Thursday, June 09, 2016

Kempen Pilihanraya Sungai Besar dan Kuala Kangsar semakin ganas


  Suasana kempen pilihanraya kecil di dua kawasan Sungai Besar dan Kuala Kangsar nampaknya menjadi semakin panas bila mana telah berlaku beberapa insiden ganas yang mencemaskan.

  Tiga billboard besar yang dipasang di tengah pekan Sekinchan telah menjadi punca kemarahan kepada penyokong parti BN. Mereka mendakwa, billboard yang dipasang di pekan Sekinchan itu memprovok perkauman.

 Mereka telah berkumpul beramai dan mula bertindak liar mahu merobohkan billboard tersebut.
 

 Datuk Jamal terlalu berang bila melihatkan poster besar pada bilboard dengan kapsyen Panggil Cina Babi Tidak Salah.

  Datuk Jamal berkeras tidak mengaku yang dia pernah mengungkapkan perkataan tersebut lalu mengancam mahu melanggar bilboard tersebut dengan keretanya.
 

  Melihatkan keadaan yang semakin diluar kawalan, penyokong Pakatan Harapan terpaksa mengalah lalu menanggalkan gambar pada dua billboard yang mempamerkan gambar Hj Hadi dan PM Najib, juga yang mempamerkan gambar Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Ikan Bakar.

 Penyokong BN bersorakan dan mengejek-ejek sewaktu kerja-kerja menanggalkan gambar-gambar tersebut sedang dilakukan.


  Penyokong Amanah membiarkan sahaja bilboard yang mempamerkan karikatur mengenai GST. Namun penyokong BN terus mengganas dan mendesak supaya bilboard tersebut juga turut ditanggalkan.

   Ini telah menimbulkan bantahan oleh bekas exco DAP Selangor, Ronnie Liu dan mencetuskan perbalahn perang mulut dengan ketua MCA Sungai Besar, Kek Seng Hooi.

 Gambar tersebut akhirnya ditanggalkan oleh petugas SPR menyebabkan Liu tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan tersebut.
 

  Sementara di Kuala Kangsar, ceramah Pakatan Harapan di Taman seri Emas telah diganggu oleh sekumpulan samseng yang dipercayai diupah oleh parti lawan. Ketika kejadian berlaku, YB Sivakumar sedang menyampaikan ucapannya.


  Samseng-samseng Melayu tersebut dengan biadab telah cuba memusnahkan P.A sistem.Majlis ceramah terpaksa dihentikan seketika hingga reda dengan bantuan pihak polis.

  Ternyata samseng-samseng upahan dapat menambah habuan dedak yang lebih lumayan di bulan puasa kali ini...Hidup Melayu!!!
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Memang dia tak cakap tapi dalam video menunjukkan peserta yang kata. Siap jerit-jerit. Dia ketua dia bertanggung jawab. Ada dia minta maaf bagi pihak peserta yang kata cina babi. Ada dia kata menyesal dan menafikan sebelum ini.

Anonymous said...

Ini satu pengalaman.

Lain kali bertahan selama yang boleh. Lepas itu jangan kita yang tanggalkan, biarkan ... belah je...dia orang nak biarkan dia orang yang tinggalkan atau robohkan.

Tapi masa pasang ambil gambar dan hantarkan maklumat kepada wartawan.

Anonymous said...

Telor tak cukup keras lagi PAN ni..jentera parti org2 baru tunggulah pru14 ni cukup mtgnye...yg DAP pun bengap beno tengok la sikit sensitiviti setempat....mujur khalid samad bijak bersilat...

Anonymous said...

Media massa umno/BN dok provoke siapa nak tanggalkan?

Anonymous said...

celakalah amno..sekali lagi celakalah celaka amno!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...