PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Saturday, June 25, 2016

Kafir Harbi dan Mufti Pahang

1. Mufti Pahang dinasihatkan bercermat dalam mengkategorikan orang bukan Islam dalam negara ini sebagai Kafir Harbi atas dasar mereka menentang Islam. Kenyataan umum demikian amat merbahaya dalam konteks pembinaan negara bangsa yang terdiri dari berbagai agama di Malaysia, apatah lagi diisyaratkan kepada parti politik tertentu. 

 2. Apakah yang didefinisikan sebagai alasan 'menentang Islam' sebelum Kafir Harbi dikategorikan? Apakah Sohibus Samahah Mufti Pahang mengandaikan memberi pandangan dalam konteks demokrasi dalam soal perundangan negara dan perlembagaan negara dalam hal pentadbiran Islam itu menentang Islam? 

 3. Mufti Pahang nampaknya keliru antara mengkritik isu pentadbiran Islam dengan menentang Islam, ia adalah dua perkara yang berbeza, malah kedudukan beliau sebagai mufti juga ditentukan oleh perundangan negara yang boleh dikritik dan dipertikaikan dari segi pentadbiran. Apakah Mufti menganggap dirinya yang ditentukan oleh pentadbiran sebagai 'suci' tidak boleh dikritik? 

 4. Mufti Pahang juga ketinggalan dalam fatwa terkini yang diterimapakai oleh dunia Islam bahawa pengkategorian hubungan Muslim dan bukan-Muslim dalam konteks kenegaraan atau Muwathanah ditentukan oleh prinsip kewarganegaraan atau kerakyatan yang diikat dengan undang-undang negara dalam memberi hak dan keadilan kepada semua warganya. Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan menyatakan hak mendapat keadilan undang-undang untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, keturunan, bangsa dan tempat lahir. 

 5. Dr Yusof Qaradhawi dalam bukunya Al Jihad dan lain-lain ulamak berwibawa menjelaskan bahawa tiada sebab wujudnya Kafir Harbi dan Kafir Zimmi kerana hubungan antara negara dan dalam negara ditentukan oleh kedaulatan undang-undang negara masing-masing dan terikat di bawah piagam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Kafir Harbi dan Zimmi hanya wujud atas sebab dunia dibahagikan atas geo-politik masa itu antara Darul Harb dan Darul Islam. Tiada Darul Islam atau Darul Harb hari ini dalam konteks hubungan resmi antara negara mahupun dalam negara. 

 6. Implikasi Kafir Harbi ialah dihalalkan darah mereka dan semua harta dan barangannya dirampas dan mereka boleh dihalau keluar. Apakah Mufti sedar kenyataannya itu? Melainkan IS dan kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda dan Taliban, seluruh dunia Islam menafikan pengkategorian Harbi atau Zimmi ke atas bukan Islam dalam negara masing-masing dan digantikan atas pendekatan prinsip kerakyatan. Apakah Mufti Pahang mempunyai pandangan yang sama dengan IS? 

 7. Saya menuntut Mufti Pahang menarik balik kenyataan Kafir Harbi dalam konteks negara Malaysia yang menerima pakai pendekatan Fiqh Muwathonah (kefahaman kerakyatan) sebagai asas hubungan berbagai agama di negara ini. Kenyataan Sohibus Samahah menggalakkan kebencian antara kaum dan amat bahaya kepada integrasi nasional yang dipupuk selama ini. Lebih membimbangkan ialah kerangka pemikiran sempit Mufti boleh membawa kepada menularnya fahaman ekstrimisma di kalangan umat Islam sedangkan beliau adalah penjawat awam negeri. 

 8. Saya menasihati Mufti Pahang mengemaskini bacaannya tentang konsep kepelbagaian dalam Islam dan hubungan Muslim dan Non Muslim dalam konsep kerakyatan yang telah dibentangkan dalam seminar NUNJI 15 (Nadwah Ulamak Lil Nahdhah Jadidah) oleh Parti Amanah Negara. Malah saya berbesar hati mengundang beliau untuk membentang konsep Kafir Harbi dalam perspektif negara agar orang ramai lebih mudah melusuri pemikiran Sohibus Samahah dalam menjalankan tugasnya sebagai Mufti Negeri yang tertakluk kepada pentadbiran agama Islam negeri.

 Sekian semoga Mufti Pahang menarik balik dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berbagai kaum di negara ini atas keterlanjuran kenyataannya tentang Kafir Harbi tanpa disiplin ilmu waqie (realiti) yang termaktub dalam kerangka negara bangsa Malaysia hari ini.

Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa 
Naib Presiden Parti Amanah Negara 
Ahli Parlimen Malaysia 
24 Julai 2016.
Comments
8 Comments

8 comments :

tok janggut said...

Aduhh!! sekali lagi mufti Pahang disekolahkn...

Anonymous said...

Orang mcm ni kita nk harap bela agama kahkahkah...banyak alasan dari usaha nk martabat agama kahkahkah...warna parti pon abg dia dap yg bg...nk harap parti mcm ni lain tahun laaaaa kahkahkah...kalu kita nk perkasa ruu355 tu di negara vietnam atau singapore mmg x masuk akal lah tp ni kita nk amend nk tambah baik undang2 islam yg sedia ada pun dibantah didalam negara majoriti umat islam...kita bukan nk haramkan arak pun...arak ng sye lim boleh minum lg jgn bimbang kerajaan kelantan tak haramkan arak untuk org bkn islam minum yb ng sue lim pergi yam seng nk celebrate pan menang di bandar kota bharu pun boleh jgn bimbang kahkakah...tp jgn pertikai undang2 nk perkasa mahkamah syariah...tp balaci dap pan ni dgn tak cerdiknya pi backup abg kesayangan dia...apa punya turrrrr la kahkahkah...esok lim kit siang cuba ko marah plak org islam sunat anak dia aku nk tengok reaksi pan mcm mana kahkahkah...nk tengok reaksi dan kelaku cik usin kita mcm mana kahkahkah...jgn tak jawab cik usin n balaci dap yg lain dlm pan tu kahkahkah...jgn ingat semua org bodoh wahai dap...kahkahkah

Anonymous said...

Satu lagi cik usin...cuba ko tanya mujahid tu brape sebenarnya kos kajian terowong di penang tu kahkahkah...sebab mujahid ni baik ngan Lim guang eng...tanya dia baik2 cik usin sebab nk tau jugak dap penang dah belajar ngan gerakan ke selok belok nk perabis duit rakyat kahkahkah...bnyk tu cik usin 300juta kepala bana pon bleh beli dgn duit bnyk tu kahkahkah...umno ngan dap sama2 buat kerja nk pelingkup harta rakyat kahkahkah

Anonymous said...

Mufti pahang tak tahu MCA dan gerakan juga menentang hudud kerana 2 parti ini geng umno..kalau nak tunjuk sokong umno baik masuk umno jadi ulamak umno dari menggunakan jawatan untuk mengeluarkan kenyataan yg berat sebelah dan tidak islamik..

tanya sama itu hud hud said...

Apa punya bengong la hustat walaun?
Duk kahkah apanya kalau bengong mcm hadi aldedaki jugak.
Fakta no 1,fitnah dap bagi warna parti kpd amanah,pastu dengan bengongnya duk kahkah.
Apa punya bengapa la..
Fakta no 2.akta ruu tu undang2 sekular untuk org islam.nak perkasa mahkamah syariah ka nak perkosa hukum syarak?
Kitab mana yg kata denda rm3000 kepada org berzina?pastu kononnya kita nak memandai nak beratkan lagi hukuman dgn menambah denda dan penjara atau rotan?
Hudud tidak boleh diubah atau ditambah.
Mengaji la sikit,jgn jadi bengong kononnya kita pandai berhujah.
Kahkah kepala bana apanya.
Kalau pandai sangat tlg bagi hujah dan fakta entry'hadi penipu bersiri'
Ada fakta,rakaman,video,kenyataan akhbar yg menyokong tuduhan hadi sebagai penipu besiri.
Kalau ada jawapan berfakta,bukti rakaman,video,kenyataan akhbar yg sebaliknya boleh la bagi pembaca2 menilai.
Bukannya duk kahkah mcm org bengong.
Salah satu sifat munafik adalah menipu.
Kalau hadi menipu,dia tetap munafik.boleh jadi pemimpin ka org mcm tu?
Sebagai renungan,hukuman syarak sekular untuk org islam ni,kita sebagai org islam wajib ka nak bersetuju?
Contoh,kalau berzina,tertangkap,kena denda rm3000 dan penjara sebulan.
Adakah dgn membayar denda rm3000 dan menjalani hukuman penjara sebulan,diakhirat kelak kita tak akan didakwa lagi atas kesalahan berzina tersebut??kan kita dah bayar denda dan kena penjara..
Kalau diakhirat,kena dakwa lagi atas kesalahan berzina tersebut,dimana keadilan dalam islam??
Dunia kena,akhirat kena lagi?
Pastu nak berbangga dgn ruu sekular utk org islam?
Pastu nak kahkah seumpama kita pandai berhujah tapi bengong pada hakikatnya?
Apa punya yaqpur sallam la hang ni wahai hustat walaun.
Bagi la ada teloq skit,letak nama.tak payah nak beranonymous

tanya sama itu hud hud said...

Tak payah nak sibuk pasal kos terowong la.
Yg membalak bersama ularmak yg hussam buat laporan bersama bukti2 kena sapu bawah karpet.
Duk sibuk hal org,kes gaji tertunggak tak bayar,mangsa banjir duk dalam khemah pun ramai lg,negeri kotor,dan pelbagai tuduhan tak terjawab pun.
Kes hadi pakai kereta baru 2 biji kononnya rasuah atas kes lobi projek pun buat diam.
Kalau tak betoi,saman la.
Coba PiS cabar amanah berdebat kes2 fitnah kalau berani..
Setau aku pemimpin PiS ni bacul2 belaka bila diajak berdebat.
Nik abduh,din ayam,khalil.menantu hadi,tu sekadar 3 nama bila diajak berdebat dan berhujah,lari tak cukup tanah.
Takat komen dlm blog berani la

Anonymous said...

Ni je ulasan bodoh kau,org cerita lain kau masuk bab lain.bodoh bertingkek tingkek walakontol ni..

Anonymous said...

Kahkahkah...gurkha dah marah kahkahkah...ko dah fitnah tu hud hud aku profesional bkn ustad la kahkahkah...jgn emosi sgt nampak ko tu guna emosi je taknak trima kenyataan yg pan ko tu tak membantu ph pon baru ni melayu tak sokong kahkahkah...senang je hujah ko ye hud hud bila kena tang penang je trus nk emosi nk sapu bawah karpet kahkahkah...kalo perintah malaysia org mcm ko ni lingkup la negara kahkahkah...gurkha marah arrrrr kahkahkah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...