Monday, June 13, 2016

Kerjasama Umno-Pas adalah bagi menyelamatkan Kerajaan Persekutuan BN.

 Kalau kalian masih sayangkan Umno/BN, kalian undilah Pas.... sebab Pas bekerjasama dengan Umno untuk mengekalkan kerajaan Barisan Nasional.

Bukan orang jahil macam aku ni yang kata, tapi Yang Arif lagi bijaksana, bekas Ketua Hakim Negara yang kata ...

 Selepas Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengakui berazam untuk bersatu dengan Umno, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad terang-terang menyatakan kerjasama Umno-Pas adalah bagi menyelamatkan Kerajaan Persekutuan BN.

 Dalam artikelnya di Berita Harian Ahad hari ini, Hamid berkata, bentuk kerjasama itu boleh dibincangkan dan cara lebih mudah ialah Umno dan Pas bertanding seperti biasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

 "Kemungkinan kerajaan Persekutuan BN akan kalah pada PRU14 adalah amat serius. Kerajaan Persekutuan diterajui Umno, tidak dapat tidak hendaklah dipertahankan. Kita sedang berusaha kuat untuk memastikan kerajaan itu tidak tumbang.

 "Jika nampak Kerajaan Persekutuan BN akan tumbang, Pas segera sertai kerajaan BN," jelasnya.

 Menurut Hamid, 74, langkah sama juga lagi baik dilaksanakan di peringkat negeri untuk menggagalkan DAP, PKR dan Amanah menubuhkan kerajaan.

 Ujarnya, harapan Pas untuk menguatkuasakan hukuman hudud akan berkubur kerana DAP menjadi parti yang dominan jika pembangkang berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas PRU14.

 Dalam artikel penuh di halaman 12 akhbar itu juga, Hamid berkata, hak dan kedudukan Islam dan orang Melayu serta anak negeri Sabah dan Sarawak akan terhakis jika pembangkang dapat menumbangkan BN pada PRU14.

 "Orang bukan Melayu terutama sekali orang Cina sokong pembangkang kerana mereka mahu lebih daripada apa yang diperoleh melalui MCA dan Gerakan.

 "Dari mana 'yang lebih' itu akan datang jika tidak daripada orang Melayu/Islam? Harapan Pas laksana hudud (jika itulah matlamat Pas) akan terkubur," jelasnya.

 Peluang terbaik Pas

 Menurut Hamid, Pas mempunyai peluang terbaik menyertai Kerajaan Persekutuan untuk mencapai lebih banyak cita-cita parti yang kini diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

 "Pas boleh kekal sebagai Pas dan terus memerintah Kelantan jika pengundi Kelantan menghendaki demikian," jelasnya.

 Selain kerjasama Umno dengan Pas, katanya, Perkasa juga harus bersama-sama dalam kesepakatan tersebut.

 "Perkasa tidak boleh harap mencapai hasrat (itu pun tidak jelas) secara bersendirian. Sebaliknya, ia mungkin menyebabkan perpecahan orang Melayu lebih serius," ujarnya.

 Artikel Hamid yang merupakan ulasan Resolusi Multaqa Perpaduan Ummah, 18 Mei lalu itu turut menyentuh kedudukan PKR dan Amanah.

 "Saya tidak kata kita patut pinggirkan PKR dan Parti Amanah Negara. Cuma usaha kita (penyatuan Melayu) akan jadi lebih sukar jika kita hendak bawa mereka bersama untuk bersatu atau bekerjasama," katanya.

 Tekanan untuk perpaduan Melayu, ujar bekas Ketua Hakim Negara ke-12 itu lagi, harus diberi kepada Umno dan Pas terlebih dahulu, diikuti Perkasa.
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Setakat selamatkan UMNO/BN Pas jadi kuda tunggangan Umnolah..bila UMNO kuat Pas akan diterajang lagi..tapi pemimpin Pas pun manusia biasa jugak nak rasa kemewahan jugak..ahli2 bawahanlah yg bodooo..perpaduan melayu hanye wujud bila pas masuk umno dan adi orang umno..orang umno tak mungkin masuk Pas.kalau bersatu dengan matlamat berlainan bersatu hanye pada nama sahaja.matlamat umno nak jadi kaye

Anonymous said...

Tak perlu bekas hakim bekas apa ka,orang kampung dok potong getah pun boleh tau langkah sumbang bodoh sombong Pas Pos la ni.... kacang je tu

Anonymous said...

Oleh sbb pas nak selamatkan bn, jadi janganlah undi pas

Anonymous said...

Sendiri GAGAL jadi Orang suroh Rakyat jadi BODOH sokong lahanat

Moga moga dapat hidayah sebelom GOL

Anonymous said...

Hamid ni hakim totok umngok. Pandangan nye 100% umngok. Hihi. Dapat anugerah tokoh maal hijrah pelik betul. Bagi dia umngok korup itulah parti islam. Hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...