PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Sunday, June 26, 2016

Jangan rendahkan sikap Mahathir!

Oleh : SUBKY LATIF

KITA mungkin tidak setuju dengan banyak tindakan Dr. Mahathir semasa dia jadi Perdana Menteri dan kita juga boleh berbeza pandangan dengannya yang hendak menggantikan PM Najib sebagai Perdana Menteri tetapi mahu mengekalkan Umno sebagai sistem pemerintahan.

 Sikapnya masa berkuasa dulu ada kelemahannya, tetapi sekarang dia menentang satu pemerintah yang paling tidak bertanggungjawab kepada semua kecuali hulubalang berjiwa Hang Tuah saja.

 Dulu Mahathir orang atas. Dia tidak nampak masalah orang bawah. Sekarang dia rakyat yang boleh ke atas dan ke bawah. Dia dapat melihat orang atas sebagai mana orang atas itu dilihat oleh orang bawah.

 Sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden Umno dia dapat semua yang dikehendakinya. Jawatan-jawatan yang berelaun puluhan ribu. Kerana dia rasa rakyat tertindas dan negara berada dijurang kehancuran, maka dia sedia tinggalkan semua yang diberi kepadanya.

 Apa yang dibuatnya sekarang sama seperti yang Tunku Abdul Rahman, sebagai bekas Perdana Menteri buat selepas tidak jadi Perdana Menteri dulu. Seolah-olah tiada yang baik yang Tun Razak dan Tun Hussein buat dulu. Tunku naik pentas PAS dalam PRK Pantai Merdeka.

 Apa Tunku buat dulu adalah satu tindakan prorakyat yang mahukan keadilan. Sekalipun dulu Mahathir tidak peka tentang keadilan, itu adalah kelemahannya dulu. Sekarang dia peka tentang keadilan yang diabaikan. Jika kelemahannya dulu tidak dikomen terbuka oleh Tun Hussein sebagai bekas PM. Itu adalah kelemahan Tun Hussein.

 Sekarang Mahathir peduli rakyat macam juga Tunku peduli rakyat. Apabila dia peduli rakyat dan negara, mungkin kita tidak suka dengan kaedah yang digunakannya dan apa dia nak jadi selepas itu, maka tidaklah wajar tindakannya itu diremahkan. Boleh dia tidak disokong tetapi jangan perleceh sikap dan tindakannya semata-mata kita geram padanya dulu.

 Kelemahannya dulu kita masukkan dalam sejarah, tetapi tidak boleh dinafikan sikapnya pada masa negara diambang keruntuhan ini dibakul sampahkan saja.

Satu teguran dan tindakannya terhadap Najib lebih berkesan dari tindakan 500 biasa yang mengecam Najib. Berjaya atau tidak Najib digugurkan hal yang lain. Serangan Tunku terhadap Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir dulupun tidak berjaya memenangkan PAS dalam PRK Pantai Merdeka. Tidak banyak juga yang Tunku dapat buat untuk menukar pimpinan masa itu.

 Tetapi jangan kata Tunku buat kerja sia-sia! Maka jangan juga kata Mahathir buat kerja sia-sia sekarang.

 Saya juga beranggapan menggantikan orang bukan menggantikan sistem seperti yang dipeloporinya sekarang. Tetapi keberanian, kesungguhannya untuk menggantikan kerajaan yang ranggi dan tidak peduli rakyat wajar dihargai. 

 Jika dia pedulikan dirinya saja sekarang, dia tidak buat kerja yang menghilangkan puluhan ribu elaun sebulan. Jika pedulikan keluarganya saja, dia tidak buat kerja yang menyebabkan anaknya terbuang dari Menteri Besar Kedah.

 Dia tahu dengan kegiatan anti Najibnya itu dia berkemungkinan tidak dipusarakan di Makam Pahlawan Masjid Negara nanti. Apa yang dibuatnya adalah sekali ganda kesannya dari apa yang pembangkang dan pengkritik Najib dapat buat selama ini.

 Tidak banyak kerugian bagi sekalian yang mengecam Najib, tetapi Mahathir rugi banyak. Selain dari hilang sebahagian pendapatan, dia dikecam dan dikutuk oleh Umno. Apa untungnya? Selain dari membela rakyat dan negara yang tertindas.

 Boleh dia tidak disokong tetapi mensia-siakan tindakannya amat tidak patut. – HARAKAHDAILY 25/6/2016

Komen al-Husseyn :

   Agak tersentak juga bila membaca tulisan Subky Latif kali ini. Nampak ada perbezaan pandangan dengan Hj Hadi yang sangat memihak dan membela PM Najib.

  Dan Subky seolah-olah menyindir seseorang pula bila dia tulis :

Jika dia pedulikan dirinya saja sekarang, dia tidak buat kerja yang menghilangkan puluhan ribu elaun sebulan. Jika pedulikan keluarganya saja, dia tidak buat kerja yang menyebabkan anaknya terbuang dari Menteri Besar Kedah.

Siapa yang makan cili, biarlah dia sendiri yang terasa pedasnya....
Comments
7 Comments

7 comments :

Anonymous said...

Pandangan yg bernas..

AIMAN said...

Husseyn, beza tulisan subky dengan anda ialah tulisan subky beradab. Tiada menggunakan bahasa yang biadap. Anda hanya menjauhkan pembaca atas pagar daripada menyokong ph.

Lan Jeniang said...

Macam cerita saidina umar sebelum keislamannya.

Anonymous said...

Subky ni sama dgn mahfuz omar. Mangga harumanis. Luar hijau dlm oren. Hahaha

Alhusseyn Alhusseyn said...

Saya hanya penulis blog. Subky seorang penulis pro dan berpengalaman. Walaupun saya dianggap biadab, itu hanya anggapan kamu yg diumpamakan termakan lada, maka terasalah pedasnya kan gitu? Apa yg peliknya ialah tulisan Subky kali ini amat berbeza dgn pendirian Hj Hadi yg dilihat membela Najib. Itu saja nak bagi tau!

Anonymous said...

Tidak kira saya setuju atau tidak setuju dan tidak kira saya faham atau tidak faham.Kalau itu yang diputuskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi, saya setuju dan bila ia diputuskan oleh PAS, saya patuh. Sebab saya ahli jemaah(PAS). Dari sedikit ilmu yang saya pelajari, ahli jemaah itu wajar patuh pada Amir dan wajar setia pada jemaah. Saya suka atau tidak suka, saya faham atau tidak faham, ia tidak mewajarkan saya membantah dan apa lagi ia tidak menghalalkan saya meninggalkan jemaah.

Biarlah orang kata saya bodoh dan gila. Biar saya bodoh macam (ikan)sepat tapi (ikan)sepat tak makan "pancing emas", daripada cerdik macam jerung, "pancing berkarat" pun ia makan...

- Subki Latif
Harakah
(25-27 Mac 2016)

Kahkahkah jerung cerdik tp mkn pancing karat...

Anonymous said...

Main dgn persepsi...yaaa politik itu art of perception...persepsi org melayu sekarang ni pan tu proksi dap...maka buatlah kerja untuk menang undi org melayu...melainkan pan nk bertanding hanya di kawasan cina maka silakan dgn politik seperti sekarang yg tiada ketegasan hanya jd pak turut dap...tegas skit baru org melayu percaya dgn pan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...