GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, June 19, 2016

Ini sebabnya pengundi Cina tidak undi Pas

 Walaupun Presiden Pas telah mengeluarkan amaran tetapi agak malang sekali calon Pas tetap kecundang di kedua-dua tempat.

 Dua amaran yang telah nyatakan oleh Presiden PAS kepada pengundi Sungai Besar:

1) Bahawa “berdosa” jika mereka memilih calon yang salah dalam pilihan raya, Sabtu ini.

 2) Pengundi akan menerima padah jika wakil rakyat yang dipilih tidak bercakap benar di Parlimen.  ~ Baca lagi di sini

  Parti Hj Hadi telah mengemukakan dua orang calon yang dianggap 'betul' pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

  Malangnya, kedua-dua calon Hj Hadi itu bungkus sebab orang ramai telah mengundi calon yang 'salah'!

  Nampaknya begitu ramai sekali yang telah 'berdosa' kerana tidak mematuhi fatwa Hj Hadi supaya tidak memilih calon yang salah kelmarin.

  Menurut hemat Naib presiden PAS Idris Ahmad, PAS gagal atas faktor pengundi Cina.
 
  Hj Hadi sepatutnya mengarahkan Dewa Cao Guo Jiu, Adun Paya Jaras, Selangor Mohd Khairuddin Othman untuk membantu dengan memberikan kursus kefahaman yang lebih jelas kepada kaum Cina mengenai konsep dosa pahala ini.

  Ada yang berkata, kesilapan besar yang tealh dilakukan oleh sang dewa ini ialah ketika menyambut Tahun baru Cina yang baru lalu, sang dewa ini telah turun ke Paya Jaras mengedarkan buah-buah oren kepada kaum kerabat Cina....

Patutlah semakin ramai orang-orang Cina telah beraleh dari Pas dan memberikan undi mereka kepada parti Amanah yang warnanya oren!

Tuang Guru, di mana Tuang?
   Menyentuh amaran Hj Hadi yang kedua itu, apakah Tuang Hj Hadi  sendiri yang sering ponteng sebagai wakil rakyat telah menjalahkan kewajipannya sebagaimana yang diamanahkan?

   Bagaimana pula dengan lain-lain wakil rakyat Pas yang hanya duduk goyang-goyang telor dalam Parlimen dan hanya makan elaun buta sahaja!
 
Dedak oh dedak!
  Pas begitu hebat ketika di suatu masa dulu mereka diwakili oleh orang-orang seperti almarhum Ust Fadzil Nor, Khalid Samad, Hanipa Maidin, Mat Sabu, Dr Hatta ....

   Tetapi kini Pas hanya diwakili oleh anak-anak burung yang hanya pandai menganga mulut seluas-luanya untuk mendapatkan sedikit dedak!
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

x tahan tengok gambar atas tu nk tergelak ..kening sama janggut dah putih dah macam gandalf LOTR kita tengok..dh tua tua ni silat politik nya alih alih sokong najib amno bn kesudahnya..dia sendiri x istiqomah dgn amanat yg dia buat..ada beza ke amno tahun 82 dulu dgn la ni atau yg la ni lagi teruk dan ganasnya menekan rakyat..sekarang ni rakyat terdera dgn pelbagai kos hidup..gst.rmh kreta x mampu beli.pendatang bersepah.etc etc.alih alih si handalf berserban ni membuta je dok sokong bagi tongkat lg kat najib? cinabeng sungguh la!!

Anonymous said...

PAS sudah BAHALOL dan SYOK SENDIRI

Elok juga PAS pergi ke GERMAN belajar tengok PORNO diam diam mintak Rakyat bayar bill bill PORNO.

Bahalol

tanya sama itu hud hud said...

Segaknya tokong PiS..
Kalau begambar dgn 4 pendekar tolol,dah jadi mcm malam aneka ragam anjuran PiS.
ketua lebai hadi aldedaki pulak duduk tengah sambil julang keris dua depa..
Walaun bertempik gegak gumpita..takbirrrrrr

Mat Safian said...

Sebenarnya AMANAH menang besar di kedua2 PRK. Itu yg UMNO sedang kaji.
Jgn pandang rendah pd UMNO, mereka ada penasihat APCO.

Dengan usia 7 bulan, AMANAH berjaya ada 50% undi pembangkang mengatasi PIS yg berusia tua.
Bayangkan lagi 7 bulan, berapa agaknya penyokong PIS akan beralih kpd AMANAH.

PRK ni juga membuktikan strategi Azmin utk memujuk PIS buat 1 lawan 1 sebenarnya tidak berguna langsung.
Kalau berjaya pun, ia tetap kalah.

Pimpinan PH perlu segera memastikn pengundi2 PIS beralih menyokong PH dan tinggalkan parti mereka. Masa masih
ada, jgn buat kerja buang masa nak berunding dgn PIS.

sharifudin said...

Anoymouse dn hut hut jgn takabor
Nnti masuk lubang kubor baru hang tau no

Anonymous said...

Amanah jgn bawa perangai lama pas dlm PR dulu, bila menang di satu2 kawasan dok berkokok kunun baru 6 bulan dah dpt sokongan ribu2 pastu mngaku kawasan tradisi dia punya, yg sbnar kami jntera PKR dan sokongan DAP yg brtungkus lumus mendptkn undi utk amanah. Pengundi2 DAP & PKR yg bg undi pd amanah di dua2 kawasan tu.

Anonymous said...

Tiada lagi ahli parlimen PAS yang berkebolehan.. kalau diberi pilihan daripada undi parti PAS lebih baik undi BN.. dengan BN kita tahu ramai berkebolehan debat dari pada PAS dan mereka ada pendirian dan setia berbanding PAS

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...