadakan bang tiap-tiap waktu sembahyang di tv dan radio…

 Menghapuskan agenda-agenda maksiat dalam majlis jamuan Negara, tari menari dan minum arak bagi orang Islam.

 Dan berjaya melakukan kegiatan kefahaman Islam didalam jentera-jentera Islam dan pusat-pusat kepunyaan sendiri.

 Dan Pas menghadapi tentangan untuk melebarkan pengaruhnya dgn cara yg lebih luas yg akhir berlaku pertembungan apabila Umno campurtangan dalam urusan kerajaan Kelantan yg membawa kpd undang-undang darurat di Kelantan yg diluluskan di parlimen dan Umno yg memimpin Barisan Nasional pada masa itu telah bertindak mengisytihatkan darurat dan mengadakan pilihanraya tersendiri di Kelantan dan berjaya menawan Kelantan dgn suatu rancangan yg kotor dari segi politik.

 Sebelumnya pernah melakukan khianat terhadap kerajaan negeri Terengganu menyebabkan kerajaan negeri jatuh dan tumbang melalui politik wang dan sekatan-sekatan pentadbiran, media dan sebagainya. 

 Kesimpulannya Pas pernah bekerjasama dengan Umno melalui kerajaan Perikatan dan melalui kerajaan Barisan Nasional. Kerjasama dgn parti yang berkuasa didalam kerajaan pusat.

 Hari ini Pas mengubah strategi bekerjasama dgn parti yg tiada kuasa dalam kerajaan iaitulah dgn parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

 Kerjasama yg kita merasakan kita lebih kukuh kerana sama-sama tiada kuasa, sama-sama tidak jadi kerajaan diperingkat pusat. Dan kita telah diizinkan oleh Allah Subhanahu Wata-‘ala, menawan beberapa buah negeri dalam pilihanraya ke-12.

 Pengalaman melalui kerajaan negeri ini telah menunjukan banyak perkara yg sangat positif.

 Diantaranya Pas telah berjaya memanjangkan apa yg telah capai kejayaan di Kelantan. Iaitulah dapat mewujudkan kerajaan yg bersih daripada rasuah, salah laku dan berbagai cara yang dianggap negatif dalam pentadbiran kerajaan. Dimana asas kerajaan dapat dilangsungkan dalam kerjasam kita dalam kerajaan negeri yg kita perintah iaitulah Kedah, di Terengganu, sebelumnya, Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

 Walaupun kerajaan kita tumbang di Terengganu dan Perak, itu bukan salahlaku pemimpin. Itu kerana salahlaku pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yg melakukan suatu rancangan yg tidak demokratik.

 Pengalaman kita melalui kerjasama dgn DAP telah mencapai satu kejayaan yg besar.

 Apabila DAP menerima asas kerjasam Islam agama persekutuan. Agama lain diberi hak. Itu adalah konsep yang ada dalam ajaran Islam.

 Dan DAP sekadar menyatakan pandangan tak bersetuju dengan beberapa perkara yang diwajibkan dalam Islam seperti undang-undang kisas dan Hudud. Mereka tidak setuju. Tetapi mereka tidak menentang.

 Tidak bersetuju, tidak menentang! Berbeza dengan Umno yg menentang perlaksanaan Islam yg kita perjuangkan!

 Ini suatu perbezaan yg sangat ketara dan perlu diketahui bahawa kerjasama kita dengan semua pihak di dalam Islam hendaklah berdasarkan kepada keizinan hokum syara’ yg diluluskan oleh Majlis Syura Ulama.

 Majlis Syura Ulama adalah badan yg tertinggi, menjamin setiap perjalanan Pas mwengikut hokum Islam.

 Sekiranya bercanggah dengan huikum Islam, Majlis Syura Islam boleh membatalkan. Dalam kerjasama kita dengan semua pihak bergantung dgn apa disebut disebut oleh Nabi SAW: 

Al muslimuna ‘ala syuru thihim illa syartha ahalla harama wa harrama halala: Orang-orang Islam wajib berpegang pada syarat-syarat yg mereka adakan dengan pihak lain kecuali syarat-syarat yang menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal , dimana nas ini tidak mengizinkan kerjasama lagi kalau berlaku hal yg demikian.~ sumber
Comments
14 Comments

14 comments :

Anonymous said...

Xyah la layan hadi mabuk ketum tu

Anonymous said...

Dia cakap apa pun . Tak boleh nak percaya. Yang dulu dia cakap, sekarang dah tak boleh percaya. Apa yang dia cakap sekarang pun tak boleh percaya.

Kalau guna ayat .. dengar je lah. Dia sudah tidak AMANAH menjaga kepercayaan yang telah di beri.

Anonymous said...

ni statement cerita dolu dolu pnya cikgu..la ni org tua ni dia pnya istiqomah dah humban dlm tong sampah!!

Anonymous said...

Spin la lg usinnnn...dap cintakan islam...itu yg betul kajkahkah...cerita lama dan kerap bernostalgia itulah ciri2 cik usin kelaku yg pelik kita tgok...lim guang eng pon bolehlah berkira kira nk bernostalgia mcm usin jugak...bezanya guang eng bolehlah standby naik turun mahkamah pasni...sama mcm khir toyo jugak...ingatkan selangor je ada toyol rupanya penang pon ada toyol jgk...apa komen usin kita dengar skit komen usin pasni...tanya sama hud hud pon bleh komen jgk jgn malu2 nk spin disilakan spin sedara kahkahkahkah...nanti dia marah aku ske...kahkakahka..mmwahahahahaha...gurkha marah nanti hahaha

Anonymous said...

HADI ini lidah ber cabang dan mu nak fix

Tak boleh pakai

Kalau darurat , pasti cabut lari

Makin tua makin Dajjal

Rakyat Melayu perlu hidup ber fikir jangan jadi BODOH

Melayu memang BODOH tapi mampu ber ubah

Alhusseyn Alhusseyn said...

Itulah... nabi pun dah bagi tau ciri-ciri orang mufiq .... bila bercakap, dia mohong... bila diberi amanah, dia khianati.......... Itu yang puak-puak dia tak boleh nak sebut AMANAH... asyik tersasut menyebut pengkhianat..pengkhianat...Hahaha! Allah nak tunjukkan semua itu kpd kita... tapi puak-puak depa ni tak pernah menyedarinya

tanya sama itu hud hud said...

Spin kepala bana apanya hustat walaun oii..
Statement bervideo pun kata spin?
Zaman ni bila org bagi bukti dikatakan spin dan fitnah.
Bab najib seleweng duit langsung tak mau komen,sebijik mcm ketua broka hadi aldedaki..dah jadi mcm tok pekong plak dah hadi ni sebab dipuja2 walaun walaupun jelas munafik.
Rukun iman org Pis,ada tambah satu lagi,beriman dgn hadi
Kahkahkah

Anonymous said...

Memang cerita lama. Tapi pendirian tidak sepatutnya berubah-ubah. Bila suka berubah, itu yang jadi penipu dan pembohong. Lagi nampak bohong dan tipu nya apabila yang di sokong memang nampak jahat nya. Tak lama mana pun, dah ikut macam UMNO.

Kalau Guan Eng didapati bersalah, keluar penjara tetap sebagai pemimpin. Khir Toyo keluar penjara nak jadi Doktor gigi pun belum tentu. Itu beza orang bersalah dengan orang teraniaya dan di zalimi.

Anonymous said...

Pemimpin2 pas sekarang dah sesat,makan rasuah dan seleweng harta rakyat..tengoklah pentadbiran kelantan dan ularmak2 pas pis pus sekarang sibok merapat dgn umno sbb nk kongsi duit rasuah umno

Anonymous said...

Jgn marah aaaa wahai gurkha tun m yg dulu2 ko panggil mahafiraun hahaha kahkahkah hud hud...masa siasatan dulu pon 30% cina lari sokong bn lepas ni kalu terbukti bersalah abisla cina lari...kalo bn dpt sokongan 40% cina malaysia ni abisla lingkup kawasan undi campuran cina melayu dipantai barat dan borneo...menangisla hud hud dan cik usin kelaku kahkahkah...negeri majoriti melayu kedah kelantan terengganu akan berlaku pertarungan sengit antara pas dan umno dan dijangka pas akan menang dan mentadbir negeri ini parti pan jgn mimpi la nk dapat undi melayu...dinegeri pantai barat pon orang melayu tak minat nk undi laaaagiiiiilah org taknak undi kalo di negeri majoriti melayu kahkahkah...cik usin lepas ni pan dibubarkan bila xde negeri2 penabur dedak kepada pemimpin pan mcm penang n selangor maka pan pon xleh nk buat kerja...jentera takde nk kuat mcm mana hahaha...cik usin akan menangis tak berlagu laaaa bila pan bungkus nanti...hud hud pon sama kahkahkah...nanti diorang pakat maki aku nanti nk2 hud hud kahkahkahkah...korang tengoklah bahasa diorang pon dah tau hati diorang mcm mana kahkahkah...ada aku maki pemimpin diorang takde kan aku cuma sindir je kahkahkahkah

Anonymous said...

Pan pin pun...usin sg rokam semua org kenai kelaku kamu tok sah lah nak berlakun mcm baguih sgt..nak komen pasai hj hadi...ilmu setakat selipar hj hadi je..

Anonymous said...

Hj Hadi mana ada ilmu, takat temberang boleh la bro...copy paste semua oeang boleh..

Anonymous said...

Ilmu bergunong pon jk ckp merapu tk terpakai......

Syazmall Wan said...

Hj hadi bkn ulamak la..penyangak adalah..jgn butakn hati anda sokong pas versi hadi pembohong...kalau statemnt ni bohong suh hj hadi hantar lawyer la..jgn ckp berapi jer...ada berani ker penyokong pas...jika benar kamu penyokong pas tegar n bkn anak luar nikah..aku cabar statemnt diatas di mahkamah...berani kerana benar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...