PENANG

PENANG
TABUNG BANJIR PENANG

Tuesday, June 21, 2016

Kenapa sahabat-sahabat saya berada di dalam PAS ...

  Ada hikmahnya berlaku perpecahan di antara AMANAH dan PAS kepada diri saya. Kalau dulu-dulu, saya cuma hanya akan percaya berita daripada harakahdaily atau surat khabar Harakah dan menolak surat khabar lain. Lepas tu, saya cuma hanya akan mendengar dari satu sumber iaitu ceramah-ceramah pimpinan PAS dan apa-apa yang dikongsikan di dalam usrah dan tamrin semata-mata.

 Tetapi bila saya melalui proses PhD saya, meskipun ia bersifat teknikal dan saintifik, ada sahaja pendapat yang berbeza dalam pembacaan saya. Sehinggakan penemuan saya sendiri bercanggah dengan beberapa laporan saintifk dari jurnal lain yang terpaksa saya cari justifikasi kenapa perkara ini berlaku, namun Alhamdulillah dapat saya 'defend' semasa sesi viva saya.

Apabila saya refleksi diri, saya sedar bahawa, hatta perkara saintifik dan teknikal yang sangat 'clear' pun para saintis boleh bercanggah pendapat, apatah lagi perkara yang bersifat abstrak. Maka saya terpaksa pula membaca, menganalisa, dan menggunakan kemahiran berfikir untuk mengetahui dengan lebih lanjut dalam membuat sesuatu keputusan.

 Kini, bukan sahaja isu yang bersandarkan perkara politik yang memerlukan saya tabayyun, tetapi apa sahaja isu yang berlegar, memerlukan saya membuat analisa dan kemudian memilih apa yang saya rasa betul (tetapi tidak semestinya betul pada orang lain). 

 Dan saya sendiri belajar untuk menerima bahawa, apa yang saya pilih tak semestinya dipilih oleh orang lain, bahkan saya meraikan apa yang mereka pilih kerana itu adalah pilihan mereka. 

  Saya sedar contohnya, kenapa sesetengah orang masih memilih UMNO atau BN kerana cara pemikiran mereka berbeza dengan saya. 

  Saya sedar kenapa sahabat-sahabat saya berada di dalam PAS dan bentuk fikrah mereka yang mendorong mereka berada di dalam PAS. 

  Saya sedar kenapa sesetengah orang memilih aliran salafi dan ada yang memilih aliran khalaf. 

  Saya sedar kenapa Imam Syafie berbeza dengan Imam Hanafi, Hambali dan Maliki. 

  Saya sendiri nampak pola pemikiran yang berbeza antara sahabat-sahabat yang graduan timur tengah (yang majoritinya di sana ramai Muslim) dan balik dari negara Barat (yang muslimnya hanya minoriti), dan mereka yang tidak berkelapangan lagi untuk ke luar negara dan melihat masyarakat lain. 

   Hatta saya sendiri nampak pola pemikiran yang berbeza sekiranya mereka itu dari United Kingdom & Ireland tetapi graduan dari London, Manchester atau Dublin. 

  Maka saya raikan mereka sebaiknya kerana latarbelakang kita yang berbeza.

 Pokoknya, setiap keputusan yang kita ambil, perlu kita buat analisa daripada pelbagai sudut. Dan selepas itu kita memohon doa dan keampunan dari Allah SWT supaya pilihan kita diredhaiNya. Banyak jalan menuju Allah SWT, itu yang saya belajar dan sedar.

 Apapun, perkara yang perlu diajar pada setiap orang ialah kemahiran berfikir secara kritikal. Kita tak boleh buat keputusan berdasarkan emosi kita semata-mata. Pandang sisi kita pastinya berbeza namun sekiranya kita menggunakan aqal yang dikurniakan Allah SWT, di situ akan ada titik pertemuan antara kita semua, mencari redha Allah SWT.

 Seri Iskandar 20 Jun 2016
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

Nk usul undang2 perkasa mahkamah syariah pon dap bangkang...pan ada telur ke nk marah dap kahkahkah...jd pencacai dap la ko pan sampai bungkus...ni pon dap dah ura2 nk sepak punggung pan sebab tak boleh nk tarik undi melayu kahkahkah...nama je melayu tp bodoh tak bleh nk harap katanya Tn guru lim kit siang...kahkahkah...pendokong pan jgn lupa usrah mingguan dirumah tn guru lim kit siang...penceramah jemputan minggu ini syeikh lim guang eng...majlis,bermula selepas berbuka puasa bersama syeikh lim guang eng(berbuka bersama LGE ni kira,martabat tinggi...senyum melayu islam penang kahkahkah) lim guang eng tibai RUU355 lepas tu berbuka bersama org kampung itu dah kira LGE rapat dgn islam...kahkahkahkah...baik sungguh kelaku LGE...pan oh pan...kahkahk a h

Anonymous said...

Apa yg pas boleh buat utk tingkatkan kesejahteraan sbgn besar rakyat Msia yg menderita akibat polisi kerajaan najib? Selain mengutuk org mcm kamu buat...

Anonymous said...

Hadi pemimpin songsang dan u-turn..hari ni ckp lain esok ckp lain pulak..semua keputusan berdasarkan apa yg ada dlm kepala hotak dia saja tanpa bincang dgn org lain..mcm bagus sgt..byk keputusan nya mcm fikiran org mereng saja.

Anonymous said...

Tulisan di atas ini adalah contoh corak pemikiran politik yg jumud. Org mcm ni tak boleh jadi pemimpin, cuma boleh jadi macai upahan.

ermmm...

Arouse Mah said...

anom 6.40

otak kamu adalah typikal minda Pas. kamu sj betul, kamu sj benar. bercakap tanpa fakta.

Gemar menuduh bukan islam itu jahat, salah, anti islam. apa bukti fakta? mereka jyga mskhluk Allah.

org pas tidak ada pendekatan seperti nabi yg menarik org rapat kpd islam, sebaliknya penfhinaan dan maki hamun

Anonymous said...

mulut hanga bau longkang, dulu pas 4 all, skang pis 4 walaunta

Anonymous said...

Musuh islam tetap musuh. Dap menunjukkan sikap memusuhi islam dengan jelas sejak dari dulu lagi tapi masih ada org islam yang membela dap.

Anonymous said...

Bongok melayu. Dapat rm50 kain batik surah yassin. Selamat undi bn. Then janji jambatan universiti pasar dan jamban. Itu saja otak melayu. Mcm anon diatas. Hoi hadi dah bentang ruu355. Ke tanggoh oktober. Mai oktober hadi pi jepun pulak. Hohoho. Walaun tertipu. Hadi kaya. Elaun total rm30k include pencen mb. Wpun ponteng parlimen. Walaun apo ado? Huhuhu

Anonymous said...

Kahkahkah...marah nampak...ruu355 tu tangguh abg long pan dap dah marah kalau tak tangguh lagi marah kahkahkahkah....tak payah nk bela dap la pencacai dap@pan kahkahkah...dah terang dap bantah undang2 nk perkasa mahkamah syariah yg korang semua buat2 buta tak nampak ni jd macam kelakar dan bodoh pulak kahkahkah...terimalah hakikat yg dap tu tak suka islam naik...korang tengok ng sue lim sekinchan tuh...org sound dia nk yam seng bila pan menang pandai plak dia marah jgn campur urusan agama dia yg tak marah dia minum arak kahkahkah...yg bapak kepala parti dap ko pergi campur urusan mahkamah syariah islam tu boleh plak kahkahkah...double standard punya parti dap kahkahkah...jgn ingat semua org bodoh la dap mcm pan tu...ko nk minum arak silakan wahai sekinchan tp dlm masa yg sama jgn pertikai urusan agama org islam...ada paham...nanti ada la bodoh2 pan n sewaktu dgn nya marah kt aku tak puas ati sebab fakta aku tepat kahkahkah...betul tak arouse mah n abg usin kita a.k.a abg usin kelaku kahkahkah

Anonymous said...

Xde komen yg nih...x syok la abg usin kahkshkah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...