GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, June 13, 2016

Kalah dipilih YDP Kapar ... Inikan pula nak jadi ahli parlimen?

 Pelik bagaimana Pas boleh memilih Dr Abd Rani menjadi calon mereka di Sungai Besar. Kepelikan ini telah dibangkitkan sendiri oleh pihak Dewan Ulama Pas Selangor yang mempersoalkan pemilihan Dr Abd Rani sebagai calon.

 Dr Abd Rani pernah menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor tetapi telah disingkirkan oleh Hj Hadi dan digantikan oleh Iskandar Samad.

 Penyingkiran tersebut tentulah ada sebab tertentu yang Hj Hadi sahaja yang mengetahuinya. Pesuruhjaya negeri adalah bidang kuasa presiden untuk menentukannya. Ikut budibicara presiden.

 Dalam pemilihan jawatan parti sebelum menjelang muktamar 61 lalu, Dr Rani selaku YDP Pas Kapar dan orang-nya telah tersingkir.Bayangkanlah seorang yang berstatus YB boleh tersingkir dari jawatan YDP yang disandangnya!

 Dari seorang Pesuruhjaya negeri Selangor, YDP Kawasan Kapar, jawatan Dr Rani dalam parti Pas sekarang ini hanyalah sebagai Pemeriksa Kira-Kira sahaja!

 Tiba-tiba Dr Rani dilantik menjadi calon Sungai Besar! Patutlah Dewan Ulama Pas Selangor sendiri membantahnya!

 Macamana Ulama tak marah, mereka telah merancang dan berjaya menyingkirkan Dr Rani dari jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas. 

 Mereka telah berjaya menyingkirkan Dr Rani dari jawatannya sebagai YDP Kawasan Kapar. 

  Mereka juga telah berjaya menjadikannya sebagai Pemeriksa Kira-Kira yang hanya muncul setahun sekali…..tiba-tiba diangkat jadi calon! 

  Kemungkinan besar Dewan Ulama Selangor bimbang Dr Rani akan berpaling tadah bila dia menang nanti, lari bersama kerusi ….??

 Tidak mungkin perkara demikian akan berlaku. Pas sudah tentu telah mengikatnya dengan sumpah talak.

  Langkah yang paling baik ialah, jangan berikan undi kepada Dr Rani. Pas lantik Rani jadi calon semata-mata mahu memancing undi kaum China. Lagi pula mereka tidak yakin Rani akan beroleh kemenangan di PRK Sungai Besar nanti.

 Bayangkanlah, dalam partinya sendiri dia kalah untuk mempertahankan jawatan YDP Kapar ... inikan pula nak suruh rakyat pilih dia jadi ahli parlimen?
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Tidak ada yang pelik dalam PAS sekarang kerana barisan pimpinan ulamak maksum dan mendapat mimpi yang sahih.

Anonymous said...

Adat pertandingan biasalah.
Tapi kalah yang macamana? Adakah dia di perlekehkan oleh pihak lawan? Atau dia sudah lemah dan pihak lawan terlalu bagus? Sehingga dia dikalahkan kerana dia akan mengagalkan perancangan parti, adakah begitu?

Atau bukan pilihan hati Lebai-Lebai?


Kalau ada bodoh sombong.. bodoh sabar pun ado

Anonymous said...

ok la gak..ada gak la pengalamn bertnding dlm parti n utk rkyt..x mcm parti oren asal imayam jawtn dlm parti lebih dr ahli..bole petik je sama nk.nk2 plak dap bg jwtn siapa salakn dia terkuat

Anonymous said...

Lagi pun tak ada lagi orang2 berkaliber dlm PAS.dah lari ke Amanah.Yg ada sekarang kurang pandai

Anonymous said...

Logik jugak tu. Mungkin letak calon yg tak boleh menang utk menangkan BN. ...dah serumah laa katakan.. tak gitu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...