PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Saturday, June 25, 2016

Kafir Harbi : Kenapa Polis tidak ambil tindakan?


 Mengapakah sehingga kini pihak PDRM tidak memanggil Mufti Pahang, Abdul Rahman Osman untuk disoal siasat mengenai kenyataannya yang sangat tidak bertanggungjawab dan boleh membawa kepada keganasan?

 Kenyataan mufti tersebut bahawa bekerjasama dengan DAP, "kafir harbi" dan orang-orang kafir yang lain adalah "dosa besar" boleh mengundang keganasan kerana membayangkan bahawa darah orang DAP dan mereka yang bekerjasama dengan DAP adalah halal atau boleh dibunuh.

  Kenyataan beliau lebih bersifat politik daripada agama. Inilah masalahnya apabila ulama mengelirukan diri mereka dan menyeberangi garis politik dengan menggunakan agama.

  Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Haron Din mengeluarkan kenyataan bahawa  DAP adalah musuh Islam.

  Haron Din menuduh Tun Dr. Mahathir Moha­mad telah menggadaikan prinsipnya sendiri apabila bersekongkol dengan DAP yang nyata menjadi musuh Islam.

“Bersahabat baik dengan musuh Islam, kita akan jadi seperti mereka juga. Baca di sini

  Mufti Pahang pula jadi batu api, cakap "DAP Kafir Harbi"!  Tidakkah ini akan membawa kepada pemikiran yang merumuskan - Bersahabat dengan DAP maka akan jadilah seperti mereka iaitu kafir harbi, yakni halal darahnya, boleh dibunuh??

 Sebelum ini, Presiden Pas, Hj Hadi juga mengeluarkan kenyataan yang juga boleh mengancam keselamatan orang ramai, terutamanya mereka yang telah keluar dari parti Pas.

 "Orang yg khianat dgn perjuangan tak ada pilihan; samada dia balik, atau dia dihapuskan; dia bertaubat!" Katanya . Lihat rakaman VDOnya di sini 

Tidakkah kenyataan-kenyataan mereka ini boleh dianggap sebagai menghasut atau mengancam? 

 Mereka merangsang kepada 'pembunuhan dan pertumpahan darah yang berleluasa. Ini adalah satu ancaman kepada keselamatan orang ramai.

 Abdul Rahman, Haron Din, Haji Hadi perlu bersedia untuk bertanggungjawab jika belaku sebarang kejadian yang tidak diingini menimpa pemimpin DAP dan juga mereka yang bekerjasama dengan DAP, berikutan kenyataan mereka itu.

  Dan juga termasuk PDRM, kerana enggan bertindak keatas mereka itu.

 Adalah suatu yang melucukan apabila pihak polis begitu cepat mengambil tindakan ke atas Rafizi Ramli kerana dalam satu ceramahnya di Kuala Kangsar ketika kempen PRK lalu dipetik berkata “mahu membaling bom atom” kepada perdana menteri.

“Kami akan memanggil Rafizi untuk mengambil keterangannya dalam tempoh terdekat. Walaupun dia kata bergurau, tetapi ini adalah satu ugutan,” kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi.

  Adakah kenyataan  mereka semua itu bukan menggugat keselamatan orang ramai?
Comments
9 Comments

9 comments :

Anonymous said...

Mereka ni ejen provikasi. Pemimpin pembangkang jangan cepat melatah. Ingat operasi Lalang. Yang provoke lepas...yang melatah kena tangkap. Kalau tgk sejarah provoke bab agama ni, HADI lah championnya...kenapa dia tak pernah kena tangkap. Mesti ada udang di sebalik mee... Fikir-fikirkanlah...siapakah mereka sebenarnya..? apakah tugas mereka disusup masuk ke dalam pembangkang...? Sebagai pemecah.. dan menghuru-harakan pembangkang.? Allah sahaja yang Maha Mengetahui..

Anonymous said...

Dua istilah terpakai,satu menghasut dan satu lagi melawak. Terpulang dimana fahaman anda.

Anonymous said...

Hadi lebai upahan umno..

Anonymous said...

Nak tangkap camna SiTua ni kan spesis Melayu Keturunan Umngok.lagi pun PDRM kan Berkawan Baik dengan Banyak Kepala Cina Kapir Harbi

Anonymous said...

Cuba lihat bentuk mulut 3 ekor ni.. mcm mulut longkaaaaang...

Anonymous said...

Bukan zimmi, bukan harbi, tp kafir 'ahada.
Mcm ahlul kitab di Madinah zaman Nabi saw, mcm puak puak yg ada perjanjian damai dgn Nabi saw sekitar Madinah.
Konteks Malaysia, sama sama kongsi kuasa, sama sama terikat dgn undang undang Negara.

Anonymous said...

..betul tu..musuh dalam selimut inilah yg kita patut tahu...

Anonymous said...

alijing Dap sdg menyalak musuh tuannya

Anonymous said...

Mana dia pergi sifat SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH, FATANAH. Nak berdakwah apa mende. Kalau kerjanya nk kafirkan orang lain. Kita tak minta dilahirkan dalam agama Islam, tapi bersyukurlah kerana kita dipilih. Mereka tidak minta dilahirkan kafir. Tapi takdir mereka sudah begitu. Dakwah tak buat, maki hamun je kerjanya...sikit2 kafir harbi, sikit2 anjing DAP. Kerjanya nampak salah orang lain aje. Inilah golongan yang merasakan orang lain tidak akan dapat hidayah selain mereka.
Kena ingat Allah boleh hina dan muliakan makhluknya sekelip mata aje. Jangan duk hina orang lain...Nak tanya sikit la...tuan tahu ker...pengakhiran tuan camana... Kalau tak tahu...duk diam2. Jangan walak tak bertempat...Kejadian Allah takde yang sia2. Kenapa ada orang Islam dan bukan Islam. Buatlah kerja...tunjuk akhlak, kecantikan yang ada Islam, bukannya menjauhkan mereka dari Islam. Allah tanya nanti, tuan nak jawab apa...tuan jawab je lah saya tahu kafirkan orang je...dakwah saya tak pandai. Tuan fikirlh sendiri...Orang bukan Islam...dia tak tahu..kita kena beritahu... kalau dah kerjanya duk maki hamun, macamana nak bagitahu. Bijaksana lah sikit...jangan pakai kepala lutut dan siku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...