Monday, June 27, 2016

Kenapa Polis dan Jabatan Agama tidak berrtindak kepada extremis agama?

Telah dilaporkan, ugutan keganasan melalui video dari seberang laut oleh seorang pengganas IS anak tempatan kepada Polis Bukit Aman, dengan mengeluarkan arahan kepada penyokong-penyokongnya supaya menggunakan apa cara sekalipun untuk membunuh orang-orang kafir.

 "Bunuhlah mereka di mana sahaja kalian ketemu mereka... Kalian punyai kenderaan langgarlah mereka...

 "Kalian punyai senjata atau pisau kecil, tikamlah dada-dada mereka," katanya, sambil menambah bahawa dia dan rakan-rakannya di Syria akan memberi mereka sokongan dari jauh.

  Sekoyong itu pula, Mufti Pahang mengisytiharkan bahawa DAP Kafir Harbi , yang perlu ditentang!

   Tidakkah tindakan sang Mufti itu memberikan persepsi seolah-olah dia mahu memberitahu IS dan orang lain, kalau kamu nak bunuh orang kafir, bunuhlah orang-orang DAP kerana mereka adalah Kafir Harbi, yakni mereka halal dibunuh!

  Tetapi polis dilihat memandang sepi dengan persepsi sebegini. Adakah polis mahu tunggu sehingga berlakunya insiden pembunuhan baru mahu bertindak?

  Sebelum ini juga , pihak berkuasa polis dan Jabatan Agama tidak bertindak apa-apa bila ada seorang 'ulama' dari sebuah negeri di utara tanahair yang "menghalalkan darah "orang yang keluar dari partinya dan menubuhkan parti Islam lain.

  Beliau yang hampir 30 tahun pernah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Baling telah dilaporkan menggesa pimpinan agar segera bertindak terhadap semua anasir di dalam jamaah dan akuinya pernah menyampaikan perkara tersebut kepada pimpinan.

 “Jangan bela, jangan beri layanan langsung kepada puak-puak baru timbul ini sama ada PasMa, G18, kena pisah hapus jangan bagi sempat tumbuh.

 “Dalam hadis riwayat Muslim ada kata, “Barangsiapa yang datang kepada kalian sedang urusan kalian berada di tangan seorang lelaki (pemimpin), lalu dia hendak memecah belah ikatan kesatuan dan mencerai beraikan jamaah kalian, maka bunuhlah dia”.

 “Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga. Dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, Nabi suruh bunuh, jangan taruh.

“Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak. Ini hadis sahih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu. Tapi orang tak percaya hadis dan Quran payah kira. Orang ni tak sah untuk lantik pimpinan,” tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an-Nisa’.Sila rujuk di sini.

  Nampaknya ahli PAS yang menjadi penasihat kepada Umno juga kebal dari tindakan  apabila membuat kenyataan bahawa halal darah terhadap lawan mereka dengan ungkapan "Mereka perlu bertaubat atau dihapuskan". Klik vdonya di sini

  Kenyataan-kenyataan yang telah dikeluarkan oleh kalangan mereka yang mengaku sebagai ulama telah membuat ugutan dan menghasut keselamatan namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa polis.

 Kerajaan perlu serius menangani isu extremis agama yang berada didepan mata.

 Jangan tunggu insiden yang tidak diingini berlaku baru kelam kabut mahu bertindak. 
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...