Tuesday, June 07, 2016

Idris Ahmad tak berani sebut PKR sokong Amanah menguntungkan BN?

   Ust. Idris Ahmad kata, Parti Amanah Negara (Amanah) yang disokong DAP untuk bertanding di dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).

 Bagaimana pula dengan sokongan PKR terhadap Amanah? Kenapa dia tak berani nak sebut PKR sokong  Amanah menguntungkan BN? 

  Tidak mungkin mamat ni tak tahu yang Dr Wan Azizah dan Nurul Izzah turut hadhir pada penamaan colon di Sungai Besar?

Juga Azmin Ali yang siap mendakap erat Presiden Amanah, Mat Sabu sebagai menunjukan sokongannya?

Tengok gambar tu betul-betul.... itu bukan gambar Hj Hadi berpelukan dengan Ibrahim Ali Perkasa tau!

  Sementara itu pula Rafizi Ramli hadir di penamaan calon Kuala Kangsar memberi sokongan kepada calon Amanah yang bertanding di situ.

Amanah bertanding sebagai mewakili Pakatan Harapan
  Amanah bertanding bukan hanya disokong oleh DAP, malah oleh PKR. Amanah bertanding sebagai mewakili Pakatan Harapan yang bergabung didalamnya DAP, PKR dan Amanah.

 Naib Presiden PAS itu kata serangan dan kritikan DAP dan Amanah terhadap PAS ketika ini juga jelas menunjukkan mereka sedang ‘membantu’ BN untuk mencapai kemenangan di dua PRK itu pada 18 Jun ini.

 Dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini, Pakatan Harapan bukan sahaja berhadapan dengan Umno, malah dengan Pas.

 Pakatan Harapan mempunyai matlamat dan agenda iaitu menentang Umno/BN. dan mana-mana parti yang mesra Umno/BN.

  Pas telah mengambil sikap yang lunak dan mesra terhadap Umno tapi menngaku mahu lawan Umno? Ada akai ker?

 Pada 16 April lalu, presiden Pas telah membuat kenyataan bahawa PAS tidak lagi mengambil pendekatan tegang dengan UMNO kerana mengambil konsep Al-Quran iaitu bertolong-menolong dalam perkara baik dan tidak membantu dalam perkara yang buruk. Perubahan pendirian ini merupakan pusingan 180 darjah setelah ‘Amanat Haji Hadi’ yang mengkafirkan tiga juta ahli UMNO.
 

   Apakah mamat ni mahu Amanah mengikut jejak kelaku Pas yang berbaik-baik dengan Umno? Tetapi pada masa yang sama mengaku nak lawan Umno? Jangan nak cuba kelirukan rakyat. Ngaku sahajalah jadi Hang Setia khadam Umno.Pas adalah merupakan celupan Umno.

  “Kita sokong parti AMANAH sebagai rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan. Apa salahnya kalau kita (DAP) sokong calon parti AMANAH.DAP dan AMANAH mempunyai matlamat dan agenda sama, iaitu menentang BN."kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

  Mamat ni juga berkata, Amanah ni lemah tetapi di mana ada PAS bertanding, mereka pun bertanding sama. Tindakan meletakkan calon juga seolah-olah memberi ‘tongkat’ kepada BN.....

  Tolong bagi ingat kat mamat ni, Pas yang selama ini ngaku kuat bila bersendirian, menganggap Amanah sebagai parti nyamuk hinggakan diajak berunding pun tidak dilayan... tiba-tiba mahu Amanah jangan bertanding melawannya?

   Tolong pesan kat mamat ni, kalau Pas benar-benar mahu lawan Umno, apasal siang malam kerja Pas memaki hamun DAP dan Amanah? Pas berhenti maki Umno dan jadi khadam Umno memaki DAP dan Amanah.

   Semasa penamaan calon di Kuala Kangsar, ada kawan yang menceritakan bagaimana Pas mempamirkan akhlak politik matang yang kononnya memperjuangkan Islam :
Alhamdulillah..di Hari pencalonan di Kuala Kangsar.. Allah Zahirkan kita wajah2 buruk akhlak agamawan yg mempergunakan agama.. 

pertama Abdullah Khairi , terkinja2 terjerit2 memaki Mat Sabu dengan gelaran Mat Sabun berulang kali.. Sedangkan Mat Sabu tidak ada di Kuala Kangsar pun.. Mat Sabu di Sungai Besar.. begitu lah dendam nya mereka.. bukan menyerang UMNO dan Najib..sasaran mereka Mar Sabu... kalau yg buat mcm ni orang biasa takde lah buruk mana..tapi ia dilakukan org yg dikatakan agamawan...
 kedua bagaimana Ketua Dewan Ulama PAS, Ostad Siddeq Noor, bukan sahaja tidak mampu berhadapan dan hanya tunduk bila didatangi pemimpin Amanah, tapi angkuh tidak mahu menjawab salam yg diberikan.. ostad2 ni selalu bercakap besar depan para pengikut.. tapi tidak mampu berhadapan dan berhujjah..
 Inilah Wajah wajah Takfiri.. dan inilah bibit2 Khawarij...- Ipoh Mali  
Comments
9 Comments

9 comments :

tanya sama itu hud hud said...

Abdullah khairi ni jenis bacul bila diajak berdebat gak,tapi nak tunjuk jantan depan walaun jebon..
Awat la hg bahalol sgt hostat oii..
Nama dia mohamad.sabu nama bapak dia.
Yg hg buat lawak/bg gelaran jelek atas nama org yg dah mati tu kitab shiah hadi marang ka yg ajar??
Tak paham aku parti agama sarkas memuja2 org mcm hostat ni yg konon bijak pandai agama

Anonymous said...

Lebai malang pas mana reti berhujah. Diorang cuma reti lepaskan amarah dlm FB jer. Ajak berdebat?.. ermm mimpi laaa.

tulangkering said...

Saya dan orang melayu sangat bimbang sekiranya PH menang PRU14...yg dominan adalah DAP...walau macam mana buruk nya kelaku UMNO...masih ada bau melayu dan islam nya ...macam mana dengan DAP..LGE...LKS..yaallah selamat kan lah negara kami dari di kuasai oleh pakatan harapan...

Anonymous said...

Waalaikummussam utk sidek norn..k, dollah karipap n walaun2..

Anonymous said...

Sy rela Najib and the gang songlap habis kekayaan negara sebab dia melayu Islam. Tak tau nak kata apa dah....

Hidup Najib! said...

Bau apabendenya...rembat billion2,ketirisan billion2,gst,kos sara hidup yg tak terkawal,pemborosan billion,kronisme,salah gunakuasa,bla..bla..bla

Anonymous said...

Sampai kering tulang kau di hisap hantu-hantu raya UMNO... dengan som-som dalam tulang kau pun di sedut ...

Kalau setakat bau je ... belum tentu melayu nya ...Islam nya...

Durian yang tak boleh dimakan pun bau wangi...

Anonymous said...

Mungkin ada yg tak faham makna takfiri & khawarij...bahasa paling mudah adalah munafik...hadi adalah ketua pertubuhan angkatan munafik sedunia (pas).

Anonymous said...

Umno dah berjaya serap fahaman nya kedlm kepala hotak kau...pemimpin2 kau dah kena brain wash dgn BTN sampai semua dah jadi biol dan mereng.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...