PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Monday, June 06, 2016

Keluar Pas bukan keluar Islam, tegas Ustaz Ghani


   Kepelbagaian parti politik atas nama Islam boleh diterima kerana perjuangan tidak semestinya khusus pada parti berjenama Islam semata-mata, tegas Timbalan Penasihat Umum Amanah, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin.

 Menurutnya, Pas hanya salah satu daripada pelbagai jemaah Muslimin di negara ini dan tidak bererti keluar dari Islam sekiranya meninggalkan parti itu.

 "Berlapang dadalah kerana kepelbagaian ini satu perkara sihat selagi jelas tidak lari daripada perjuangan bersekongkol dengan pemerintah zalim," ujarnya ketika ditemui sempena penamaan calon PRK Sungai Besar semalam.

 Mengulas lanjut dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya tidak taat pada Pas seperti hilang akidah pada ucapan penggulungan di muktamar parti itu baru-baru ini, beliau berkata, kenyataan itu jelas melampau dan membahayakan pemikiran umat.

 "Menganggap parti seumpama akidah tidak harus berlaku. Ulamak termasuk Yusuff Al Qaradhawi pun menegaskan Islam menerima kepelbagaian parti," jelasnya yang juga Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura).

Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
  Ditanya tentang pemilihan Ustaz Azhar Ab Shukur sebagai calon bertanding di Parlimen Sungai Besar, beliau berkata, keputusan Amanah meletakkan tokoh usahawan itu lambang perpaduan blok pembangkang melalui Pakatan Harapan. 

 "Amanah didukungi PKR dan DAP serius untuk mengambil tempat (pemerintahan) dari BN yang terlalu lama berkuasa tapi menyeksa rakyat.

 "Lebih menarik apabila kehadiran calon kita lebih 'segar' dan belum ada bebanan tugas lain berbanding calon BN dan Pas.

 "Kedua-dua calon dari parti itu sudah cukup tanggungjawab dan tidak perlu dibebankan dengan tugas lain," tambahnya lagi.

 Untuk rekod, seramai 42,655 pemilih berdaftar bakal membuang undi pada PRK Sungai Besar, 18 Jun ini. ~ SUMBER
Comments
10 Comments

10 comments :

Mat Safian said...

Majlis Fatwa kena buat fatwa, "Individu yang membuat kenyataan keluar parti bermaksud keluar Islam dianggap jatuh aqidah dan wajib bertaubat."

Kalau Majlis Fatwa tak mau buat, harap Ustaz Abd Ghani dan Ustaz Ahmad Awang dpt keluarkan fatwa.

Anonymous said...

Ada sekor ust mulut hodoh mcm adi dedak, panggil presiden amanah mat sabun cuba panggil kau Dollah Kari, bg ceramah jerit2 mcm anj... lps tu bersekongkol dgn yg menghalalkan kemungkaran, Dollah Kari ni ust ahlil Nuraka Jahan..

Anonymous said...

Keluar pas bkn keluar Islam...husam ok je kena pecat tak keluar Islam...cuma musykil pakar strategi amanah cikgu rahim kata ada 10 org nk keluar pas...takde lagi stakat ni cikgu rahim...kahkahkahkahkah

Anonymous said...

Dulu hadi kafirkan umno dan sekarang mereka nk jadi "kafir" bila bergabung dgn umno..umno pun tak bodoh utk terima pas..sebenarnya umno mempergunakan pas sbb pas dipimpin oleh manusia2 bodoh dan tolol.

Anonymous said...

Masa buat amanat politik suku agama suku, Almarhum TGNA terima sebab ada kebenarannya. Tapi yang pasal akidah kali ini, rase nya Almarhum TGNA pasti akan berkerut muka dia.

Dah macam ini punya menyimpang jauh yang pegang jawatan dalam parti boleh buat bodoh.

Anonymous said...

Mereka yang keluar meninggalkan PAS lebih kuat dan lebih yakin pada akidah mereka dari mereka yang masih bersama PAS.

Rukun yang mana satu yang menyebabkan Hj Hadi kata keluar akidah?

tanya sama itu hud hud said...

Abdullah khairi jual agama utk keuntungan yg sedikit..
Dah berketuakan jebon,pengikut akan jadi tolol,.
Baru lengkap organisasi sarkas

Anonymous said...

Mereka melihat kebenaran dari sudut dunia (politik) bukan dari sudut agama. Mereka pulak yang pakai politik suku, agama suku.

Kalau benar Islam nya dan yakin pada janji Allah swt, mereka tidak akan mengelirukan diri mereka dengan berbagai-bagai alasan. Orang UMNO lain. Mereka dah berpuluh tahun dengan hidup cara begini.

Mustahil tidak ada sepintas lalu di hati mereka atau sejenak waktu tiba tiba mereka terhenti seketika dan bertanya diri mereka adakah mereka dipihak yang benar atau di pihak yang zalim?

Jika saat ini dibiarkan berlalu, lama kelamaan mereka akan jadi seperti orang UMNO yang menerima ini lah cara hidup yang sebaik-baiknya.

Oleh itu sepatutnya bukan 10 tetapi 100 yang memegang jawatan meninggalkan PAS.

Anonymous said...

Dollah khairi ni ustaz mee segera. Dulu dia cikgu fizik. Dok bercampor dgn lebai paschai. Tu yg rosak habih. Depa ingat bila masuk paschai maka sebelah kaki dlm syurga. Lihat hadi awe. Dulu berdentum kafir dan taghutkan umnok. Now nyum nyum nk pakat dgn umnok. Tk serang umnok dah. Hanya nasihat. Bajet najib pon berkecuali w.pon byk mungkar termasuk gst n 1mdb. Olamak paschai dah jadi bodoh n tolol n sarkas. Kahkahkah

Anonymous said...

Dollah khairi ni ustaz mee segera. Dulu dia cikgu fizik. Dok bercampor dgn lebai paschai. Tu yg rosak habih. Depa ingat bila masuk paschai maka sebelah kaki dlm syurga. Lihat hadi awe. Dulu berdentum kafir dan taghutkan umnok. Now nyum nyum nk pakat dgn umnok. Tk serang umnok dah. Hanya nasihat. Bajet najib pon berkecuali w.pon byk mungkar termasuk gst n 1mdb. Olamak paschai dah jadi bodoh n tolol n sarkas. Kahkahkah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...